Bab 5

39.3K 1.3K 11
                                    

Keesokannya, Hanny menuju ke bilik guru.  Dia menuju ke tempat Cikgu Ryan.  Cikgu Ryan sibuk mencatitkan sesuatu di atas buku notanya. 

"Cikgu..." panggil Hanny lalu kertas Sains diserahkan kepada Cikgu Ryan.  Ketika Ryan hendak mengambil kertas dari tangan Hanny, tanpa sengaja jarinya terkena jari Hanny.  Terlepas kertas tersebut dari pegangan Hanny.

"Sorry!" pinta Ryan lalu tunduk mengambil kertas.

"Tak apa cikgu.  Cikgu bukannya sengaja kan?" duh! Kena balik samak 100 kali ni!

"Saya tahu batasnya Hanny," mungkin dulu aku jahil tapi sekarang aku dah ada pada landasan agama Allah.  Insha-Allah, perkara macam dahulu tak berlaku lagi.

Ryan menyemak setiap lampiran.  Bagus budak ni! Dengar kata! Semua soalan dijawabnya tapi aku tahu pada soalan KBAT mesti dia hentam! Buktinya, memang salah apa yang dia jawab.

"Ok, done tapi banyak yang salah.  Especially pada soalan KBAT."

"Oklah tukan daripada tak buat langsung?"

"Ya...awak boleh masuk kelas sekarang.  Kita akan jumpa pada kelas tambahan petang ni."

"Yelah..." Hanny keluar dari bilik guru menuju ke kelas.

Telefon bimbit Ryan berbunyi.  Ryan memerhatikan nombor tersebut.  Uncle Tony? Ryan menjawab panggilan tersebut.

"Hello uncle?" pelik! Kenapa uncle Tony call aku tiba-tiba??

"Hello Ryan! I need your help!"

"Tolong apa uncle?"

"Ada musuh kite datang sekarang ni!"

"Tapi uncle...Ryan..."

"Ryan! Tolong uncle sekali ni je!"

"Ok uncle! Ryan datang sekarang!" Ryan segera keluar menuju ke pejabat.   "Kak Ros! Saya keluar kejap! Saya ada hal urgent!"

"Baiklah..." Ryan segera menuju ke keretanya.  Dipandu laju menuju ke rumah Uncle Tony.






"HOI! Lu sama itu you punya anak buah hah sudah bikin kacau ini hidup kita orang!"

"Apa meh yang anak buah aku sudah buat pada kau olang? Anak buah aku dah bertaubat! Dia dah tak kacau itu korang punya hidup maa!" balas Uncle Tony.

"Habis tu! Apa ini semua hah? Ada olang hah bunuh kita punya olang!"
Tak lama kemudian, kereta Ryan masuk ke  perkarangan rumah Uncle Tony.  Ryan segera masuk ke dalam rumah.

"Hoi lanchai! Lu semua hah mau apa datang sini kacau uncle Tony?! Lu semua mau apa?!" marah Ryan.  Dah  bertahun-tahun tak muncul, kenapa sekarang nak muncul?

"Hello and welcome back Ryan Zarif! Sudah lama hah wa tak siat itu lu punya kepala! Lu makin hensem sekarang!" kata Typhon sambil  tersengih.

"Apa yang lu mau hah?!"

"Wa datang sini sebab wa mau tanya sama lu berdua terutama hah lu! Lu bunuh orang gua hah?"

"Bunuh? Sejak bila wa bunuh itu lu punya orang?!"

"Lu jangan nak bohong taikong! Wa tahu lu mesti ada kena mengena dengan ini punya kes!"

"Hey! Mulut lu hah kasi banyak cuci dulu sebelum lu mau cakap pasal waWa dah cuci tangan dan wa tak bikin lagi maa itu kerja! Lu mau wa siat lu punya mulut hah kasi besrsih? Lu punya mulut sudah mula kotor hah!"

"Tak apa...wa bagi lu chance meh! Kalau wa tahu pembunuhan orang wa ada kena mengena dengan lu, lu siap lu punya kepala!" Typhon beredar bersama geng-gengnya.  Ryan menggenggam tangannya.

Ryan menuju ke arah Uncle Tony.  "Uncle banyak ok? Ke uncle mau Ryan bawak uncle ke hospital?" dilihatnya Uncle Tony sedang mengurut dadanya.

"Tak payah! Tak payah! Uncle sihat saja.  Ryan tak payah risau.  Uncle  ok..."

"Maunya Ryan tak risaukan uncle? Uncle tengah sakit.  Mana Adeline?"

"Entahlah budak tu.  Ke mana pun uncle tak tahu.  Dari semalam sampai sekarang tak balik-balik!"

Ke mana Adeline ni? Sejak aku keluar dari dunia gelap tu, tak pernah lagi dia balik-balik? Ke mana agaknya dia pergi? Risau pulak aku dengan Uncle Tony.

"Uncle, Ryan rasa baik uncle stay dekat rumah Ryan dulu.  Ryan risaulah tengok keadaan uncle sekarang ni tambah pulak dengan Adeline tak ada dekat rumah."

"No, no...you don't have too.  I can handle myself.  Pasal Adeline tu biarlah dekat dia.  Uncle pun dah tak tahu nak buat macam mana supaya dia stay dekat rumah."

"That's why Ryan mintak uncle tinggal dengan Ryan dulu."

"No Ryan.  Uncle tak nak menyusahkan Ryan."

"Uncle tak menyusahkan Ryan punDekat rumah Ryan nanti uncle boleh dapat good rest.  Please? At least, adik Ryan boleh tolong jagakan uncle.  Kali ni tak ada excuse!" tegas Ryan berkata.  Uncle Tony mengeluh perlahan lalu mengangguk.

"Okay, uncle tunggu kejap.  Ryan pergi pack baju uncle!" Ryan menuju ke bilik Uncle Tony.  Baju-baju Uncle Tony diambil lalu di packing dalam beg.  Selepas mengemas, dia mendapatkan Uncle Tony.  Dia membawa Uncle Tony ke dalam kereta.

Ryan memandu keretanya pulang ke rumah.  Sampai di rumahnya, Ryan membawa Uncle Tony ke dalam rumah. 

"Zahiq! Zahiq!" laung Ryan.  Zahiq terkocoh-kocoh mendapatkan abangnya. 

"Yes sir?" usik Zahiq.  Namun, matanya tertumpu pada Uncle Tony.

"Tolong bawak uncle ke bilik.  Dia perlukan rehat di sini.  Kalau dia duduk sana pun, tak ada siapa yang boleh jaga dia.  Adeline pun tak balik-balik!"

"Baik abang! Jom uncle!" Zahiq membawa Uncle Tony ke bilik.  Tak lama kemudian, Zahiq kembali ke arah abangnya.

"Zahiq...ingat! Layan uncle Tony baik-baik! Kau kembar aku! Aku boleh rasa apa yang kau buat dekat dia."

"Aku taklah kejam abang!"

"Aku tahu tapi ingat! Kalau bukan kerana Uncle Tony, aku rasa kita dah merempat!"

"Aku tahu..."

"Ok, kau tolonglah apa yang patut.  Aku nak kena balik ke sekolah."

"Baik bos!" Ryan kembali ke keretanya lalu memandu ke sekolah.

Married With Mr. CikguKde žijí příběhy. Začni objevovat