Bab 8

164 16 1
                                    

Alia duduk di dalam keretanya membaca komik Amalin di telefon bimbitnya yang menceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan.

Imbas kembali , 6 April 2010 , 09:15pm

Alia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas melihat keputusan ujian polisnya, sambil memandu dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor sahabat baiknya Hidayah yang bersama-sama mengambil ujian itu.

"Biar betul? Kau dah jadi polis sekarang !"

"Yeahh ! Aku dah lepas ujian..hahaaa"

"Wahh, untung laa.. Pasni boleh la belanja aku makan..haha"

"Ahahaa, yeahh, akhirnya aku bukan seorang penganggur lagi !"

"Wah, bagusnya..hahaa, aku nak bagitau kawan2 yang lain, kejap tau.. Jangan letak."

"Hahaa.. Oke2, cepat sikit, aku tengah drive ni"

BAM SKREEETTTTT !!!

Tiba-tiba kereta yang dipandu Alia melanggar sesuatu yang keras hingga terangkat sedikit keretanya, mujur dia sempat menekan padel brek memberhentikan keretanya, jika tidak, kereta yang dipandunya juga akan hilang kawalan.

Alia terdiam seketika, dia takut untuk keluar dari keretanya pada waktu malam begini, tambah lagi tiada siapa yang melalui jalan gelap-gelita itu, hanya dia.

Alia menggagahkan juga dirinya untuk keluar melihat apa yang baru dilanggarnya tadi, dia keluar dan melihat sekelilingnya gelap gelita, suasana ketika itu sejuk seperti hujan akan turun beberapa masa lagi, tepi-tepi jalan hanya ada pokok-pokok yang besar hampir menutupi awan.

Alia berjalan sedikit ke hadapan, dia melihat lampu kirinya pecah dan ada sedikit kesan darah, dia menoleh ke belakang, tiada orang yang lalu dan dia ternampak satu papan tanda Kandang Lembu.

Alia menoleh kembali memandang keretanya dan berjalan menuju ke pintu pemandu. Tiba-tiba dia terpijak satu bungkusan pelastik, dia menunduk dan mengangkat bungkusan tersebut, ianya seperti mengandungi makanan yang berbungkus.

Alia memandang belakang keretanya, kosong seperti tiada apa yang dilanggar. Pada ketika itu pula hujan turun dengan renyai dan makin lama makin lebat.

Hari ini

Cermin kereta Alia diketuk seseorang, fokusnya pada komik tadi hilang, dia memandang kanannya dan menurunkan tingkap keretanya.

"Awak ke penyiasat tu?"
Tanya lelaki itu.

"Ya".
Balas Alia .

Alia mengikuti lelaki itu berjalan menuju ke tempat yang diminta Alia. Lelaki itu berhenti di sebuah tiang elektrik dan berbual dengan kawannya yang sedang membetulkan kabel eletrik di atas.

"Apa masalahnya?"

"Nampak macam ada orang potong wayar dari alamat ni"
Balas kawannya yang sedang membetulkan wayar itu.

"Menyeludup?"

" hmm, nampaknya macam tulah, siapa tahu, tapi cara kelihatannya macam ianya dah ada kat situ selama beberapa tahun"
Terang kawan lelaki itu sambil menuruni tangga besi.

"Kenapa kita tak tahu pasal tu?.

"Jadi, ianya kat mana?"
Alia yang sedari tadi diam memerhati tiba-tiba bersuara.

"Melihat pada kerja wayar itu, ia menghala ke arah itu, rumah bahagia tu"
Jawab lelaki itu sambil jari telunjuknya menghala ke arah sebuah banggunan yang nampak terbiar.

AMALINWhere stories live. Discover now