• Bab 69

2.2K 192 11
                                    

F L A S H B A C K
O N

M I N G G U L E P A S




         Aku keluar daripada cafe itu dengan perasaan yang sangat gembira. Fail projek yang aku terima dari syarikat I&P itu buatkan aku sangat bahagia. Akhirnya, syarikat itu dah bersetuju untuk bekerjasama dengan aku untuk projek besar itu. Sekarang, aku hanya perlu kembali ke pejabat utama I&P dan sambung berbincang pasal ni dengan pekerja dia yang lain supaya mereka tandatangan kontrak.




“ Mesti sajangnim bangga dengan aku ! Jalhaesseo ! ”





       Aku mendekati kereta aku dan masuk ke dalamnya. Aku masukkan kunci kereta dan pusingkannya. Namun, kereta tidak hidup. Aku cuba berulang kali pun tidak hidup. Petanda apa kah ini ? Jangan cakap kereta ni rosak ya ! Aku tengah urgent ni ! Aku mendengus geram dan menghentak stereng kereta itu. Macam mana sekarang ni ? Jangan disebabkan benda ni, aku terlepas projek itu.





“ Tolonglah kereta, bukan sekarang waktunya ! Ah, shi..nampaknya aku kena minta tolong sesiapa. Jungkook ? Suga ? Tak tak. Diorang mesti tengok sibuk sekarang ni. Aku tak nak susahkan diorang. ” ucap aku dan scroll down bahagian contact list nya. Yelah, Jungkook mesti tengah jaga Asya sebab dia dah mengandung. Suga pula mesti sedang jaga Lieya sebab dia dah melahirkan anak lelaki bernama Wafiey. Aku ambil fail tadi dan keluar dari kereta.





“ Mama mama, nanti Adell nak beli beg sekolah baru boleh tak ? Beg Adell yang haritu dah koyak lah ma. ” ucap seorang budak kecil. Aku menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Bella bersama anak dia pergi ke kereta mereka. Tch, kenapa mesti dia yang muncul ?! Aku dah tak ada pilihan ke sekarang ni ?!





“ Yelah, nanti mama belikan. ”




Bella, berhenti ! ”





       Aku berlari mendekati dia yang sudah berikan tenungan tajam kepada aku. Dia memegang erat tangan Adell yang ada di sisinya. Heh, ikutkan hati aku tak nak minta tolong dia. Tapi, benda nak jadi dan hanya dia yang boleh aku minta tolong. Aku tak kenal orang lain selain Jungkook dan Suga. Dia pandang aku dengan muka menyampah. Aku lagi menyampah tengok kau lah.





“ Kau dah pandai cakap melayu ? ”




Well, nak buat projek besar di sini mestilah aku belajar bahasa Melayu. Okaylah, aku malas nak gaduh atau bertekak mulut dengan kau. Aku cuma nak minta tolong. Boleh kau hantarkan aku ke syarikat I&P ? Kereta aku rosak. ” pinta aku. Aku rasa sangat-sangat malu seolah-olah maruah aku dipijak. Dia tertawa dengan perlian.




“ Kau minta tolong aku ? Aku tak salah dengar ke ? Kau bukan ke benci dengan aku ? ”




Please Bella. Aku betul-betul terdesak dan perlukan bantuan kau. Kalau aku lambat, aku boleh kehilangan projek tu. Aku tahu aku salah masa kat hospital masa tu, aku minta maaf. Untuk kalini sahaja, Bella. ” rayu aku dengan harapan dia akan tolong aku. Bella tertawa lagi melihat riak muka aku yang sangat meminta simpati darinya itu.




“ Hahah, tak payah buat muka macam tu. Baiklah aku tolong. ”



Seriously ?! Thanks, Bella ! ”




“ Mama-mama, siapa pakcik ni ? Hensemnya. Muka dia macam papa Fikri lah. ” ucap Adell dan tenung muka aku dengan mata yang terkebil-kebil. Aku memberikan senyuman padanya bila dia memuji aku. Haha, aku dah biasa dengar orang cakap aku hensem. Bella membuka pintu dan meminta Adell masuk ke dalamnya.



My Manager [JJK]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu