• Bab 44

3.4K 280 7
                                    

“ Ya tasbih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ Ya tasbih. Hahah, sebenarnya masa mula-mula beli saya ingat ianya adalah rantai sebab panjang. Lepastu semalam kebetulan saya membaca pasal Islam, saya ternampak gambar tasbih. Rupanya, benda yang saya ingat rantai adalah tasbih. ” ucap Jungkook dan tertawa kecil. Asya merasa sedikit terharu mendengar kata-kata Jungkook itu.





Kenapa awak tak simpan ? ”





“ Saya masih belum layak menggunakan nya lagi, Asya. Masih ada banyak benda yang saya perlu belajar. Herm, sebab tu saya berikan pada awak. Awak lagi layak sebenarnya berbanding saya. Gunakan lah, nanti awak dapat pahala. Kan ? ” ucap Jungkook. Sekali lagi, Asya seperti terkejut mendengar Jungkook berkata begitu. Dia betul-betul berminat dengan Islam.





Terima kasih, awak. Saya tengok lately ni awak banyak berubah. Saya bahagia, bahagia sangat-sangat tengok awak macam ni Jungkook. ” ucap Asya dan tersenyum manis pada Jungkook. Jungkook hanya tersenyum dan merenung dalam wajah cantik milik Asya itu. Apabila kenal dengan Asya, Jungkook menjadi lebih tenang sekarang. Ini ke yang dikatakan hidayah Allah itu sekelip mata ?





“ Yah ! Jungkook ! Jom gerak ! ”





“ Okay, okay ! ”






      Asya dan Jungkook kembali semula bersama ahli BTS yang lain dan pergi menukar pakaian asal mereka semula. Selepas itu, mereka melangkah keluar dari istana ini. Sempatlah juga mereka ambil gambar sekali lagi sebelum meninggalkan istana. Walaupun, tanpa V dan juga Fei. Kini, mereka di dalam kereta untuk pergi ke destinasi seterusnya iaitu Myeongdeong streets. RM melihat iphonenya yang mempunyai maklumat tentang Myeongdeong.






Yaedeura, korang nak beli apa di sana ? ”





“ Hurm, aku macam nak beli kasut baru. Kalau tak kasut pun, mungkin beg baru. Lagipun, barang dekat Myeongdeong semuanya murah. Rugi lah kalau jalan-jalan tak beli apa-apa an ? ” ucap J-Hope dan mengusap dagunya. Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan pernyataan J-Hope itu.






“ Aku pun nak beli baju juga di situ. Nanti kita jalan sama-sama lah Hosoek. ” ucap Jin yang sedang fokus memandu itu. J-Hope mengangguk dan memberikan tanda bagus kepada Jin. Apabila mereka berbual itu, Asya dan Lieya juga berfikir untuk beli apa di pasar itu. Bukan selalu beli barang jenama Korea ini. Macam-macam benda yang boleh dibawa pulang ke Malaysia. Bolehlah diorang beli souvenirs untuk kawan-kawan universiti mereka.






Herm, saya nak beli skincare macam mask face ataupun lotion untuk souvenirs kawan-kawan saya di Malaysia. Kalau untuk diri sendiri, mungkin scarf ? Sejuk di Korea ni, buatkan saya nak beli banyak scarf lah. ” ucap Lieya dan tersengih. Biasalah, suhu sejuk di Korea ni bukannya boleh dibawa bincang. Memang kena pakai scarf, baju tebal dan juga hotpack di tangan. Kalau tak, mati kesejukan. Suga mengangguk tanda faham.





My Manager [JJK]Where stories live. Discover now