- 12 -

100 16 3
                                    

Masyarakat mula dikejutkan dengan berita kematian seorang gadis muda yang terjun dari bangunan hospital tingkat 20. Punca kematian belum dikenal pasti tetapi berkemungkinan besar gadis yang membunuh diri di situ dikatakan mengalami kemurungan.

Berita ini tentunya menjadi kejutan buat BTS kerana yang membunuh diri itu ialah Kwon Dae Hyo.

Sejak itu, kehidupan BTS mula dihantui dengan kematian gadis yang mendesak V supaya berkahwin dengannya. Kerana tolakan itu, gadis itu menjadi tertekan dan bertindak membunuh diri. Setakat ini, masih tiada sesiapa pun yang tahu punca kematian gadis itu.

Rap Monster : Taehyung-ah, bersabarlah. Mungkin dia bunuh diri tu ada sebab lain?

V : *geleng-geleng* *risau* Aku bersalah sangat dengan dia, hyung...

Rap Monster : Engkau tak bersalah. Selagi polis tak tahu puncanya, jangan fikir benda negatif. Bawak tenang dan fokus untuk aktiviti kita ni. *tepuk bahu V*

V : *angguk lemah*

Walaupun kematian Daehyo sudah pun berlalu, masih terdapat seseorang yang ingin menuntut kematian Daehyo.

Sejak kebelakangan ini, V sering menerima surat ugutan daripada seseorang dan sehingga kini, masih tiada sesiapa yang tahu siapa yang cuba mengugut V. Paling mengejutkan, orang yang tidak dikenal pasti menghantar surat yang membuatkan V rasa terancam.

Kalau Daehyo mati, engkau pon akan ikut dia mati.

V jadi tertekan dan tekad untuk melarikan diri. Tapi dia sedar kalau dia hanya melarikan diri ke luar negeri, 'dia' masih tetap dapat jejak keberadaan V. Jadi, dia tekad untuk melarikan diri ke luar negara dan jauh dari negara Korea.

Berita kononnya BTS terpaksa hentikan aktiviti buat sementara waktu kerana masalah syarikat adalah pembohongan semata-mata. Semuanya untuk menutup kes ini dan tidak mahu peminat risau. Big Hit juga berkomplot dengan pihak polis untuk merahsiakan kes ini sehinggalah keadaan kembali kepada sedia kala. Kini, pihak polis sedang mencari jejak orang yang cuba mengugut V dan V pula dikhabarkan selamat di sebuah negara yang jauh.

Dan sebab itulah... dia berada di sini.

End of flashback

Taehyung : *mengiring ke kanan* kenapa susah sangat nak lelap ni? *bangun* *keluar dari bilik*

Perlahan-lahan kakinya jejak ke dapur dan mendapati lampu dapur menyala terang.

Taehyung : *jenguk ke dapur* Bo? Tak tidur lagi?

Balqis : *dongak* Slurrppp....

Taehyung : *kecuq air liur* Ramen....

Balqis : *kebil-kebil* Nak ke? Err.... you want some?

Taehyung : *angguk laju*

Balqis : *bangun* aku akan buat tapi jangan bagitau mama!

Taehyung : *angguk naif* (tak faham pun apa dia kata tapi buat-buat faham je la)

Balqis : *ambik mangkuk* Wahai perantau-perantau di kota... (apahal tiba-tiba lagu raya pulak terkeluaq nih)

*******

Keesokan harinya, waktu petang...

Balqis menghirup udara petang dengan seluruh tenaga dan dihela nafas perlahan-lahan. Betapa segarnya bau udara petang itu ditambah pula angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Balqis : Syok kalau duduk bawah cik pokok nyioq

Dia menghampiri seseorang yang sandar pada pokok. Balqis merengus geram.

AKU, IDOL DAN POKOK NYIOQМесто, где живут истории. Откройте их для себя