17

290 26 1
                                    

"Woi perhimpunan tadi cikgu ada cakap benda penting tak?" Tanya Aidan selepas membaling gumpalan kertas ke arah classmate nya yang berada berhampiran dengan mereka.

Classmate mereka yang dikenali dengan nama Zack, memandang Aidan seolah-olah Aidan mempunyai tiga kepala. Yelah, tak pernah-pernah kumpulan mereka kisah pasal perhimpunan, tiba-tiba je tanya. Selepas hampir 5 minit Zack memandang Aidan, dia mula bersuara.

"Ada banyak. First this week koko macam biasa. Then siapa ada hilang duit jumpa cikgu bertugas, pertandingan reka cipt-"

"Aku taknak tahu semua lah sakai. Yang paling penting je." Aidan memotong percakapan Zack.

"Ouh paling penting hmm haaaa! Exam ditunda sebab cikgu cakap pelajar tak ready lagi. Tu je kot?" Zack seolah-olah sedang berusaha mengingati jika ada apa-apa info yang tertinggal.

"Lame gila alasan pelajar tak ready." Am yang setia mendengar mula bersuara.

"Nak jaga reputation lah tu." Ed mula tertawa diikuti dengan Mira dan Kyra.

"Masalahnya, sekolah kita ada reputation ke?" Arian bertanya selamba.

Selepas pertanyaan Arian, gelak tawa mereka berlima meletus di kelas itu.

Zack hanya memerhatikan mereka dengan riak pelik. Apahal lah diorang ni bahagia sangat.

***

Semasa rehat, Mira menghabiskan masanya di library kerana ingin menghabiskan novel milik library sekolahnya. Dan juga kerana library sejuk.

Sedang Mira asyik menghayati novel yang bertajuk "All the Bright Places", kedengaran kerusi dihadapannya ditarik oleh seseorang. Mira masih lagi leka membaca.

"Baca apa tu?" Satu suara menyapanya.

"Baca surat khabar." Mira membalas dengan harapan orang yang menegurnya tidak menganggunya lagi.

"Kelakar. Asal tak makan?" Darwisy masih lagi setia menganggunya.

"Sebab nak habiskan baca buku ni lah so can you please, stop talking?" Mira mula berasa geram dengan tingkah laku Darwisy. Tambahan lagi, Darwisy asyik merenungnya.

"Alright, sorry." Wah, senangnya dia mengalah. Gumam Mira di dalam hati.

Mira meneruskan bacaannya dengan aman dan Darwisy masih lagi statik dihadapannya.

"Memang kena habiskan buku tu harini ke?" Darwisy bertanya selepas 10 minit dia memerhatikan Mira. Adakalanya Mira tersenyum ketika membaca novel itu.

"Yelah."

"Why?"

"Ugh, sebab nanti library tutup 2 hari starting from tomorrow." Jawab Mira sambil matanya meneliti bait-bait perkataan di dalam novel itu.

Tiba-tiba kedengaran loceng menandakan waktu rehat sudah tamat. Dan pengawas perpustakaan mula menghalau pelajar supaya kembali ke kelas.

"Fuck this. Semua sebab you." Mira meletakkan buku tersebut ke tempatnya sambil mulutnya memaki Darwisy yang menganggunya.

Darwisy hanya diam dan apabila tiba diluar perpustakaan Darwisy berjalan ke arah yang bertentangan dengan kelas mereka.

Belum sempat Mira menegurnya, Darwisy sudah hilang di dalam lautan pelajar lain. Mira hanya memerhatikan susuk tubuh Darwisy dan mula berjalan ke kelasnya.

***

Dua masa terakhir, Darwisy lambat ke kelas Fizik di makmal Fizik. Walaupun lambat, Darwisy tetap berasa lega.

Selesai kelas Fizik, mereka berjalan menuju ke kelas mereka. Mira hanya memasang telinga apabila Ed bertanya Darwisy tentang kehilangannya selepas waktu rehat tadi.

"Ada hal sikit." Balas Darwisy pendek.

Sampai di kelas, Mira mula mengemas barangnya untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba matanya terlihat ada sesuatu di bawah mejanya.

Bungkusan plastik.

Label kedai buku.

Apabila selesai membelek plastik itu, Mira mula membuka bungkusan itu.

Di dalam plastik itu, terletak elok novel All the Bright Places. Sama seperti novel yang tidak sempat dibacanya tadi.

Bersama novel itu, ada sekeping sticky note yang tertulis sesuatu.

"Your smile is brighter than this book and don't forget to eat."

REBELWhere stories live. Discover now