Bab 7

3.4K 223 4
                                    


♥Damian Eriqi♥

Aku ketuk pintu rumah bertalu-talu. Jam tangan kukerling. 12 malam...ah lahtaklah. Yang penting aku nak jumpa dia sekarang.

Selang beberapa saat, pintu terbuka menampakkan Eddy yang terpisat-pisat. Tubuhnya aku tolak kuat kebelakang kemudian pintu aku tutup.

"Kau ni pahal Damian? Datang rumah orang malam-malam pastu pakai serbu masuk je." Eddy yang mula-mula mamai kini sudah bertambah segar.

"Kau jujur Eddy, apa motif kau bawa Ulfa jumpa geng kau petang tadi? Wei, kau jangan pikir aku tak tahulah. Kawan-kawan kau tu bukannya boleh pakai sangat."

Eddy berjalan mengelilingi aku. "Well, my cousin. Kau yang hantar Ulfa kat aku. So tak nak tolak rezeki, aku terima dengan hati yang sangat terbuka. Lagipun, aku nak berterima kasih kat kau sebab temukan aku dengan awek secantik Ulfa tu."

"Sentuhan dia buat aku rasa di awangan. Oh, maybe her cute lips yang jadi igauan aku. Cuba bayangkan kalau aku dapat...."

Belum sempat dia habiskan ayatnya, aku dah hadiahkan sebuah penumbuk tepat mengenai tulang pipinya. Aku tak tahu kenapa, tapi aku tak sanggup nak dengar lagi. Eddy yang kini sudah terduduk di atas lantai kupandang sinis.

"Apa ni dude? Jangan cakap kau dah suka kat minah tu?"

Aku tersentak. Adakah aku suka dia? Tapi aku baru rapat dengan dia sehari. Tapi macam mana pulak dengan apa yang aku rasa bila aku nampak dia rapat dengan Eddy?

"Jawablah ! Kau suka dia kan?"

"Memang aku suka dia. Kenapa?"

"Not this time, bro. Aku takkan bagi kau chance sebab Ulfa is mine." Eddy bangun dari duduknya.

"Tapi aku pun nak tanya kau satu soalan ni, apa motif kau hantar Ulfa kat aku?"

Aku meraup kasar wajahku. Fikiran aku betul-betul serabut sekarang ni. "Mana kau simpan pendrive adik aku?"

Pendrive yang bakal menjawab semua persoalan aku.

"Adik? Oh, correction bro. Ada penambahan arwah kat depan."

Mamat ni memang kurang ajar. "Sebelum aku tumbuk kau lagi, baik kau jawab soalan aku."

"Apa, bukan salah aku adik kau mati."

Dush! Bila aku cakap, aku akan tunaikan. Kali ni tumbukan aku mengenai rahangnya. Biar membiru sikit. Oh, tak. Aku harap banyak.

"Kau memang dasar....argh!" Aku terus melangkah keluar dari rumah itu. Air mataku gugur apabila teringatkan arwah adikku.

"Adik....kenapa adik buat macam ni? Adik tak sayang abang ke?"

"Adik sayang abang, cuma....adik tak sanggup nak kecewakan abang. Adik...auch."

Tangannya yang tidak berhenti berdarah cuba aku balut menggunakan sehelai kain.

"Apa adik cakap ni? Adik tak pernah kecewakan abang. Buat apa adik kelar tangan adik sendiri?"

"Abang...adik minta maaf sangat-sangat. Cakap dengan umi dan walid yang adik minta maaf dan adik sayangkan diorang. Abang...cuba...cari....pendrive adik....ada....pada....Eddy."

Dan saat itu, matanya tertutup rapat. Tak, tak mungkin. Aku periksa nafasnya dan ternyata benar sekali. Adik yang paling aku sayang.

Selang beberapa hari selepas pengebumian adikku, aku dapat tahu bahawa sebelum dia meninggal, dia mengandung. Air mataku gugur lagi, mengenangkan adikku yang baru berumur 15 tahun.

Aku tersedar. No, Damian. Kau kena kuat untuk adik kau, Dania. Kau kena tahu siapa yang dah buat adik kau macam tu.

Dan...kau kena rebut balik Ulfa. Yes, that's it!

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Aku keluarkan telefon dari poket seluar. Segera tanganku menekan ikon messaging.

Dm : Morning my sweetie. Hari ni kau pergi sekolah dengan aku eh?

Uf : tak payah nak bersweetie dengan aku. Hari ni tak boleh lah, Eddy awal-awal dah warning aku. Hari ni dia jemput.

Dm : aku dah ada kat depan rumah kau ni.

Uf : gila lah kau ni. Tunggu sekejap. Aku tak siap lagi.

Telefon kusimpan. Mataku sibuk menilik kawasan rumah Ulfa. Boleh tahan jugak besar rumah dia ni. Parents dia kerja apa ek?

Mataku tertancap pada sebuah swimming pool sederhana besar di bahagian sebelah rumahnya. Wow, nanti nak tumpang mandilah. Dapat dating an ? Aku tersenyum kecil.

Ulfa yang sudah terpacak dengan pakaian 'rasmi'nya, kupandang. "Hai, kau dah siap kan? Jom, aku hantar. Kita brooooommmm!" Aku membuat lagak seperti sedang menunggang motor. Dan apa yang buat aku bahagia ialah saat Ulfa tergelak melihat aksiku.

"Erm...dah siap. Kejap, aku ambil helmet."

"Eh, tak payah. Aku dah bawakan. Meh sini, aku pakaikan." Tanganku sudah bersedia untuk memakaikan helmet ke kepala Ulfa. Namun, bunyi motor seseorang yang aku amat kenali, menyapa telingaku.

Eddy. Dia merampas helmet di tanganku. "Hari ni Ulfa pergi dengan aku."

Aku pandang Ulfa, dan ternyata dia juga sedang memandang ke arahku. Aku merapatkan bibirku ke telinganya. "Kau tak perlu lagi rapat dengan Eddy. Dan untuk hari kedua, tugas kau ialah sentiasa di sisi aku dan kau tak boleh rapat dengan lelaki lain selain aku."

Ulfa menoleh, membuatkan jarak wajahku dengan wajahnya amat dekat. Nafasnya terasa jelas di permukaan kulit wajahku. Segala aset di mukanya kuperhatikan. Ya Allah... indahnya ciptaanMu.

Aku tergelak kecil melihat Ulfa menelan liur. Haih, cik adik...gemuruh ke?

"Ehem...nak bermesra pun janganlah depan aku."

Waktu macam nilah yang paling aku rasa nak tumbuk orang. Ee...bagilah aku hayati moment ni!
"Kau senyaplah Eddy. Hari ni Ulfa aku punya. Hal kau dengan dia dah tamat."

Eddy kelihatan tersentak dengan pernyataanku. Dia kemudian bergerak ke arahku dengan senyuman sinis di wajah.

"Kau better be cautious Damian. Aku akan guna cara kotor untuk dapatkan dia. Termasuk bagi tahu motif sebenar kau buat semua ni."

Aku terus menarik Ulfa ke motor ku. Tangannya kulingkarkan pada pinggangku. "Stay there."

Dan jangan pernah pergi...




Sorry pendek :(
But still...please enjoy! )

Penembak Hatiku.Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz