Bab 13

3.2K 185 9
                                    

Aku hanya memandang Damian mematikan enjin kereta. Dia kemudian memusingkan badannya ke arah aku.

"So Ulfa kau still marah kat aku ke?" Soalnya sambil meraup rambut ke belakang. Nervous mungkin.

Hah...aku dapat satu akal. Wajah aku serta merta dimaniskan. "Aku dah lama maafkan kau..." suara aku sengaja leretkan.

Damian meneguk air liurnya. Lama kelamaan sebuah senyuman terbit dari bibirnya. Ahah.... dia dah nak terkena.

"Betul ni?"

"Betullah tapi..."

Damian mengerutkan keningnya. Pasti tak sangka aku akan bertapi. Aku merapati Damian.

"Tapi apa?" Oh God, his face!

"Tapi ni!!!" Serentak dengan itu aku menjentik dengan kuat dahinya. Yeay,, tawaku terletus. Mommy...sakit perut aku ketawa.

Damian terjerit sakit lalu menggosok dahinya yang mula kemerahan. "What the heck Ulfa! Kenapa kau jentik dahi aku?"

Aku memeluk tubuh sambil menayangkan senyuman sinis. "Itu balasan sebab kau culik aku. Dah lah culik, pastu dera aku. Sakit tahu tak asyik jatuh je."

Damian menggosok batang lehernya. "Sorry... kalau aku buka ikatan tu, nanti kau lari. Aku rindu nak tengok senyuman kau. Aku rindu nak rasa tumbukan kau. So please jangan ignore aku lagi."

Uh huh...jantung aku berhenti berdegup sesaat. Kenapa mesti dia cakap macam tu?

"Oh so kau rindu tumbukan aku? Takpe.. esok kau lepaskan rindu tu kat gelanggang boxing eh?" Aku mencuit batang hidungnya. Man, kenapa mesti dia comel and at the same time sangat handsome?

"Urgghhh... kau still nak lawan aku ke? Aku tak nak cederakan kau.. nanti aku yang susah." Damian mencengkam kedua-dua belah bahu aku.

"Dont worry.. aku kuat. Setakat lebam sikit tu, macam gigit jari je." Aku lepaskan cengkamannya pada bahu aku.

"Bye... esok tau macam biasa. " sebelum aku keluar, aku beri senyuman paling manis.

"Ulfa jap. Aku nak tanya something ni." Aku kembali semula ke arah kereta Damian.

"Apa?"

"Kau kata kau ada adik. Apa nama dia?" Damian nampak bersungguh-sungguh nak tahu nama dia. Huh, dah alang-alang tu an.

"Nama dia Aufa Atsyan. Being the ignorant parent they were, so they came up dengan nama yang hampir sama dengan aku. So any other questions?"

Aku rasa aku tahu kenapa Damian ni pandai sangat. He always being the first in exam. Dia suka bertanya.

Damian berfikir sejenak. "Ohh... patut lah masa tu aku nampak kau kat mall pakai name tag Aufa Atsyan. Dia sekolah mana?"

Err... untuk soalan ni, aku tak boleh jawab. "Im sorry Damian but for this question Im afraid you will get no answers. Aku tak nak keselamatan kau terancam okey?" Jujur aku cakap aku takut si monster tu akan apa-apakan Damian sebab aku dapat rasakan dia akan gunakan Damian sebagai titik kelemahan aku.

Damian nampak terluka but only for a moment. "Oh tak pe, aku faham." Dan aku rasa sangat bersyukur sebab dia tak desak.

"Bye Damian... jangan mimpikan aku." Dan dengan itu, aku terus berlari masuk ke dalam rumah.

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤
Damian Eriqi♡

"For sure aku rindukan kau."

Aku memerhati Ulfa yang berlari masuk ke dalam rumah. Okey aku admit yang aku dah jatuh hati pada Ulfa. Tapi aku tak nak bagi tahu dia, aku tak nak persahabatan aku terjejas hanya sebab this little crush.

Penembak Hatiku.Where stories live. Discover now