Bab 7

36.8K 1.2K 27
                                    

Sebulan kemudian...

"Ok kelas! Kamu semua akan menghadapi ujian minggu depan! Berdasarkan test yang saya dah bagikan kepada kamu, saya yakin kamu boleh jawab ok.  Hanny!"

Hanny menelan liurnya.  Duh! Apa pulak cikgu ni???  "Apa dia cikgu?"

"Saya nak awak lulus Hanny! Saya tahu awak boleh buat! Selama ni awak selalu gagal! Test paper awak pun awak selalu dapat gagal! Just improve about 10 persen sahaja! Dari 29 peratus jadi 39  peratus! It's okay tapi rugilah! Satu markah lagi awak hilang! Please! Tolong bagi lepas kali ini!"

"Tapi cikgu...saya ni mana pandai!"

"No! No excuse! Saya nak awak dapat markah sekurang-kurangnya 50 persen! Tak boleh kurang dari 50 walaupun awak dapat 40 persen ia tetap tak dikira! Saya nak awak jumpa saya dekat bilik guru petang ni.  Saya nak discuss something dengan awak!"

"Yelah..." cikgu ni ada saja nak test kesabaran aku kan? Tahulah dia tu cikgu tapi janganlah nak guna otak lembu dia tu sangat! Suka hati dia je nak paksa aku buat itulah, inilah!

Hesy Cikgu Ryan ni! Asyik yang di targetnya Hanny! Hanny! Hanny again! Langsung tak terlintas ke di otak dia tu nama Tasha?! Tak sukalah macam ni!

Kring! Loceng berbunyi tanda waktu rehat.

"Ok kelas...terima kasih dan Hanny jangan lupa!" Ryan terus keluar dari bilik darjah.

Hanny mengeluh kecil.  Kenapalah dia perlu target aku? Hesy! Langsung tak masuk akal!

"Habislah kau Hanny!" usik Firash.  Hanny mengangkat penumbuk ke arah Firash.

"Hoi Hanny!" suara garau kambing Tasha tiba-tiba menyapa telinganya.  Amboi! Sopannya bahasa dia.  Kita ada nama dia hoi kan kita?

"Kau nak apa kambing?" soal Hanny dengan riak wajah tak bersalah.

"What?! Kau panggil aku kambing?!"

"So what? Kau panas?" soal Hanny selamba.

"Whatever! Cuma, di sini apa yang aku nak cakap dekat kau ialah kau stay away dari Cikgu Ryan sebab aku tak suka tengok kau rapat dengan dia!" amaran kad kuning dibawa keluar.

Hanny tergelak sinis.  "Kau nak suruh aku stay away dari Cikgu Ryan? Kenapa? Kau crush kan dia ke? Oh choiii! Hey! Dia tu yang datang dekat aku, bukannya aku terhegeh dekat dia macam mana kau terhegeh dekat dia."

"Apa-apa jelah Hanny.  Aku malas nak cakap.  Yang aku tahu aku nak kau jauh dari Cikgu Ryan!"

"Entah! Jomlah keluar dari sini.  Panas pulak.  Ada syaiton kot?" Hanny melangkah keuar.  Mereka mentertawakan Tasha.  Padan muka! Kan kena cop syaiton?

Hanny hanya memakan naget.  Entah nak makan apa.  Nak makan nasi pagi-pagi ni, takut sakit perut.  Last, aku makan benda ni.  Senang!  Makan sambil termenung.

"Kau ni dah kenapa Hanny?" soal Amy.  Dari tadi makan, asyik termenung je.

"Tak ada apa-apalah.  Aku just terfikir tentang exam yang akan berlangsung  minggu depan.  Dahlah lembu tu target aku 50 persen ke atas tau!"

"Lembu kau panggil dekat Cikgu Ryan? Sungguh tak bertauliah lah kau ni! Patutlah belajar tak pernah pandai.  Rupanya kau kutuk cikgu!" Amy menggeleng kepalanya.

"Kau cakap biar berlapik! Kang plastik naget ni masuk mulut kau!" marah Hanny.

