Bab 1

7.5K 295 17
                                    

Superbike Ulfa

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Ulfa mendepakan tangannya. Angin yang menyapa tubuhnya membuatkan jiwanya rasa tenang dan bebas daripada segala masalah yang membelenggu dirinya.

Matanya yang terpejam dibuka. Lautan yang terbentang luas di bawahnya tidak dihiraukan. Dia baru sahaja ingin menikmati saat tersebut tetapi satu tangan menarik pinggangnya ke belakang. Belakang badannya tersandar pada badan seseorang.
Shoot! Siapa pulak yang kacau aku ni?  Tanpa berfikir panjang, sikunya yang tajam terus dihentakkan pada pinggang orang itu menyebabkan pautannya pada pinggang Ulfa terlepas. Ulfa mengambil peluang tersebut untuk melepaskan dirinya.

"Kau ni gila ke apa?"

Ulfa memusingkan badannya menghadap seorang lelaki yang sedang membongkokkan badannya menahan sakit. Bibirnya tersenyum sinis. Huh...rasakan!

"Siapa suruh kau kacau aku?"

Lelaki tadi terus menegakkan badannya, mrnghampiri Ulfa lalu menggoncang bahu gadis itu dengan kuat.

"Eh, kau sedar tak kau hampir nak bunuh diri sendiri tadi?"

Ulfa hanya mengangkat bahunya. Well, kalau diri tepi jambatan yang bawahnya ada laut yang sangat dalam, siapa je yang tak fikir aku nak bunuh diri? Tapi apa hak dia nak halang aku?

"Kalau aku nak bunuh diri sekalipun,tu bukan masalah kau. Heck, bukan masalah sesiapa pun." Ulfa melepaskan bahunya daripada cengkaman tangan lelaki itu.

Matanya memandang raut wajah lelaki itu yang lebih kurang sebaya dengannya. Jari telunjuknya menunjal dada lelaki itu berkali-kali.

"Tak ada siapa kesah pasal aku. Even my parents."

Ulfa menahan air matanya daripada mula menitis. Matanya memandang lelaki itu yang memberi riak simpati kepadanya.

And you know what? Aku benci simpati!

Kepalanya digelengkan.kau tak boleh lemah Ulfa!

Buat kali terakhir, dia memandang lelaki tersebut. "So, don't pretend like you care."

Badannya terus berpusing lalu langkahnya dilajukan menuju ke rumahnya yang tidak jauh dari jambatan tersebut.

Such a bad day.

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Jeans dan hoodie dicapai lalu disarungkan ke tubuh. What, simple sangat?

Well, nilah pakaian harian aku pergi ke sekolah.

Mesti korang tanya kenapa aku pakai kasual sangat pergi sekolah kan? Oh, ni sebab aku pergi sekolah tertutup. Sistem sekolah aku lebih kurang macam sistem kat universiti. Cuma bezanya jadual kelas aku padat.

Jam di dinding kukerling sekilas. Setengah jam sebelum sekolah mula.

Aku turun ke tingkat bawah. Sekotak kecil susu segar kucapai lalu pintu rumah dikunci. Nilah rutin harian aku. Dah nama tinggal sorang.

Aku menghampiri Ducati kesayanganku yang terparkir kemas di garaj. Rambutku disanggul tinggi kemudian helmet yang menutup hampir separuh wajahku disarungkan ke kepala.

Enjin dihidupkan lalu Ducatiku laju membelah jalan raya. Aku perasan ada sebuah kereta yang sibuk mengikut superbike ku dari belakang.

Sampai di lampu isyarat merah, kereta tersebut berhenti di sebelahku. Cermin bahagian pemandu kereta itu diturunkan, menampakkan seorang gadis-atau aku perlu panggil badut sirkus sebab mekap dia yang terlalu tebal?

Penembak Hatiku.Where stories live. Discover now