Tiga Puluh Empat [ 34 ]

4K 318 13
                                    

Esok adalah hari sabtu. Yeah. Esok cuti. Ini yang dinanti-nanti semua pelajar tidak kira negara. Tak tahu la betul ke tak tapi author ya. 😂 Soo Mi baru sahaja selesai membuat perjumpaan dengan para pengawas. Lately ni asyik pengawas je...muak kan dengar? 😆

Soo Mi sedang berjalan keluar dari bangunan sekolah sambil berbual dengan Woozi dan rakan-rakannya. Sesekali terdengar tawa mereka pecah. Nampak macam keluarga bahagia.😆 " Eo? Yoongi sunbae-nim! " tegur Mingyu lalu menunduk hormat lalu diikuti rakan-rakannya yang turut melakukan perkara yang sama kecuali Soo Mi yang tergamam.

Suga hanya melemparkan senyuman sebelum memberi pandangan tajam pada Soo Mi yang memandangnya. Soo Mi segera melarikan pandangan. " Kenapa sunbae tak balik lagi? " tanya S.Coups. " Ouh...tunggu yeochin. " balas Suga bersahaja. " Jun Ha sunbae-nim bukan dah balik ke? " kata Hoshi.

" Dah balik? Okay la. Sunbae balik dulu. Annyeong. " ucap Suga sebelum mula berjalan keluar dari perkarangan sekolah. Sepanjang dia bercakap tadi, dia hanya memandang Soo Mi yang hanya menunduk. Sengaja dia mahu membuat Soo Mi cemburu. Suga ketawa jahat dalam hati.

' Mesti si Soo Mi dah berjalan belakang aku. ' telah hati Suga. Dia berpusing ke belakang untuk memastikan perkara tersebut dan terkejut melihat Soo Mi yang terduduk. Mungkin jatuh . Jarak di antara mereka agak jauh memaksa Suga supaya berlari sedikit ke arah Soo Mi.

" Sayang okay? "

Suara tersebut membuatkan Soo Mi tidak mahu langsung memandang gerangan tersebut. Sakit di hatinya hanya Tuhan yang tahu. Dia sedar hanya dia yang sayangkan Suga. Suga masih belum mengatakan rasa sayangnya. Jadi, tidak mustahil Suga masih ada hubungan dengan Jun Ha.

Lagipun siapalah dia untuk memaksa Suga memutuskan hubungan dengan kekasih hati. Tangan Suga yang memegang dagunya supaya dia memandang Suga ditepis sebelum cuba bangun dari jatuhnya. " Okay tak ni? " tanya Suga prihatin sambil tangannya memeluk pinggang Soo Mi.
" Okay. " balas Soo Mi sepatah. Dingin saja bunyinya. " Kalau tak okay, jagi boleh gendong. " pelawa Suga. Soo Mi menggeleng kepala. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, masing-masing mengambil keputusan mendiamkan diri.

[ Malam ]

Muka Soo Mi kelat ketika ini kerana dia terpaksa menonton wayang filem seram seorang diri. Jin, Suga dan yang lain pula ingin menonton filem aksi. Masih segar di ingatan Soo Mi jawapan Suga yang jelas dingin tidak mahu menemaninya menonton filem seram.

" Soo Mi nak tengok cerita apa? " tanya Namjoon. Jimin, Taehyung dan Jhope sedang beratur untuk membeli bertih jagung dan air sementara mereka berlima sedang beratur untuk membeli tiket. " Soo Mi nak tengok filem seram. " balas Soo Mi teruja.

" Tapi...kami nak tengok filem aksi. " ujar Jungkook mematikan keterujaan Soo Mi. Serta-merta matanya memandang Suga yang sedang meliarkan pandangan memandang sekeliling. " Yoongi teman la ya. " kata Jin. Suga berhenti meliarkan pandangan apabila namanya disebut.

" Tak nak. Yoongi nak tengok cerita aksi tu. " balas Suga nekad tanpa sedikit pun memandang Soo Mi yang mula berubah riaknya.

Soo Mi terjaga dari lamunannya apabila bunyi iklan yang memenuhi ruang panggung. Soo Mi menarik nafas sebelum menghembus perlahan. Cuba untuk bertenang. Sebenarnya dia agak takut tapi dia kena cekalkan hati.

45 minit kemudian...

Soo Mi mengurut dada apabila sampai di bahagian yang mengejutkan para penonton. Pandangannya diliarkan di sekitar panggung yang kelihatan agak lengang. Dia cuba bertenang. Tapi dia tidak mampu bertenang apabila 'hero' filem ini mula muncul agak mengejut.
' Huk huk...Eomma... ㅠㅠ ' rintih hati Soo Mi sedikit takut.

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now