Bab 1

95.3K 2K 137
                                    

"Hanny!" jerit Julia yang sedang berlari tercungap-cungap ke arahnya.
Hanny memandang pelik ke arah Julia. Dah kenapa dengan minah ni? Mentel? Lari-lari segala. Aku tahulah dia ni atlet sekolah pun!

"Kau ni dah kenapa?" soal Hanny apabila Julia berhenti di hadapannya sambil menarik nafasnya. Tulah! Gatai nak lari sangatkan? Kan dah tak cukup oksigen!

Julia menarik nafasnya lalu menghembus. Fuh! Semput aku dibuatnya! Hanny pula setia menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Julia sampai semput macam ni.

"Ok, aku ada hot news untuk kau! Terbaiklah punya!"

"Apa pulak?" hot news? Apalah yang dia ni merepek?

"Ok macam ni. Satu sekolah kita ni dah gempak dengan kehadiran seorang cikgu hensem!"

Err...cikgu hensem? Apa ke balak sangat diorang ni? Asal nampak cikgu hensem je terus nak tergoda? Hesy! Tak kuasa aku! Kalau Tasha dapat tahu ni, fuh! Lagi runtuh sekolah ni!

"Hoi! Kau mengelamun erkk?" Julia menepuk kuat bahu Hanny. Hanny hanya menjongketkan bahunya.

"Kau ni! Sporting lah sikit! Kalau aku cakap pasal orang hensem je, mesti kau tak masuk port kan?" balas Julia sedikit geram. Minah ni memang tak ada sense dekat lelaki ke? Ke dia ni...

"Buat apa aku nak masuk port? Aku malaslah nak ambik tahu. Kau pun tahukan kalau di mata aku semua lelaki tak hensem!"

"Memang kau ni rabun binti buta!Hey! Lelaki yang paling hensem dekat sekolah ni Muammar tau! Takkan yang tu pun tak hensem?" Hanny menggeleng. Ya Allah budak ni! Memang sah dia ni ada penyakit mata rabun. Tak rabun buta!

Kring!!! Loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah habis. Julia dan Hanny masuk ke dalam kelas. Hanny dan Julia duduk sekali. Hanny membawa keuar buku Sains.

Erghhh! Aku malas betullah bila masuk masa Sains ni! Hesy! Serius tak minat langsung! Macam apa lagi! Ini nak kena belajar perubahan kimia apa semua! Tambah-tambah lagi bila dia tanya pasa hydrogen dengan oksigen! Memang aku tak boleh masuk! Kenapalah perlu belajar Sains??! Sekolah agama pun kena belajar Sains ke?! Dahlah Cikgu Zarina tu spesis yang suka membebel.
Kalau belah utara dia kata beletiaq!

10 minit berlalu namun kelibat Cikgu Zarina masih belum kelihatan. Amboi cikgu ni! Ke mana pulak dia? Selalunya on time! Takkanlah senak perut kot? Hailah...dari aku termenung macam ni, baik aku main word search! Hanny mengeluarkan buku word search. Namun, baru sahaja nak main, pengetua melangkah masuk ke kelasnya bersama seorang guru lelaki. Errr...sapa pulak ni?

"Bangun!" laung Ridzwan. Ketua kelas 4 Bestari.

"Assalamualaikum kelas!" ucap pengetua. Semuanya menjawab salam dari pengetua.

Dari jauh, Tasha pula sudah tersengih-sengih melihat cikgu tersebut. Eiiii! Hensemnya! Kalaulah aku boleh mengorat dia...kan best? Hailah...dahlah hensem! Muka pun nak serupa Ammar Baharin! Hehehe! I like!

"Ok kelas, hari ni saya nak bagitahu kamu semua yang cikgu sains kamu bukanlah Cikgu Zarina lagi tetapi cikgu yang berdiri di sebelah saya ni. Dia cikgu baru kamu dan dia akan menggantikan tempat Cikgu Zarina."

"Oh..."

"Yes!" jerit Tasha tiba-tiba. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang buat muka tak suka dengan perangai Tasha yang gedik. Pakai tudung tapi gedik. Tasha hanya buat bodoh.

"Ok cikgu...saya serahkan segalanya kepada cikgu. Saya harap kamu semua dapat berikan komitmen dengan cikgu baru ni ya?"

"Ok cikgu!" sahut semua pelajar 4 Bestari.

Married With Mr. CikguWhere stories live. Discover now