Bab 6

38.5K 1.2K 27
                                    

Masing-masing hadir ke Makmal Sains.  Kelas tambahanlah katanya.  Hanny, Julia, Kamilia dan Amy satu meja.  Ryan menyerahkan kertas latihan kepada mereka. 

"Ok, saya nak kamu semua jawab semua soalan tu.  Tak boleh tiru dengan ahli grup dan tak boleh bincang! Saya nak kamu semua buat sendiri.  Hanya berpandukan buku teks dan buku rujukan sahaja.  Boleh?"

"Boleh!"

Alah! Leceh betullah cikgu ni! Tak boleh bincang langsung! Tiru Julia apatah lagi! Hesy! Malas betullah nak cari jawapan.

Hanny tersekat di jawapan tentang jirim dan bahan.  Sudah! Apa kebenda yang dia tanya ni? Duh! Pening kepala aku dibuatnya.  Ryan menuju ke arah Hanny.  Dia melihat Hanny tidak menjawab soalan bab 4 tersebut.

"Ada masalah?" soal Ryan.

"Memang! Memang ada masalah! Apa yang dia tanya ni?"

"Lah...ini formula ok? Tengok saya buat..." Ryan menulis tentang formula tersebut.  Tasha yang melihatnya menahan cemburu di hati.  Isy! Sikit-sikit Hanny! Hany! Hanny! Hanny! Tak ada orang lain ke hah! Kalau dengan aku ni, nak dilayan pun susah!

"Cikgu! Saya pun tak faham!" laung Tasha.  Mana boleh tahan tengok buah hati duduk dekat-dekat dengan orang lain!

"Dekat mana?" Ryan meninggalkan Hanny sebentar lalu menuju ke Tasha.  Tasha tersenyum gedik.

"Ini cikgu..." Tasha bersuara manja.  Eiii! Naik meluat pulak dengar!

"Ok masa dah habis! Hantar kertas awak sekarang!"

Kertas-kertas dikumpulkan.  Ryan check satu persatu.  Hanny...kenapalah budak ni selalu jawab tak pernah nak full? Ryan hanya menggeleng.

"Ok, awak semua boleh balik.  Thank you class..." mereka semua beredar pulang.  Ryan keluar menuju ke bilik guru.

"Hai Cikgu Ryan? Serabut nampak?" soal Cikgu Kamal.  Nampak wajah Ryan berserabut.

"Entahlah Cikgu Kamal.  Saya tengah pening fikirkan budak Hanny ni.  Setiap kali Sains je, soalan mesti jawab tak habis."

"Budak Hanny tu? Hmmm...tak boleh diubah pun.  Tapi, dengan subjek lain dia tak pernah pulak berkelakuan begini kecuali Sains."

"Itulah cikgu.  Saya pun naik pening dengan dia ni.  Tak apalah cikgu.  Saya nak mark paper budak-budak ni dulu."

"Baiklah....saya balik dulu ya?"

"Ya..." Ryan mengeluarkan pen merah.  Kertas pertama yang dia tanda kertas Hanny.  Nak tengok budak ni jawab apa.






RYAN masuk ke dalam rumah.  Dia menuju ke arah Uncle Tony yang sedang menonton tv.  Rancangan apa pun dia tak tahu.  Dia duduk di sebelah Uncle Tony.

"Uncle dah makan?" soal Ryan.  Manalah tahu tak makan lagi ke?

"Dah makan.  Tadi Zahiq bawak uncle keluar makan dekat warung simpang jalan tu..."

"Zahiq bawak? Dia bawak uncle naik apa?"

"Naik motorlah..."

"Ya Allah budak ni!" Ryan bertindak untuk memanggil adiknya namun ditegah Uncle Tony.

"Dahlah tu...jangan marahkan dia.  Lagipun, uncle yang mintak dia bawak motor sebab uncle teringin sangat nak rasa angin motor."

"Uncle...uncle kan tak sihat.  Lagi mau naik motor.  Kalau uncle jatuh sakit macam mana?"

"Taklah...uncle kuat!"

"Suka jawab! Oklah, Ryan naik atas dulu.  Nak mandi, nak solat.  Nanti malam kita keluar makan dekat tempat yang best punya! Khas untuk uncle! Tapikan, mana Zahiq?"

