Bab 6

190 15 1
                                    


"Ni mak Puan Saleha, diari ni, semuanya wujud, dan dia mati sama macam komik, jika komik tu tak disiarkan, jadi Amalin jela suspeknya"
Terang inspektor Adam kepada Alia sambil memandang ke arah luar restoran.

"Tapi hanya cap jari Puan Saleha je yang ditemui kat lokasi kejadian, ianya tak seperti dirancang"
Balas Alia.

Inspektor Adam mengeluh sedikit, amat sukar dia menyelasaikan kes kali ni.

"Jadi apa pandangan kau?
Tanya Alia.

Inspektor Adam terpandang television yang berada di dalam restoran di mana seorang wartawan sedang memberikan laporan kematian seorang lelaki yang mati terkena eletrik ketika bekerja di stesen kereta api bawah tanah, dia teringat sesuatu pada saat ini, dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket jaketnya dan melihat lukisan-lukisan yang pernah dilukis Amalin.

Keadaan di dalam television sama seperti apa yang dilukis Amalin, Alia hanya memandang gelagat inspektor Adam sambil tergelak kecik, dia memandang ke television gelaknya tiba-tiba mati. Mereka berdua sama-sama memandang ke telefon bimbit inspektor Adam, kemudian memandang semula ke television beberapa kali untuk memastikan ianya sama.

***

Amalin melihat lukisannya di komputer miliknya dengan sedikit terkejut, dia memandang jam di tangannya, tepat jam 11:00pm dan ianya sama seperti waktu di dalam lukisnya itu.

***

"Adam.... Waktunya sama"
Kata Alia dengan wajah yang sedikit kaku.

Inspektor Adam memandang Alia.

"Tak guna.. Kat mana ni"
Balas inspektor Adam sambil melihat kembali lukisan di telefonya mencari lokasi.

Mereka berdua bangun dan keluar dari restoran dengan tergesa-gesa, ada nyawa yang perlu diselamatkan!!....

***

Zahid mengemas peralatannya dengan tergesa-gesa, dia mula risau dengan semua yang dilihat di dalam tab, komik yang dibacanya sama keadaannya seperti beberapa tahun lepas, seperti ada seseorang yang mengetahui tentang kehidupannya.

Ketika dia ingin melangkah pergi, bajunya seperti ditarik, dia sedikit terkejut, jantungnya mula berdetak laju. Zahid memalingkan wajahnya dengan perlahan dan mendapati bajunya tersangkut pada tangan mayat yang hangus terkena elektrik itu. Secara tiba-tiba, kain yang menutupi wajah mayat itu jatuh dan terlihat mata mayat itu merenungnya sambil mulutnya terlopong.

Zahid mula rasa tidak keruan, nafasnya sudah tidak menentu.

"Lepaskan aku.. Lepaskan !!"
Jerit zahid seperti orang kena histeria.

Dia menarik bajunya sekuat hati dan dia tertajuh di lantai kerana bajunya terlepas tiba-tiba. Dia mengeluarkan tukul yang berada di dalam begnya dan berdiri mengelilingi mayat itu sambil tanganya memegang tukul.

"BERIKAN BELAS KASIHAN KEPADA SI MATI !!!"

Tiba-tiba ada suara lain yang bebunyi kuat di dalam bilik itu, Zahid memandang sekeliling, dia mula tidak tentu arah.

"Siapa tu? .. Siapa !!!.."
Zahid menjerit-jerit.

"Keluar sini !!!"

Zahid menjerit menyuruh pemilik suara itu keluar sambil menghayun tukul di tangannya ke kiri dan kanan.

***

Amalin mengumpulkan kesemua lukisannya yang berkenaan dengan waktu sekarang, dia menyusun kembali semuanya di atas meja dengan tergopoh-gapah. Dia melihat nama jalan di dalam lukisannya dan mencari lokasi di komputernya dan menemui hospital yang berdekatan dengan jalan itu. Dia mengambil beberapa lukisannya dan dipadankan dengan gambar lokasi di dalam komputernya itu. SAMA !!.

AMALINWhere stories live. Discover now