Bab 4

4.1K 232 6
                                    

Baju yang Damian bagi. Just pedulikan perempuan tu tau.

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Aku mencapai telefonku yang terletak di atas meja. Sebuah mesej baru...

Sayang janganlah mimpikan saya lama sangat. Bangun cepat! Saya tunggu awak kat luar ni.

Aku cepat-cepat bangun dari pembaringan. Rambutku yang agak serabai kubetulkan sedikit. At least tak adalah nampak macam puntianak sangat kan? Karang tak pasal-pasal lari pulak si Damian tu.

Jam dinding kukerling sekilas. What the? Baru pukul 5.30 dia dah terpacak depan rumah aku?

Aku melajukan langkahku ke luar rumah. Damian yang sedang bersandar pada sebuah kereta nampak amat kacak dengan jaket kulitnya. Eh, pahal dengan aku ni?

Wajahku kutepuk beberapa kali. Sah, mamai lagi ni. "Kau ni gila apa datang rumah orang pagi-pagi?"

Damian terus mengangkat wajahnya memandangku. "Ermm...sorry. Parents kau tak marah kan?"

"Aku tinggal sorang jelah."

Lagipun, diorang bukannya kesah pun pasal aku.

"Oh...nah. Kau wajib pakai semua benda yang aku letak dalam beg tu. Kalau tak reti guna, google or tengok cara kat youtube je."

Asal arahan dia ni pelik sangat hah? Beg plastik yang dihulurkan Damian kucapai lalu isinya kulihat.

"Apa ni Damian? Kau nak aku pakai benda alah ni?" Soalku sambil menunjukkan sebuah set mekap kepadanya.

"Yeah. Why not? Nanti kau tahu juga apa tujuan aku suruh kau buat semua ni. Eh dahlah. Aku nak pergi surau kejap. Lepas tu, baru aku datang jemput kau."

"Eh wait wait! Asal kau nak pergi surau pulak ni? Wei, boleh ke?" Serius aku sangat lah keliru sekarang ni.

Damian mengerutkan dahinya. Nampak sangat tak faham apa yang aku cuba sampaikan. "Kenapa pulak tak boleh? Aku nak pergi solat subuh je pun. Bukan nak pergi curi duit tabung."

"Kau muslim ke?" Damian mengangguk.

"Ya Allah, mati-mati aku fikir kau ni anak kacukan Inggeris-Cina tau."

Damian tertawa kecil. "Apalah kau ni. Macam manalah kau boleh terfikir macam tu. Dahlah, karang terlepas jemaah pulak."

Sebab kau handsome sangat.

Aduh, apalah masalah aku ni? Tak habis-habis puji dia. Jangan cakap aku....tak tak. Never!

Aku berlalu masuk ke dalam. Selesai solat subuh, aku terus membersihkan diri. Setelah membalut tubuhku dengan sehelai tuala, aku terus berdiri di hadapan cermin panjang.

Dress pemberian Damian aku sarung ke badan. Wow, muatlah! Nasib baik lebih daripada lutut tau. Kalau dia kasi aku dress paras peha, memang aku hempuk kepala dia guna helmet.

Aku berlalu ke meja hias pula. Set mekap tadi kukeluarkan.

"Eleh, setakat mekap ni. Kacang jelah. Kau tunggu jelah Damian, terbuntang mata kau nanti." Dan dengan itu, aku mulakan misi 'membadutkan' muka aku.

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Awak, cepatlah sikit. Rindu ni. ♥♡♥

Mamat ni betul-betul buat aku gila lah. Tengok macam mana aku buat dia gila eh. Pikir aku takut?
Kejap eh sayang. Rindu jugak ♥♡♥

Ha, hambek! Biar tersedak terus.

Wei, kau jangan main-main.

Haha, padan muka.

Penembak Hatiku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang