#18

5.1K 152 0
                                    

Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 30 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
"MACAM tak ada perempuan lain kau nak kacau," tingkah Hijam serius.
Diteguk kopi yang sudah suam dihidangkan bibik tadi. Malam yang berbintang langsung tidak menarik perhatian. Sesampai tadi dia terus mencari Ghazi yang bersantai di hadapan kolam renang. Elok sahaja membaca surat khabar sedangkan dia gelisah dengan amaran Batrisyia.

Dipandang wajah abang iparnya itu macam mahu telan. Bengang. Mahu tak bengang bila dia yang diserang. Sebaik diserang siang tadi dia terus menghubungi Ghazi menyampaikan amaran Batrisyia. Tidak percaya Ghazi akan menjauhkan diri, malam ini dia di hadapan Ghazi untuk memasakkan amaran kemas di kotak ingatan Ghazi.

"Hanya dia perempuan yang aku nak kacau," balas Ghazi selamba terus menyelak surat khabar di tangan. Sedikit pun tidak terjentik dengan kemarahan Hijam itu. Acuh tak acuh sahaja dilayan.

"Kau biar betul, Ghaz? Tak pernah-pernah aku tengok kau kejar perempuan. Apahal si Batrisyia tu pulak kau nak. Macamlah tak ada yang sudi." Nada Hijam sudah kendur. Tidak tegang seperti tadi. Mahu juga tahu apa di fikiran Ghazi kali ini.

Ghazi jarang bercerita. Mereka bersahabat. Tetapi tidak banyak yang dikongsi. Lebih banyak soal untuk berseronok. Soal kerja. Bukannya soal hati. Hakikatnya dia tahu Ghazi menganggapnya sahabat baik. Jika tidak tidak mudah untuknya menjadi suami Aisyah. Ghazi yang cukup menyayangi adik-adiknya mana mungkin melepaskan pada lelaki yang tidak dipercayainya.

"I like her and I want her," jujur bicara itu. Surat khabar di tangan dilipat. Diletakkan di meja kecil di sebelah sofa.

"Seriously?" Macam susah nak percaya. Ghazi jatuh suka? Memang luar biasa.

"Seriously. Dah masa aku kahwin, Jam. Aku perlukan pewaris. Tunaikan hasrat daddy."

"Aku tahu. Kau bukan muda sangat, Ghaz. Aku dah anak dua. Kau masih hot bachelor. Tapi apa pulak kaitan dengan Batrisyia?"

"Kalau aku perlu kahwin... aku nak Batrisyia jadi suri aku."
Terlopong Hijam mendengarnya. Dikorek-korek telinga takut dia salah dengar. Susah nak percaya. Apa istimewa Batrisyia hinggakan Ghazi sanggup mengejar? Itu sahaja sudah buat dia tertanya-tanya berhari-hari. Lagi-lagi bila Batrisyia mahu dijadikan suri. Banyak tanda soal besar di kepalanya tika ini.

Batrisyia bukan tidak cantik. Cantik orangnya. Selalu tersenyum manis. Tampak ayu namun cukup seksi di pandangan lelaki. Pun begitu bukan mudah untuk ditawan. Ramai yang ditolak tanpa sebarang peluang. Siapa yang cuba dekat pasti dihambur dengan lidah berbisa. Bukan hamunan. Hanya kata-kata sinis yang menikam hati. Cukup untuk buat lelaki berfikir berkali-kali untuk mencuba lagi.

"Batrisyia? Kau nak dia? Dia tak nak kau. Baru tadi dia warning aku suruh bagitahu kau dia nak saman kau kalau kau cuba dekat dengan dia. Macam mana kau nak buat dia jadi isteri kau? Perempuan tu bukan main-main tau."

Hijam memicit kepala membayangkan masalah yang pasti memalukan keluarga mereka. Kes mahkamah bukan mainan. Boleh menjatuhkan imej syarikat. Nilai saham syarikat juga boleh tergugat jika nama syarikat terpalit gosip begini. Apa mahu jawab jika Ghazi dituduh tidak berkelayakan untuk meneraju Diamond Group? Haru-biru dibuatnya nanti.

"Aku tahu dia tak main-main."

"Macam mana kau tahu?"

"Aku jumpa dia tadi kat syarikat dia," balas Ghazi selamba. Tidak peduli wajah Hijam yang berubah riak mendengar kenyataan itu.

"Kau dah gila. Perempuan tu baru aje warning tapi kau terus datang lagi dekat. Buatnya dia terus failkan saman macam mana?" Agak tinggi suara Hijam dek marah.

"Dengan siapa kau tengah cakap sekarang ni?"

"Kawan baik aku. Abang ipar aku," jawab Hijam dengan nada kembali kendur.

"Oh, aku ingat kau dah lupa," tutur Ghazi cukup sinis. "Aku tahu dia tak main-main bila dia ugut kau. Aku pun tak main-main nak jadikan dia suri aku. Dia boleh saman aku. Tak bermakna dia akan menang. Kau kenal aku, kan? Pernah ke aku kalah sebelum ni?"

BATRISYIAWhere stories live. Discover now