"Awak sama macam kelip2 tu." Khairul Zafril
"Sama? Apa yg sama?" Ariana Rose
"Cahaya. Cuba awak tengok cahaya dekat kelip2 tu. Kelip2 tu terang kan kawasan ni kan. Sama macam awak. Awak pun adalah cahaya yang terang kan hati saya." Khairul Zafril
Se...
"Adik nak ikut." Yang ke berapa pun tak tau. Afiq ni dari semalam dok kata nak ikut.
"Ingat nak bagi."
"Ish. Kejam lah akak ni." kata Afiq. Khairul barjalan menuju ke arah dua beradik.
"Nanti abang Khai bawa lah. Sekarang ni abang Khai nak bersweet2 dengan kakak kamu ni." Khairul cubit pipi Ariana.
"Ingat nak sweet dengan dia. Oh please lah!" Ariana membuat muka menyampah.
"Kalau macam tu ok. Nanti balik mestikan ada isi dalam perut tau." Kata Afiq sengih. Ariana membesarkan matanya. Khairul dan Afiq berhighfive dan gelak besar bila lihat muka Ariana.
"Ada. Lemak je." Jawab Ariana selamba.
"Lemak akak tu memang tak boleh di pisah kan. Maksud adik anak sedara." Afiq mengangkat keningnya berkali - kali. Ariana menunjuk penumbuknya ke arah adiknya itu.
"Mak! Ayah! Kami gerak dulu." Khairul menyalam tangan mentuanya dan diikuti oleh Ariana.
"Bawa kereta elok2. Jaga diri baik2 ok." Pesan Puan Aishah. Mereka masuk ke dalam kereta dan bergerak ke destinasinya.
🍀🍀🍀
"Hahahaha." Khairul dari tadi gelakkan Ariana.
"Ishh. Bukan nak tolong. Dah lah sakit kepala." Marah Ariana. Mana taknya. Setiap kali kereta gerak sedikit, Ariana nak muntah. Jalan pusing2kan. 'Apasallah dia bawa aku kat sini. Aku pun satu. Tak sediakan gula2.' Desis hati Ariana.
"Alolo. Kesian isteri abang ni. Meh abang urut." Khairul mengurut kepala Ariana dengan tangan kiri manakala tangan kanan pegang stereng. Ariana menutup matanya.
"Nantilah awak urut. Sekarang ni bawa kereta tu cepat sikit sampai hotel boleh tak?"
"Yelah2 isteriku." Kata Khairul.
🍀🍀🍀
"Akhirnya sampai juga." Ariana mendepangkan tangan dan menghidu udara segar. Khairul mengeluarkan beg mereka dari bonet.
"Seronok?" Tanya Khairul. Dia merangkul pinggang Ariana.
"Gila tak seronok. Jom tengok bilik." Ariana menarik tangan Khairul untuk masuk ke hotel. Selepas Khairul ambil kunci bilik. Mereka menuju kebilik.
"Wah! Cantiknya!" Puji Ariana. Khairul hanya senyum tengok telatah isterinya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Tempah ke bilik ni?" Tanya Ariana. Dia menuju ke balkoni lalu membuka tirai dan pintu balkoni. Biar angin masuk sedikit.
"Ye. Walid yang tolong tempahkan bilik ni." bagitahu Khairul.
"Patutlah." Kata Ariana perlahan tapi didengari oleh Khairul.
"Apa yang patutlah?" Tanya Khairul bingung. Dia berdiri disebelah Ariana.
"Patutlah katil tu cantik. Mesti walid tempah bilik honeymoon. Tengok pun dah tahu." Khairul senyum dengar rungut Ariana. Dia mencubit pipi Ariana. Geram tengok muka Ariana bila marah.
"Sakit lah! Awak ni suka cubit pipi saya. Merah dah." Ariana menggosok perlahan pipinya.
"Alolo. Saya geram sangat pipi awak tu. Macam nak gigit2 je." Kata Khairul.
"Ni mau?" Ariana menujuk penumbuk dia. Dia berlalu pergi ke arah katil dan direbahkan badannya.
"Dah lah. Saya nak tidur sekejap. Sakit kepala lagi ni."
"Tadi bukan main ceria sekarang sakit kepala pula." Ariana menjeling tajam. Khairul pun baring disebelah Ariana dan diurut lembut kepala Ariana.
"Tidurlah. Saya urutkan." Ariana malas nak gaduh. Dia hanya biarkan sahaja.
🍀🍀🍀
"Strawberry dulu!"
"Tak. Ladang teh dulu!"
"Strawberry!"
"Ladang teh!"
"Strawberryyyyyy!" Jerit Ariana geram dengan Khairul. Dari tadi berebut nak pergi mana dahulu.
"Sekarang siapa bawa kereta? Awak atau saya? Saya kan so awak kena ikut saya dulu." Kata Khairul.
"Ok fine. Biar saya jalan kaki pergi ladang strawberry." Ariana ambil beg tangan dia dan berlalu keluar dari bilik.
"Ishh. Sakit pula hati aku ni. Ladies first kan so biarlah aku dulu." Rungut Ariana perlahan. Sepanjang dia jalan mulut tak berhenti membebel. Tiba2 lengannya diretap dari belakang membuatkan dia hampir terpeluk.
"Awak nak pergi mana?" Tanya Khairul lembut. Aduih. Boleh cair macam ni.
"Biarlah saya nak pergi mana. Awak pergilah ladang teh tu." Marah Ariana. Matanya memandang tempat lain. Khairul mengelus lembut jari jemari Ariana.
"Look at me." Pinta Khairul tapi Ariana buat tak dengar. Degil betul. Khairul pegang dagu Ariana lalu didongak perlahan mengadap dia. Ariana hanya turut. Mata mereka bertentangan.
"Ok. Kita pergi ladang strawberry dulu lepastu kita pergi ladang teh. Deal?" Putus Khairul. Dia datang sini nak gembira dengan Ariana. Bukan nak gaduh. Jadi biar dia beralah.
"Betul?" duga Ariana. Khairul mengangguk dan memberi senyuman manis.
"Yes. Jom kita pergi sekarang." Ariana menarik tangan Khairul. Dia tersenyum lebar.
"Cepatnya." Kata Khairul.
"Biarlah cepat. Nanti bolehlah kita pergi ladang teh cepat juga." Kata Ariana ceria. Khairul suka sikap Ariana yang ceria. Dia pun hanya turut.