• Bab 54

2.5K 197 21
                                    

R U M A H •

A S Y A







        Selepas mengemas rumah dan memasak makanan tengahari, aku melabuhkan punggung di atas sofa yang ada di ruang tamu. Aku mengeluh kepenatan dan bersandar di sofa itu. Aku mengerling ke arah jam dinding. Lagi satu jam, Fikri akan balik ke rumah untuk makan. Aku alihkan mata ke arah frame gambar yang ada di atas meja kecil. Gambar aku dengan Fikri di Jepun di atas gunung Fuji.





Sayang, awak tak rasa rumah kita sunyi ke ?’

Asya, bila mak nak dapat cucu ni. Mak dah tua Asya. Mak nak juga merasa ada cucu.

Appa akan sentiasa menunggu Asya. Tapi, kesian kan lah kami. Kami dah tua. Nak juga menimang cucu.




     Kata-kata mereka terus berputar di benak fikiran aku. Aku mengusap perut aku yang kempis itu. Perasaan takut menyinggah di dalam diri aku. Aku tahu, dah lama aku tidak jalan kan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri kepada Fikri. Dua tahun, Fikri menahan diri daripada aku kerana aku yang tidak sedia. Tapi, aku ada sebab aku sendiri. Airmata mengalir di atas pipi. Aku genggam baju di bahagian perut aku.





TING! TONG!





     Aku segera mengesat airmata aku apabila mendengar bunyi loceng rumah. Mesti Lieya ! Dia kata nak datang sini lepas berbelanja di pasar raya. Aku segera mendekati pintu rumah dan membukanya. Seperti yang aku jangkakan, orang itu ialah Lieya. Aku tersenyum dan peluk tubuh kawan aku dengan erat. Lieya terkejut tapi perlahan-lahan menepuk belakang badan aku.





Assalamualaikum, Asya. Kau apa khabar ? ”





Waalaikumsalam. Aku baik sahaja Lieya. Kau tu apa khabar ? Kali terakhir aku jumpa minggu lepas sebab kau kena balik rumah mak ayah kau. ” ucap aku dan meleraikan pelukan. Lieya tersengih dan mengusap-usap perutnya. Aku perhati bahagian perut dia yang sedikit besar. Eh ?! Takkanlah ! Aku membuat wajah terkejut.




“ Okay, jangan terkejut dulu. Aku cerita kau tapi kat dalam. ” ucap Lieya yang teruja. Aku mengangguk dan mempersilakan dia masuk ke dalam rumah. Aku menghidangkan Lieya secawan teh dan kek lapis yang sempat aku beli semalam bersama Fikri. Aku duduk di sebelah Lieya dan melihat bahagian perutnya lagi.




“ Hahaha, okay okay seperti yang kau fikirkan aku tengah mengandung sekarang. Alhamdulillah, dah tiga bulan. Aku balik rumah ibu dan ayah aku sebab nak bagitahu berita gembira ni lah. Lagipun, Saiful kan balik Daegu masatu. Jadi, dia tak tahu. Dua tiga hari lepas bila dia balik, aku terus bagitahu dia. Dia gembira gila weyh ! ” ucap Lieya yang teruja bercerita.





“ Wah, tahniah Lieya ! ”





“ Heheh, terima kasih. Kau tu macam mana ? Belum ada isi lagi ke ? Kau kahwin dengan Fikri awal dari kut. Takkanlah tak ada lagi ? Dah dua tahun berlalu. ” ucap Lieya dan tengok perut aku yang tiada isi langsung itu. Riak wajah aku berubah sedih dan menggelengkan kepala. Sekali lagi, aku usap perut aku.





“ Tak ada. ”





“ Serieslah Asya ? Fikri tak marah ke ? Kau biar betul ni Asya ? Kau tak kesian ke dekat Fikri ? Dia suami kau, dia berhak tuntut hak dia. Kau ni janganlah seksa suami kau macam tu. ” ucap Lieya dengan nada geram. Aku menundukkan kepala dan tangan aku bermain dengan hujung baju aku. Aku faham apa yang Lieya cuba sampaikan. Tapi, aku..





My Manager [JJK]Where stories live. Discover now