Bab 2

44.5K 1.4K 23
                                    

Ryan memandang laporan keputusan markah peperiksaan Sumatif 1 kelas 4 Bestari.  Dia memerhati semuanya.  Banyakkannya tidak gagal walaupun kesemuanya tidak faham.  Oklah tu...tapi dia tertarik pada nama Hanny Syazana.  Dia memerhati markah yang diperoleh.

Ya Allah! 29 peratus sahaja? Gred memang sohehlah F! Ya Allah...memang dia ni tak minat Sains betul! Takkan soalan bulat-bulat pun salah banyak? Macam mana nak buat supaya Hanny boleh dapat gred lulus dalam exam?

"Cikgu dah tengok markah pelajar?" soal Puan Farhah.  Guru Kanan Mata Pelajaran Sains.

"Dah...tapi kenapa Hanny Syazana ni hanya dapat 29 peratus? Apa dia ni memang betul-betul tak minat dengan pelajaran sains?"soal Ryan ingin tahu.

"Kalau berdasarkan apa yang Cikgu Zarina cakap, dia memang tak sukakan Sains.  Dari form 1 lagi dia asyik fail dalam Sains."

Dari form 1.  Kalau dari form 1 pun dah gagal, SPM nanti macam mana? Dia perlu lepas mata pelajaran Sains ni. 

"Saya harap kehadiran cikgu boleh bagi sinar yang baru pada 4 Bestari ya?" Puan Farhah mengharap pada Ryan. 

"Insya-Allah cikgu.  Saya akan berusaha sedaya upaya," dia kembali memerhati markah Hanny.  29 peratus?  Nak bagi dapat markah 40 pun merangkak jugak tu.  Aku kena buat sesuatu dengan pelajar nama Hanny ni.






RYAN melangkah masuk ke dalam kelas.  Semua pelajar berdiri tanda hormat seraya dengan jawapan salam darinya.  Dia menyuruh pelajarnya duduk.

"Saya dah tengok markah kamu semua untuk ujian Sumatif 1.  Dan boleh tahan sebab kebanyakkannya lulus walaupun didalam gred C dan D.  Tapi, oklah tu.  Berusaha lagi ya? Cuma apa yang saya nak tekan di sini, sesiapa yang dapat F masa Sumatif 1 tu, saya berharap sangat yang kamu semua berusaha lebih lagi..."

Amboi! Cikgu ni perli aku ke apa?! Memang nak makan kasut betullah! Meluat pulak aku! Gerutu Hanny dalam hati.

"Hanny Syazana!" tiba-tiba namanya dipanggil.  Automatik matanya tertumpu pada Cikgu Ryan.  Satu kelas memandang ke arahnya.

"Bagi kamu, Sains ni susah ke?" Ryan berjalan menuju ke arah Hanny.  Dia memandang Hanny.

"Memang!" balas Hanny tanpa memandang Cikgu Ryan.

"Kenapa? Apa yang kamu tak faham tentang Sains?"

"Semuanya?" ujar Hanny.  Dah kenapa nak pertikai yang aku memang dah tak pandai dalam pelajaran Sains?

"Ok...saya nak tanya.  Kalau H+02 jadi apa?"

"H²O?" jawab Hanny tanpa ragu-ragu.

"Then? Apa yang kamu tak faham pasal Sains? Kamu boleh jawab je? Hidrogen campur oksigen sama dengan H²O.  Jadi?"

Hanny menggigit bibirnya.  Dia ni memang sengaja nak test aku kan? Geram pulak aku!

"Cuba kamu beritahu saya.  Apa masalah kamu untuk jawab Sains?"

"Alah cikgu! Dia tu memang bengap pun!" sampuk Tasha tiba-tiba.  Sakit hati Hanny dibuatnya.

"Hoi Bimbo! Kau diam boleh tak?!" marah Hanny.  Bodoh punya bimbo! Tasha pula tayang muka tak puas hati.

"Ok Hanny.  Saya tak paksa awak untuk lulus dalam Sains.  Itu terserah kepada awak cuma apa yang saya nak di sini ialah awak tolong fokus ketika sesi pembelajaran.  Saya tak nak awak gagal sebab mata pelajaran Sains ni penting tau bila awak nak masuk university nanti selain BM, BI dan Math."

Alah...dia ceramahkan akulah pulak! Rimas pulak aku! Nak ceramah, pergilah dekat lain!

"Ok kelas.  Kita sambung balik pembelajaran kita..." Hanny hanya mencebik.  Lantak kaulah! Malas aku nak layan!






HANNY pulang ke rumah.  Begnya dilempar atas meja study.  Dia berbaring di sofa.  Ergh! Letihnya! Hanny memejamkan matanya.  Encik Amin Iskandar hanya menggeleng melihat anaknya yang sudah terlena di sofa.  Cepat betul dia lena.

Dalam jam 5 petang, Hanny terjaga dari lenanya yang panjang.  Dia memandang jam yang tertera di recorder astro.  Dah pukul 5 petang? Fuh! Lama jugak aku tidur eh??? 
Hanny bangun menuju ke biliknya.  Dia ingin mandi.  Kalau tak mandi, rasa melekitlah pulak satu badan!

Usai mandi, Hanny memakai baju.  Apa yang dirasanya sekarang ialah bosan.  Bosan sahaja yang menemani dirinya.  Henset? Oh please lah.  Aku tak pakai henset pun.  Malas.  Laptop lagi best tapi...dah bosan pulak dengan laptop.  Game semuanya mission dah selesai.  Habis tu?

Kruk! Perutnya berbunyi tanda minta diisi.  Hmmm...bolehlah dari aku bosan! Makan aku tak bosan.  Hanny keluar dari bilik lalu menuju ke dapur.  Tudung saji dibuka.  Wah! Sedap ni.  Ada sambal belacan pulak tu! Hanny mencapai pinggan lalu mnecedok nasi di dalam rice cooker.

"Ehem!" tiba-tiba suara abahnya kedengaran.  Hanny menoleh sambil tersengih.  Dia duduk di meja makan.

"Asal lapar je bangun, asal bangun je lapar erkk? Ni sembahyang tak lagi?" soal Encik Amin Iskandar.

"Errr...hari wanitalah abah..."

"Hmm yelah.  Malam ni jangan lupa, kamu dah start tusyen."

"Alah abah...minggu depanlah..." malas pulak aku nak ke tusyen! Hesy! Suka mengganggu malam-malam aku!

"Abah tak kira! Kamu kena jugak ke tusyen.  Ambik subjek matematik dengan sains.  Sains tu yang penting! Tak pernah nak lulus!" alah...abah dah mula membebellah pulak.  Hanny mencedok sup ayam tersebut.  Malas nak layan bebelan abahnya.

"Dengar tak?"

"Dengar abah! Beleter kalah ibu!" gumam Hanny lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Abah bukan apa Hanny.  Kamu fail subjek Sains.  Sains tu dikira masuk SPM tau.  Kalau kamu tak lulus masa SPM macam mana?"

"Yelah abah..." tersentuhlah pulak hati aku ni! Haih...macam-macam.

Married With Mr. CikguWhere stories live. Discover now