Bab 42

3K 80 0
                                    

Anis melangkah masuk ke wad Ariana. Selepas Khairul keluar, dia pula ingin masuk. Tapi ditahan oleh Khairul. Khairul memberitahu apa yang berlaku tadi. Anis hanya mengatakan yang Khairul perlu sabar. Mungkin Ariana terkejut. Anis akan cuba pujuk Ariana.

Ariana yang rasa kerusi di sebelahnya di duduki seseorang. Matanya membuka perlahan - lahan.

"Anis." Kata Ariana. Dia bangun dari pembaringannya. Anis menolong Ariana. Dia menghadiahkan senyuman kepada Ariana.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Ariana. Dia pandang gadis di depannya. Cantik. Manis. Tak macam dulu. Lain sangat.

"Lawat kau lah. Bukan aku nak masak kot." Loyar Anis. Ariana hanya tersengih - sengih. Anis mencapai tangan Ariana lalu digenggamnya.

"Aku rindu kau." Ujar Anis. Dia memandang anak mata Ariana. Tubir matanya sudah panas. Mesti air mata akan keluar.

"Aku pun rindu kau sangat - sangat." Di tariknya badan Anis kedalam pelukannya. Dia amat rindukan sahabat dia sorang ini. Bilik itu hanya dengar esakkan mereka. Perlahan.

Anis merungkai pelukan itu. Mereka memandang muka satu sama lain dan terus tergelak.

"Cengeng lah kau ni Ariana." Kata Anis. Dia mengesat air matanya.

"Kau pun sama. Cakap kat aku pula. Kau lagilah, menangis lebih - lebih." Gurau Ariana. Anis menolak bahu Ariana perlahan.

"Banyak lah kau." Kata Anis. Selepas mereka berdua bergurau senda, banyak yang Anis kongsi cerita kepada Ariana. Ariana terfikir tentang Khairul pasal tadi. Mungkin Anis ada jawapannya.

"Anis. Aku nak tanya sikit?" Tanya Ariana. Anis mengambil epal untuk di suakan ke dalam mulut dia.

"Kau nak tanya apa?" Tanya Anis. Epal tu selamat masuk mulut Anis. Sedap.

"Betul ke, aku dan Khairul dah berkahwin?" Anis memberhentikan kunyahan dia. Dia pandang muka Ariana yang perlu kan jawapan.

"Kau tak percaya ke?" Tanya Anis balik. Dari tadi tanya je, bila nak jawab.

"Aku bukan tak percaya. Tapi aku-"

"Confused?"

"Yes." Anis bangun lalu dia duduk di sebelah Ariana atas katil. Dia melingkarkan tangannya di bahu Ariana.

"Ariana sayang. Memang betul kau dah kahwin dengan dia. Walaupun kau tak jemput aku."

"Hah!"

"Gurau je. Aku tau kau dah kahwin dengan dia waktu korang balik kampung. Mula2 memang teragak - agak. Tapi lepas Khairul tunjuk kad kahwin korang baru aku percaya. Tu cincin." Anis mengangkat tangan Ariana yang elok cincin itu terletak di jari Ariana.

"Cincin ni tanda perkahwinan korang. Kalau kau tak percaya juga. Sekejap." Anis menyelongkar beg tangan Ariana. Bila dah dapat apa yang dia nak. Terus di bagi kepada Ariana.

"Kad perkahwinan. Tu ada nama kau dan Khairul." Ariana meneliti kad perkahwinannya dan cincin silih berganti. Ingatannya kembali bermain perkahwinannya. Tiba2 air matanya keluar. Anis terkejut bila Ariana menangis.

"Ariana." Panggil Anis perlahan. Ariana terus memeluk Anis.

"Aku tadi meninggikan suara dekat dia, Anis. Aku-"

"Shhh. Waktu tu kau lupa. Dah jangan nangis lagi." Anis cuba menenangkan Ariana. Mungkin Ariana rasa bersalah tadi.

🍀🍀🍀

"Betul ke, mak? Afiq tak salah dengar ke?" Tanya Afiq. Puan Aishah dalam talian tersenyum.

"Ye Afiq. Kakak kamu dah sedar." Jawab Puan Aishah. Dia masih teruja.

"Alhamdulillah. Nanti Afiq datang."

"Hmm. Yelah. Assalamualaikum." Afiq matikan talian selepas jawab salam maknya. Adam dan Imran pandang pelik kepada Afiq. Dah kenapa senyum lebar. Nak
kahwin dah ke?

"Asal bro?" Tanya Adam. Afiq pandang mereka dengan senyuman lebar. Terus dipeluk mereka dua.

"Kakak aku sedar!" Jerit Afiq. Terloncat2 dia. Adam dan Imran terus tolak badan Afiq perlahan.

"Betul ke?" Tanya Imran tidak percaya. Afiq mengganguk laju. Mereka terus berpelukan. Fatin yang baru habis kelas, dia melangkah ke arah mereka.

"Woi. Woi. Korang ni dah kenapa? Berpelukan bagai? Gay ke?" Tanya Fatin bertubi - tubi. Mereka melepaskan pelukan dan memandang Fatin dengan gembira tak terkata.

"Ariana dah sedar."

"What?!"

"Ariana dah sedar lah ngok." Kata Adam. Fatin mengucap syukur. Ariana sudah sedar.

"Jom kita pergi jumpa." Ajak Fatin tidak sabar. Dia cepat2 ingin buka pintu kereta. Tapi di kunci pula. Dia pandang Afiq.

"Esok lah Fatin. Sebab hari ini ramai yang rawat dia." Kata Afiq. Yang lain hanya mengganguk. Tetapi hati kecewa tak dapat jumpa Ariana hari ini.

🍀🍀🍀

Khairul masuk lagi ke bilik Ariana selepas Anis keluar. Anis memberitahu kepadanya yang dia sudah bagitahu tentang perkahwinan dia dan Ariana. Sekarang Ariana tengah tidur. Dia perlukan rehat.

Perlahan - lahan dia melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Ariana. Dia merenung muka Ariana. Dia genggamnya tangan Ariana lalu di bawa ke bibirnya.

"Abang harap, esok semuanya akan jadi macam biasa balik. Abang rindukan sayang. Abang cintakan sayang. Abang akan jaga sayang baik - baik." Luah Khairul. Di ciumnya lagi tangan Ariana.

Thanks, Mr Husband .Where stories live. Discover now