"Ok, ok..." Amy tersengih.





PADA petang itu, sebelum pulang Hanny berjumpa dengan Cikgu Ryan.  Entah apa yang nak dibincangnya.  Malas pulak aku nak dengar.

"Ada apa cikgu nak jumpa saya?" soal Hanny apabila dia tercegat di sebelah meja Cikgu Ryan.

Ryan mengalihkan kerusinya supaya berhadapan dengan Hanny.  "Saya nak bincang pasal markah test hari tu."

"Lah...cikgu ni tak habis-habis nak cakap pasal tu.  Saya malashlah!"

"Tak...sekarang ni awak kena buang perasaan malas awak tu.  Minggu depan dah nak exam Hanny! Saya nak awak lulus 50 persen ke atas!"

Cikgu nikan!!! Hesy! Geram pulak aku! Suka memaksa! Tak apa...tak apa...kau nak sangat kan?

"Ok! Saya sahut cabaran cikgu! Kalau saya dapat 50 persen, cikgu kena belanja saya makan! Kalau saya tak berjaya dapat 50 persen ke atas, saya...saya...huh! Saya akan kahwin dengan cikgu!"

Terkejut Ryan dibuatnya.  Amboi budak ni! Dah terdesak sangat ke nak kahwin?!

"Apa yang awak cakap Hanny?"

"Saya cakap kalau saya dapat 50 ke atas, cikgu kena belanja saya makan! Kalau tak, saya akan kahwin dengan cikgu!"

Memang sah aku tak pekak lagi! Budak ni biar betul???  "Sure? Awak dah nak tarik balik apa yang awak cakap?" Hanny menggeleng.

"Tak apa.  Saya bagi chance untuk awak tarik balik kata-kata awak.  Saya kira 10 saat je...bermula dari sekarang!" satu...dua...tiga...Hanny pula hanya buat bodoh.

"9 suku, 9 setengah...10! Betul awak tak nak tarik balik?"

"Kan saya dah cakap! Saya tak akan tarik balik!"

"Ok...deal! Saya setuju dengan syarat awak! Kalau awak tak dapat 50 persen ke atas, saya akan kahwin dengan awak!"

"Ok! Cool! Tak ada apa-apa lagi kan? Saya balik dulu?" Ryan hanya mengangguk.  Hanny keluar dari bilik guru.  Namun, ketika dia berjalan keluar gate sekolah, dia teringat kembali apa yang dikatanya tadi.

Duh! Menyesal pulak aku tak tarik balik apa yang aku cakap tadi!!! Apa yang kau bodoh sangat ni Hanny? Kenapa kau buat perjanjian bodoh tu?! Argh!!! Tak mungkin aku nak kahwin dengan Cikgu Ryan???
Balik ni aku kena study lantak punyalah! Aku kena hafal segala formula! Yes! Aku kena buktikan yang aku pun mampu jawab Sains! Yeah! You can do it Hanny!






SAMPAI di rumah, Hanny segera mengeluarkan buku latihan dan buku rujukan Sains.  Walaupun tak faham, dia try jugak buat.  Yes! Dapat jawapan!

Encik Amin Iskandar dan Puan Faridah pelik melihat anak mereka yang tiba-tiba pulak rajin nak ulangkaji.  Sains pulak tu! Selalunya Sains ni di carta yang terbawah sekali.

"Anak kita tu demam ke?" soal Encik Amin Iskandar.  Puan Faridah menjongketkan bahunya.

"Biarkanlah dia..." Puan Faridah meninggalkan suaminya lalu berlalu keluar dari rumah.  Encik Amin Iskandar hanya membiarkan.  Apa salahnya kalau kali ni dia memang nak bersungguh-sungguh kan?

Hanny cuba menghafal formula tentang hydrogen, oksigen, karbon dioksida dan banyaklah lagi.  Alhamdulillah...setengahnya dah masuk.  Aku yakin yang aku mampu jawab exam dan takkan kahwin dengan Cikgu Ryan! Ya!

Married With Mr. CikguWhere stories live. Discover now