Satu [ 1 ]

14.2K 775 20
                                    

Soo Mi membawa seorang pelajar perempuan baru yang cantik dan anggun mengelilingi sekolah sebelum menghantarnya ke kelas . Semua pelajar yang berselisih dengan mereka tidak melepaskan pandangan kepada gadis di sebelahnya .

Selalunya ketua pelajar yang akan menguruskan pelajar baru namun dia sebagai penolong ketua pelajar terpaksa mengambil alih kerana ketua pelajar mempunyai urusan di luar sekolah . Sememangnya dia baru berumur 16 tahun tetapi dia sudah menjadi penolong ketua pelajar disebabkan guru-guru yang senang dengan sikapnya .

Kaki nya menuju ke kelas 5 Sains 1 untuk menghantar pelajar baru di sebelahnya . Soo Mi mengetuk pintu dan kemudian masuk selepas diberi keizinan oleh guru yang mengajar . Semua mata tertumpu kepadanya dan pelajar baru di sebelahnya .

" Ini adalah Jun Ha . Pelajar baru untuk kelas ini . Jadi diharapkan semua bekerjasama dan membantunya . " kata Soo Mi tegas tanpa sedikit rasa gentar . Pelajar di sekolah juga tahu menghormatinya walaupun pelajar yang lebih tua .

En. Park yang sedari tadi mendiamkan diri mula mengarahkan pelajar baru tersebut untuk mengambil tempat di sebelah seseorang yang amat dikenali . Mata Soo Mi tertumpu ke kanan bersebelahan tingkap . Barisan yang dipenuhi oleh orang-orang yang dikenalinya .

Taehyung dan Jimin melambaikan tangan pada Soo Mi . Jin dan Jungkook mengukir senyuman . JHope mengenyetkan matanya dan Namjoon tersengih . Kemudian matanya terarah pada Suga yang hanya dingin .
Soo Mi meminta diri untuk keluar dan terus menuju ke kelasnya yang berada di tingkat atas . Soo Mi sempat mengukir senyuman manis kepada enam orang tadi sebelum beredar . Sementara di kelas 5 Sains 1 pula , En. Park pergi ke bilik guru sebentar untuk mengambil buku . Ketika itu Suga mengambil kesempatan untuk berbual dengan pelajar baru yang berada di sebelahnya .

" Hai . Saya Suga . Awak ? " tanya Suga . " Saya Jun Ha . Selamat berkenalan ." balas Jun Ha sambil tersenyum . Jhope dan Namjoon mengambil kesempatan untuk memusingkan badan ke belakang untuk berbual dengan Jun Ha juga .

Jimin dan Taehyung memang kebiasaannya akan bermain dengan Jungkook dan Jin . Tetapi aneh apabila Jin hanya mendiamkan diri . Jin memegang dadanya yang berdegup laju kerana gementar dan berdebar .

Taehyung yang melihat peluh mula merenik di dahi Jin mula risau . " Jin hyung . Okay tak ? " tanya Taehyung . Mata Jimin dan Jungkook juga terarah pada Jin . " Hyung okay . " balas Jin sambil menarik nafas perlahan bagi menghilangkan debaran tadi .

Dia tidak berniat untuk memusingkan kepala memandang ke belakang sekali pun atau lebih tepat untuk memandang Jun Ha . Dia kenal Jun Ha . Dia sangat mengenali Jun Ha .




-------------------------------------------------------

Ini cerita saya yang ketiga . Saya harap dapat vote dan comment untuk menaikkan semangat saya . Terima kasih kepada readers kerana sudi membaca . 😊

Pastikan baca sampai habis tau! Sebab akhir-akhir tu baru rancak. 😂

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now