Bab 8

6.1K 194 0
                                    

Di dalam kereta Faizul Ariff..

"Bukan main lagi, abang senyum kat Tirah tadi." Perli Rina sambil menjeling ke arah abangnya sekilas, saja mahu mengusik.

"Ehh.. mana ada!" Nafi Ariff. Dia membetulkan kedudukan pemanduannya.

"Elehh abang, macamlah Rina tak nampak!"

'Alhamdulillah, sedikit sebanyak Rina dah berubah sikapnya seperti dahulu, suka mengusik. Hmm..' bisik hati lelaki Ariff. "Hahaha.. pandai-pandai je Rina ni. Mana ada!"

"Alahh bang, Rina nampak. Cikgu Athirah tu sebaya dengan Rina tau. Setahu Rina, sebelum ni dia memang belum berpunya. Tapi, tadi Rina tak sempat la jugak nak tanya sebab dia busy harini dengan kelas." Terang Rina tanpa dipinta. "Abang berkenan ke?" Duganya pula.

"Ooohh.. Esok Rina tolonglah usha-ushakan untuk abang eh? Hehe.." pinta Ariff tanpa segan silu. 'Alaa.. minta tolong kat adik sendiri je punn..'

"Hmm.. okay. Tengoklah macam mana." Rina pula buat acuh tak acuh, lagi sekali saja mahu mengusik abangnya lagi.

"Ishh, Rina ni. Main-mainlah! Suka tau gitu! Merajuk ah!" Ariff memperlahankan keretanya tanda protes manja.

"Poyolah abang ni. Mengada je tau lebih. Cepatlah drive, Rina lapar ni!" Dia mencubit manja lengan abangnya itu.

"Aduyyy, sakitnyaa.." Ariff mengaduh kesakitan. "Baik, tuan puteri!" Dia terus memandu laju menuju ke rumah mereka setelah menerima jelingan tajam dari Rina.

'Alhamdulillah, ya Allah. Kau kembalikan jua kegembiraan di hati adikku ini.' Ariff mengucapkan syukur di dalam hatinya.

Sesampainya mereka di rumah, makanan sudah pun terhidang. Mereka menikmati makan tengahari bersama keluarga. Bahagia sekali! Bergelak ketawa sambil mencurahkan rasa kasih sayang di antara sesama keluarga.

Dua tahun yang lepas, keceriaan serta kebahagiaan mereka direnggut oleh 'hilang'nya Arina Shahira yang sentiasa meriuhkan suasana. Namun, kini dia telah kembali, kembali menghidupkan suasana yg seakan sudah malap itu. 'Alhamdulillah, ya Allah.'

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now