Bab 6

26.9K 833 11
                                    

"Papa tak setuju..." Bantah Tan Sri Amiruddin.

"Papa.. kenapa pula? Papakan suruh Tilla cari calon yang sesuai untuk jaga Tilla dengan Syarikat papa." Sindir Syatilla sinis.

Tan Sri memandang anak perempuannya, Syatilla benar benar mencabar kedudukannya.

"Papa nak menantu, Tilla dah cari.. sekarang ni papa tak setuju pula? Apa yang papa nak?" Syatilla mula memerangkap minda papanya dengan soalan mudah.

"Tilla tak kira, I want him to be my husband. Not your friend or your member bussiness !!" Tegas Syatilla menyuarakan pendiriannya.

"Tilla jangan...

"Jangan apa? Jadi anak derhaka? Tak, Tilla tak pernah derhaka dengan papa. Cuma kali ni, Tilla nak pertahankan siapa yang sepatutnya Tilla miliki. Dan orang tu ialah Naufal Adryan." Bidas Syatia tenang. Dia tahu, papanya tidak mungkin membalas kerana inilah kali pertama Syatilla naik kepalanya yang sebelum ini hanya turuti kehendak Tan Sri Amiruddin.

"Baik kalau itu yang Syatilla nak, tapi papa tak akan jamin yang Tilla akan bahagia dengan dia. Its my promise daughter !" Tan Sri Amiruddin akhirnya menyerah. Dia takut, takut jika Syatilla bertindak diluar kawalan.

Tan Sri Amiruddin keluar menemui Naufal Adryan. Bahu lelaki itu disentuh.

"Aku takkan restu perkahwinan kau dengan anak aku, aku akan pastikan dia tinggalkan kau. Faham?" Ugut Tan Sri selepas itu meninggalkan Villa yang gah itu.

"Apa yang awak cakap dekat papa awak?" Tanya Naufal Adryan sebaik melihat wajah ceria Syatilla menghampirinya.

"Jangan ambil tahu, and now jom.. kita makan. Hari ni awak tidur disini."

"Tapi kereta saya yang dekat Club House tu?" Soal Naufal Adryan. Syatilla membuat muka.

"Aduh, apa yang awak pandang sangat dekat kereta buruk tu? Kalau awak nak pinjam boleh guna kereta saya okey?" Syatilla kemudiannya menghampiri meja makan. Dia duduk di sisi meja sebelah kanan.

"Duduk dekat sini.." Arahnya sambil menepuk kerusi yang sepatutnya diisi oleh Tan Sri Amiruddin.

Tanpa banyak membuang masa, Nuafal Adryan terus duduk di sebelah Syatilla. Mereka berdua makan bersama.

﹏﹏﹏﹏﹏

"Mana satu bilik aku ni?" Soal Naufal Adryan sendirian. Dia berlegar di koridor mencari biliknya.

"Naufal.." Panggil Syatilla apabila menyedari Naufal Adryan ralit memandangnya yang hanya berkain batik menutupi dada.

"Kenapa tak tidur lagi?" Soal Syatilla tenang. Berlagak seperti tiada apa apa yang sedang berlaku.

"Saya nak tidur tapi, saya tak tahu mana satu biliknya? Mak Mah tak cakap pun."

"Bilik awak dekat sini, berhadapan dengan bilik saya. Kalau nak apa apa cakaplah. Bye !" Terus Syatilla menutup daun pintu biliknya. Berderau darahnya apabila ditenung oleh Naufal Adryan, jantung berdegup kencang.

Tukk tukk !

Pintu bilik Syatilla diketuk. Segera dia membukanya kerana belum sedia lagi untuk melelapkan mata.

"Syatilla, saya nak keluar sekejap. Ada hal.. nanti saya...

"No ! Jangan keluar.." Pantas Syatilla memotong kata kata Naufal Adryan.

"Syatilla sekejap je, i'm promise.." Rayu Naufal Adryan.

"Tak. Saya cakap tak bermakna tidak. Jangan tinggalkan rumah ni." Syatilla masih melarangnya. Pantas pinggang Syatilla ditarik.

"Sekejap je, tak lama pun.. pukul 1 nanti saya balik. Jangan tunggu, saya akan minta tolong Mak Mah bukakan pintu." Ujarnya. Perlahan dia melepaskan Syatilla dan berlalu pergi.

"Hoo... panas !" Keluh Syatilla. Tangannya mengibas mukanya yang kian merah. Dia mula tidak menentu jika bersentuhan dengan Naufal Adryan.

Dia akui, Naufal Adryan mempunyai daya tarikan. Tapi kenyataan itu tidak berubah, bitchboy selamanya akan menjadi bitchboy.

Lama kelamaan jam menunjukkan pukul satu pagi tetapi batang hidung Naufal Adryan langsung tidak muncul dihadapan pintu.

Kemudian loceng ditekan bertalu talu. Syatilla yang mendengar terus sahaja membuka pintu untuknya.

"Baru hari pertama, awak dah buat rumah ni macam hotel. What kind of you? Rumah ni bukan hotel yang awak boleh bawa perempuan sesuka hati dan boleh keluar masuk sesuka hati." Bebel Syatilla. Naufal Adryan di pandang tajam sementara lelaki itu hanya tersenyum.

"Okey maaf. Saya terlambat lima minit je. Jangan marah please.."

"Saya tak marah cuma tak suka. Saya nak, awak tinggalkan kerja awak selama kita berkahwin." Suaranya dikeraskan. Syatilla tidak mahu berbuat bising.

Tangan Naufal Adryan ditarik agar masuk kedalam rumah. Naufal Adryan tersenyum nipis.

"Did you know? Saya tak tahu pula anak orang kaya pun pakai kain batik, biasanya perempuan kampung je macam ni.." Sindir Naufal Adryan berselang ketawa.

"Awak !..

"Saya tidur dululah sayang.. gudnight." Ucapnya sebelum meninggalkan Syatilla yang sudah pun menggelegak dengan sindirannya.

Untuk kedua kalinya, Syatilla dikenakan oleh Naufal Adryan.

Tbc.
Idea habis.

Suamiku Bitchboy [ √ ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang