"Macam mana?" Tanya seseorang dalam talian.
"Well. Aku dah buat apa yang kau suruh. Aku langgar dah dia." Jawab orang suruhannya.
"Bagus."
"Jangan lupa duit aku."
"Kau jangan risau. Duit kau aku dah sedia kan." Dia tersenyum jahat di sebalik talian. Akhirnya perempuan tu mampus.
🍀🍀🍀
Khairul masuk ke bilik yang di tempatkan isterinya. Dia buka pintu perlahan - lahan. Mata dia tertumpu kepada sekujur tubuh yang baring di atas katil. Badan yang berselirat dengan wayar2. Dia melangkah perlahan ke arah Ariana. Sedih bila tengok Ariana.
"Sayang." Panggil Khairul. Dia menggengam tangan isterinya lalu di bawa ke bibirnya. Dia mencium tangan Ariana. Air matanya jatuh.
"Bangunlah sayang." Tangan Ariana tidak di lepasnya. Dia pandang muka Ariana. Hatinya sebak. Dia tak tau nak buat apa.
"Sayang kena kuat. Abang akan tunggu sayang. I love you." Kata Khairul. Dia mengesat air mata Ariana yang jatuh. Dia tahu Ariana dengar. Dia mengusap pipi Ariana lalu di cium dahi Ariana.
🍀🍀🍀
"Are you serious Fatin? Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Imran dalam talian. Dia betul2 terkejut.
"I'm serious. Macam mana boleh jadi tu tak tau. Tapi apa yang Fatin dengar Ariana kena langgar lari. Tak guna orang yang langgar tu!" Marah Fatin. Dia benar2 marah siapa yang lakukan ini. Dia tak sanggup tengok Ariana. Tadi waktu dia dapat tengok sekejap je. Air matanya sudah jatuh. Tak dapat bayangkan keadaan Ariana yang berwayar itu.
"Okay lah. Esok Imran pergi lawat." Kata Imran.
"Hah yelah. Jangan lupa bagitahu kat Adam. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam." Imran matikan panggilannya.
"Kenapa bro?" Tanya Adam. Imran di sebelahnya melepaskan keluhan. Adam mengerut dahi. Macam berat je.
"Ariana." Jawab Imran sepatah. Makin berkerut dahi Adam.
"Kenapa dengan Ariana?"
"Dia accident."
"Apa?" Terkejut Adam bila dengar apa yang dikatakan oleh bakal adik iparnya.
"Macam mana boleh berlaku? Ariana kat mana sekarang? Dia okay tak?" Tanya Adam bertubi2. Dia semakin risau bila Imran diam.
"Imran!" Panggil Adam.
"Ariana kena langgar lari. Dia kat hospital. Dia koma."
"Apa? Ya allah. Ariana." Adam beristifar dalam hatinya. Tak di sangka akan berlaku. Siapa yang sanggup buat macam ni?
"Esok kita pergi lawat Im." Ajak Adam.
"Aku cadang memang nak lawat esok." Imran pandang Adam. Adam hanya mengganguk kepalanya.
🍀🍀🍀
2 minggu kemudian.
Tiada tanda - tanda yang Ariana akan sedar. Setiap hari Khairul akan temankan Ariana. Dia akan baca yassin atau bercerita dengan Ariana. Keluarga Ariana dan keluarga Khairul akan datang kalau tak ada apa - apa halangan. Fatin pula setiap hujung minggu dia akan datang dengan Adam dan Imran. Sekarang satu universiti tahu yang Ariana kemalangan dan satu - satu rahsia yang mereka simpan sudah terbongkar iaitu perkahwinan mereka. Nasib kawan - kawan lain tak kata apa. Hanya cakap tahniah dan sabar. Adakalanya juga kawan - kawan akan datang lawat Ariana.
"Sayang." Panggil Khairul setelah menghabiskan bacaan yassin. Dia meletakkan yassin di meja sebelah sisi Ariana.
"Sayang nak tahu tak. Sejak kebelakangan ni Sarah dah tak datang kelas. Abang perasan 2 hari lepas, tu pun Fatin yang bagitahu. Tapi tak apa. Tak adalah siapa yang ganggu suami sayang yang hensem ni." Khairul tergelak dengan ayatnya yang terakhir. Angkat bakul sendiri nampak.Walaupun dia tahu yang Ariana tak akan balas.
Dia rindu gelak tawa Ariana. Dia rindu setiap kata - kata balas Ariana. Dia rindu nak lihat riaksi muka Ariana. Dia rindu semua tentang Ariana.
Dia merenung muka Ariana dengan penuh kasih sayang. "Sayang tahu tak. Abang gembira sangat bila dapat jumpa sayang lagi. First abang nampak sayang dekat parking kereta, abang dah tahu itu sayang. Nak tahu macam mana abang tahu? Senyuman dan mata sayang. Senyuman dan mata sayang lah buat abang jatuh cinta dekat sayang dulu. Waktu kat Johor abang selalu teringatkan sayang. Abang selalu tanya khabar sayang dekat Afiq. Mesti sayang tak tahukan. Abang suruh Afiq rahsiakan." Khairul menceritakan kisah2 dia dekat Johor. Walaupun tanpa dipinta. Dia seronok bercerita dekat Ariana. Dia terlalu rindukan Ariana.

ANDA SEDANG MEMBACA
Thanks, Mr Husband .
Romance"Awak sama macam kelip2 tu." Khairul Zafril "Sama? Apa yg sama?" Ariana Rose "Cahaya. Cuba awak tengok cahaya dekat kelip2 tu. Kelip2 tu terang kan kawasan ni kan. Sama macam awak. Awak pun adalah cahaya yang terang kan hati saya." Khairul Zafril Se...