"Dia keluar tadi.  Katanya nak pergi ambik Aifa dekat sekolah..."

"Oh...oklah uncle.  Ryan naik dulu!" Ryan bangun lalu menuju ke biliknya.  Dia perlu mandi.

Tak lama kemudian, Zahiq pulang dengan Aifa.  Aifa pula terkejut dengan kehadiran Uncle Tony yang tiba-tiba.

"Uncle?" tegur Aifa.  Uncle Tony tersenyum ke arahnya.  Aifa turut tersenyum ke arah Uncle Tony.  Dia suka kalau Uncle Tony ada sebab dia dah anggap Uncle Tony macam ayahnya sendiri walaupun mereka berlainan agama.  Mak dan ayahnya sudah meninggal akibat dibunuh. 
Ayah dulu pernah ada musuh.  Ayah dulu seorang berbangsa Cina begitu juga dengan mak.  Memang full blood Cina tapi yang peliknya kami 3 beradik tak pandai cakap bahasa Cina.  Pelik tak?

Mungkin ayah tak pernah ajar kami tentang bahasa Cina.  Mungkin ayah ada sebab tertentu tak nak kami bercakap dalam bahasa Cina.

"Uncle duduk dekat sini ke?" tanya Aifa.  Kalau Uncle Tony stay dekat sini, kan best!

"Ye...uncle stay dekat sini.  Abang Aifa tulah yang suruh uncle duduk sini.  Risau sangat dengan kesihatan uncle."

"Baguslah uncle! Bolehlah Aifa berborak banyak dengan uncle!" tutur Aifa gembira.  Zahiq hanya mendengar.

Ryan membuka baju kemeja kerjanya.  Namun, matanya tertumpu pada parut dan juga tattoo yang masih tersemat di badannya di sebalik parut yang ada pada badannya.  Dia mengusap parut tersebut.  Serta-merta kenangan dulu terimbas kembali.

"Lu hah taikong! Banyak kasi wa masalah! Lu memang cari matikah?!" soal Dragon kepada Ryan.

"Lu hah Dragon! Lu banyak cakap! Lu banyak langsi dan lu mau matikah?! Kalau lu berani, lu datang sini, lawan sama gua lah!"

"Fight!" geng-geng Dragon datang serbu ke arah Ryan.  Ryan dengan tangkasnya mematahkan lawannya.  Namun, entah di mana silapnya, dia terkena hirisan pedang milik Dragon. 

Ryan terjerit kesakitan.  Dia memegang dadanya.  Darah banyak keluar di sebalik bajunya.

"Hahahah! Ini baru sikit, lu sudah mau serah kah?" kata Dragon berlagak.

Mampus kau Dragon! Kau dah bunuh ibu bapa aku! Dan aku akan balas balik apa yang kau dah buat! Pisau dicapai lalu dibaling ke arah Dragon.  Tepat kena pada jantung Dragon.  Dragon terkejut dengan tindakan Ryan yang tiba-tiba.  Dia memegang pisau tersebut lalu cabut keluar.  Peritnya sudah tidak terkata lalu dia jatuh rebah ke bumi.

Ryan bangun lalu tersenyum kemenangan.  Geng-geng Dragon pula dikepung lalu habis kesemuanya ditembak mati.  Ryan tersenyum puas apabila musuh ayahnya sudah tewas di tangannya sendiri.  Ayah, mak...dendam Ryan dah terlunas! Musuh ayah dah mampus!

End flashback...

Ryan menggelengkan kepalanya.  Tak nak ingat zaman kegelapan yang telah menjengah dunianya dahulu.  Ini semua salah.  Aku tak sepatutnya masuk geng kongsi gelap dahulu.  Itulah kerja bodoh yang pernah aku buat!

Tapi, macam mana aku nak buang tattoo ni? Kalau dari segi kewangan, mungkin aku tak mampu.  Rumah yang aku duduk sekarang ni pun atas duit Uncle Tony! Aku tak nak benda bodoh ni ada dekat badan aku!

Dahlah! Baik kau pergi mandi daripada kau terfikirkan pasal benda ni.  Lagi kau fikir, lagi kau terkenangkan benda ni dan sejarah silam kau.  Ryan mencapai tualanya lalu segera ke bilik mandi.

Married With Mr. CikguWhere stories live. Discover now