Bab 10

171 13 1
                                    

Kebahagiaan yang dikongsi bersama Nabila tidak berkekalan lama, pada hari Amalin berjaya diterima sebagai pelukis di sebuah pejabat penerbitan, dia pulang ke rumah dan mendapati rumahnya sudah terbakar. Amalin menutup hidungnya dan meredah kepulan asap yang memenuhi ruang udara rumahnya itu mencari Nabila, tapi hingga kini Nabila tidak dapat dikesan selepas kebakaran itu.

HARI INI

"ianya kebakaran yang sengaja, dan sebab dia takde kat situ, orang menuduh Nabila yang buat'

Inspektor Adam menyuluh-nyuluh dinding bekas kebakaran itu, cerita Amalin hanya didengar tapi fikiran dia lebih kepada seutas wayar yang bersambung dari luar banggunan hingga ke dalam rumah lama Amalin itu.

Dia mengekori laluan wayar itu hingga dia ditemukan dengan sebuah bilik yang pintunya dipasang dengan pagar, dia menarik pintu pagar itu dan masuk sambil diekori Amalin.

Inspektor Adam memerhatikan bilik yang sedang-sedang besar itu dan matanya tertangkap pada beberapa objek di atas meja.

'hmm..tengok ni..'

Dia menghalakan lampu suluhnya ke arah sebuah komputer di atas meja yang lengkap dengan mesin fotokopi. Dia mendekati papan kekunci lalu menekan punat space dan skrin komputer itu terus hidup dengan paparan lukisan Amalin seperti ada orang yang pernah menggunakan komputer itu.

Amalin memerhatikan lukisan di skrin komputer itu dengan wajah yang sedikit terkejut, lukisan seorang budak lelaki yang mati dilanggar lori seperti yang pernah dilukis oleh Nabila dahulu.

'Tapi.... Macam mana?'
Ucapnya perlahan

Inspektor Adam memerhatikan Amalin untuk seketika, kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah skrin komputer itu.

'Nampaknya, makin panjang la kes ni'
Ucapnya perlahan sambil tersenyum sinis.

Inspektor Adam membawa Amalin ke kedai makan untuk berehat seketika memandangkan dia dari tengah hari tadi belum menjamah apa-apa makanan kerana sibuk menyelesaikan kes Amalin.

"Ya, suruh Alia uruskan pasal forensik tu untuk datang esok , dan awak hisyam, beritahu Alia supaya ambil cuti bersalin dia, dia tahu la apa maksudnya,

Okay, kerja yang bagus, jumpa awak esok hisyam"

Inspektor Adam mematikan telefon bimbitnya dan menyambung menyuap makanan di hadapannya tanpa menghiraukan Amalin yang masih tercegat memandangnya.

'Tuan betul2 rasa memang dia ke?"
Amalin membuka bicara

'Komik tu palsu, datang dari satu e-mail dan bawak kita sampai kesini, dan ada pulak gambar lukisan tu kat monitor tadi, lagipun awak kan dah pastikan yang lukisan tu memang pernah dilukis Nabila dulu kan?"
Terang inspektor Adam.

'Tapi , dia hanya lukis......"

'Amalin !!... Awak boleh terima ke orang mati macam dalam komik tu? .. Awak cakap yang diorang semua dibunuh oleh hantu, tapi bagi saya pembunuhan itu semua kerja manusia, manalah ada hantu bunuh orang. Bagaimanapun, Nabila lah punca semua ni."

'Tapi dia takde alasan untuk bunuh !"
Amalin masih lagi ingin menafikan tuduhan yang tidak berasas itu ke atas Nabila.

'Encik Zahid, si mati baru2 ni, dia pernah sekali dilaporkan atas kesalahan penderaan kanak2, dan ketua editor tu, Puan Saleha, kita akan soal dia bila kita tangkap dia nanti, tapi tu pun kalau dia hidup balik...
Tapi Amalin, yang tu semua tak penting tau, soalan paling besar saya ialah kenapa dia buat awak lukis komik tu?"

Amalin hanya diam membisu mendengar penerangan dari inspektor Adam, inspektor Adam pula menyambung makannya sambil diperati Amalin.

Selesai sahaja makannya itu, inspektor Adam bangun untuk membayar dan Amalin masih lagi duduk diam, ada sesuatu yang bermain di fikirannya

Telefon bimbit Amalin bergetar menandakan ada mesej masuk, dia membuka dan alangkah terkejutnya dia.

: Dah lama, datang kt kawasan banggunan?

-Nabila 10:26pm

'Nabila?" Detiknya dalam hati

Selesai membayar harga makanan, inspektor Adam menuju semula ke tempat Amalin dan mengajaknya pulang. menyedari hal itu, Amalin menyorokkan telefonnya itu dan cepat-cepat bangun mengekori inspektor Adam ke keretanya.

Inspektor Adam menutup pintu keretanya dan memandang Amalin disebelahnya, dia perasan yang wajah Amalin sedikit pucat.

'Kenapa? , dapat panggilan dari Nabila?"
Inspektor Adam meneka

Amalin terperanjat dengan soalan itu dan memandang inspektor Adam

'Huh?"

'Huhh? Apesal terkejut sangat muka awak ni Amalin?"

Inspektor Adam memasukkan kunci keretanya dan tiba-tiba dia teringat kotak rokoknya tertinggal di dalam kedai makan, dia keluar dari perut kereta ingin mengambil rokoknya itu.

Fikiran Amalin mula bercelaru, dia ingin berjumpa dengan Nabila malam ini juga kerana dia tidak ingin Nabila dipersalahkan dalam hal ini tapi bagaimana? Dia sudah lama terpisah dengan Nabila.

Amalin memandang tempat duduk pemandu dan melihat kunci sudah ada di tempatnya, hanya tinggal start sahaja.

Inspektor Adam berjalan perlahan menuju ke keretanya, Amalin menekan punat lock dan dengan pantas menukar posisi ke tempat duduk pemandu. Inspektor Adam terdengar enjin keretanya dihidupkan, dia berlari laju dan cuba membuka pintu keretanya tapi sudah dikunci.

"Apa awak nak buat ni Amalin , bukak pintu ni !!"
Inspektor Adam mengetuk-ngetuk cermin kereta

'Hey Amalin, bukak pintu ni !!!!"
Inspektor Adam sudah mula berang

Amalin mengundurkan kereta dengan tergesa-gesa ingin keluar dari tempat parking itu.

'Amalin !! , kau dah gila ke? Bukak pintu ni !!"

Amalin tidak mengendahkan inspektor Adam, dia menekan pedal minyak dan melanggar perlahan tubuh inspektor Adam hingga menyebabkan dia terjatuh dan tergolek.

Inspektor Adam bangun dan cuba mengejar kereta yang dipandu Amalin itu

'Amalin !!!,, berhenti !! "
Jeritnya sambil berlari, tapi tidak berjaya.

Inspektor Adam sedikit mengah, dia mendail nombor Hisyam dan diangkat olehnya serta merta.

"Jejak telefon bimbit Amalin sekarang jugak !! "

AMALINWhere stories live. Discover now