9

316 27 0
                                    

Keesokan harinya, Mira datang ke sekolah seperti biasa. Tetapi, sesuatu yang luar biasa berlaku. Sepanjang perjalannya ke kelas, kelihatan pelajar-pelajar lain sedang rancak bercerita dan berbisik sesama mereka.

"Dia dah datang dah."

"Handsome gila mamat tu."

"Budak tu ke yang korang panggil legend?"

"Style gila rambut dia. Hot do."

Dan pelbagai macam lagi bisikan yang didengari oleh Mira. Dan Mira sedar sudah tiba saatnya dia meneruskan apa yang dia lakukan sepanjang 2 tahun yang lepas.

Lari dan terus berlari.

Tetapi larian Mira tidak bertahan lama kerana sesampainya dia di locker kepunyaannya, kelihatan rakan-rakannya sudah setia menunggu. Pelik. Selalunya ada je yang lambat datang.

"Mira! Cepat! Jom jumpa budak baru tu." Ajak Aidan bersungguh-sungguh.

"Jom! Jom! Aku pun dah tak sabar ni. Boleh tambah geng." Sambung Ed dan menarik tangan Mira.

Oh patut lah. Mira sedaya-upaya melepaskan pautan tangan Ed dengan wajah pucat lesi.

"Err korang pegi lah dulu. Aku.... Aku..... kena jumpa pengawas bertugas. Haa pengawas sebab...sebab..."

"Sebab duit dia hilang. Dah jom Mira aku temankan." Sambung Am lalu menarik tangan Mira supaya mengikutinya.

"Aku pun nak ikut diorang. Sebab nak amik barang dekat pengawas tu." Tiba-tiba Kyra mencelah dan mula mengikuti mereka.

"Sejak bila diorang rapat dengan pengawas ni?" Tanya Arian sambil melihat jejak langkah 3 orang sahabatnya sehingga mereka hilang dalam lautan pelajar lain.

"Entah. Maybe sebab pengawas bertugas minggu ni handsome kot." Balas Ed dan mula mengorak langkah ke arah yang bertentangan.

***

"Mira kau tahu kan lama-lama nanti kau akan face to face dengan dia jugak?" Perlahan Kyra bertanya sambil memandang wajah Mira dengan pandang simpati.

"Tahu. Tapi aku harap lama-lama tu takkan muncul dan aku taknak jumpa dia."

"Sampai bila Mira? Sampai bila kau nak rahsiakan semua ni daripada Aidan and Ed? Diorang pun patut tahu."

"Aku tak ready lagi. Hati aku sakit sangat."

Dan mereka terus berjalan seiringan menuju ke kelas tanpa sepatah kata.

Sebelum sempat Mira masuk ke dalam kelas, kedengaran bisikan Am yang dari tadi tidak bersuara.

"Hati aku lagi sakit."

REBELWhere stories live. Discover now