- 13 -

94 16 4
                                    

Kalau dah kata tak serasi bersama, memang tak akan serasi. Bukan sahaja di rumah bahkan di pasaraya pun boleh bergaduh.

Balqis : Woi! Turun la dari troli ni! *tendang punggung Taehyung*

Taehyung : *termasuk dalam troli* Appo!

Balqis : Oppo, Oppo! Kedai Oppo kat atas.

Taehyung : *turun dari troli* *tolak troli laju-laju* *angkat kaki* *melayang* *langgar dinding* *troli remuk*

Balqis : -_- ayook... ganti baru na?

Taehyung : Hihihi *tukar troli* ahjumma! Khajja! *pimpin lengan Che Nah*

Che Nah : *blushing* Hai, nak mengurat ceq ka?

Balqis : Ma... bukan muhrim ma.

Che Nah : *lepas tangan Taehyung* *tunjal kepala Taehyung*

Taehyung : Appo!

Balqis : Berapa kali aku nak cakap, kedai oppo kat atas. Mana ada kat lot parking nih!

Taehyung : Palli! *tolak troli dengan semangat* *masuk Aneka* Eh? Wah.

Terpaku Taehyung melihat kanak-kanak sedang bermain (amenda ntah nama dia. Yang aku tau benda tu memang ada kat pasaraya. Kena masuk duit syiling pastu bergerak lerr)

Taehyung : Aigoo! Nak naik! *tunjuk kat Che Nah*

Che Nah : *tunjal kepala Taehyung* Woi, dah besaq gajah pun nak naik ka? *pandang Balqis*

Balqis : *mata berkilau* *kelip-kelip pandang Che Nah*

Che Nah : -_- anak siapa aku bawak ni?

*******

Balqis : *ambik bungkusan dari freezer* Ma! Nak ayam goreng ni?

Che Nah : Masuk ja la dalam troli tu.

Balqis : Yes!

Taehyung : Nuggets! *tunjuk satu bungkusan dalam freezer*

Che Nah : *keluh* ambik je la.

Taehyung : *buat-buat faham* *ambik freezer* *masuk dalam troli*

Che Nah/Balqis : *ternganga*

Taehyung : *kebil-kebil* kenapa? Salah ke?

*******

Tingkat satu

Balqis : Hah! Tu Oppo. Tadi nak pergi sangat kan?

Taehyung : Oppo? Haish, aku tak cakap pun aku nak beli fon. Apa masalah budak ni?

Che Nah : *keluar dari kedai* anak-anak ribena sekalian!

Balqis : *lari ke arah Che Nah* *terbeliak mata* Ma! Kereta tu... Cantiknya!

Taehyung : *berdiri sebelah Balqis* Uwaahhh! Cantiknya!

Balqis/Taehyung : *saling pandang*

Balqis : Kereta warna merah tu aku cop dulu!

Taehyung : Yah!

Balqis : Apa yah!

Balqis dan Taehyung tanpa rasa bersalahnya merebut sebuah kereta mainan yang menjadi tarikan mereka. Kanak-kanak yang sedang memandu kereta mainan terkebil-kebil melihat mereka.

Che Nah : *tepuk dahi* menyesal pulak aku bawak budak ribena ni.

*******

Setelah dipulas telinga dua makhluk ribena itu meninggalkan kawasan di depan kedai buku, barulah mereka reti berhenti bergaduh. Kalau dibiarkan, mahu digigit-gigit telinga semua budak yang ada di situ. Naya Che Nah nanti. Siapa susah? Dah sah-sah, Che Nah yang susah.

AKU, IDOL DAN POKOK NYIOQWhere stories live. Discover now