Tiga Puluh Sembilan [ 39 ]

3.3K 278 7
                                    

Suga melepaskan lelah di sofa empuk rumah mereka. Jungkook segera berlalu naik ke tingkat atas untuk meletak barang sementara Jin terus ke dapur. Namjoon dan Jhope turut duduk di sofa melepaskan lelah manakala Jimin dan Taehyung sudah terbaring di atas karpet.

Suga mula termenung. Mereka baru sahaja pulang dari latihan dan jam menunjukkan pukul 1:00 pagi. Sudah dua bulan berlalu sejak mereka terjumpa Soo Mi. Sejak itu juga Suga tidak berhenti berfikir tentang Soo Mi. Suga berjalan ke biliknya dan bergerak ke sebuah laci sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.

Sebuah telefon diambil dan dia duduk di birai katil sambil menghidupkan telefonnya kembali. Icon mesej ditekan lalu semua mesej dari Soo Mi terpapar. Suga membaca kembali setiap mesej tersebut dan mesej berakhir pada 2 tahun yang lalu. Ini bermakna selama 2 tahun Soo Mi cuba berhubung dengannya sejak dia mula berhenti berhubung kerana insiden yang lepas.

Hampir setiap hari Soo Mi akan menelefonnya atau pun sekurang-kurangnya meninggalkan mesej tapi tidak sekali pun dibalas oleh Suga. Namun sejak 2 tahun lepas, tiada lagi mesej dari Soo Mi. Adakah Soo Mi sudah jumpa pengganti? Atau pun sudah jemu menunggu? Suga menghela sebuah nafas berat.

Tiba-tiba telefon Suga berbunyi menandakan sebuah pesanan baru masuk. Telefon lamanya diletakkan kembali ke dalam laci sebelum telefon iPhonenya dikeluarkan dari poket seluar lalu mesej dibaca. Kemudian telefonnya dilempar di atas katil yang empuk dan dia mula terlentang di atas katil seperti tapak sulaiman terdampar di tepi pantai. 😂

Sebuah ketukan di pintu tidak sedikit pun membuatkan dia terganggu. Pandangannya tetap dihalakan pada siling biliknya. " Hyung...dapatkan mesej PD-nim suruh hyung datang esok pagi jumpa dia? " tanya Jungkook. Jimin yang berada di sebelah Jungkook sudah tersandar lemah pada bingkai pintu bilik Suga dengan mata terpejam.

" Hmmm...jangan lupa tutup lampu dan tutup pintu. Hyung nak tidur. " pinta Suga sebelum mula memejam matanya. " Arasseo. " balas Jungkook sebelum mula merapatkan pintu. " Kookie..." panggil Suga. Jungkook tidak jadi merapatkan pintu. Kepala dijengulkan di muka pintu. " Nae hyung? " soal Jungkook.

" Pastikan Jhope dengan Taehyung tidur dan tidak berjaga. Suruh Namjoon tidur dan jangan berjaga. Kookie dengan Jimin pun jangan tidur lambat. Cakap dengan Jin hyung, jangan sibuk dengan dapur je. Tidur awal. " pesan Suga sambil matanya tertutup. Jungkook tersenyum kecil sebelum mengangguk. " Arasseo hyung. " balas Jungkook sebelum menutup pintu.

Telefon berbunyi menandakan sebuah panggilan masuk memaksa Suga membuka lampu tidur untuk memeriksa gerangan yang menelefonnya . Selalunya penting jadi dia harus mengangkat juga panggilan tersebut walaupun badannya terasa amat penat ketika ini. Sebuah keluhan kasar dilepaskan.

" Kau nak apa ni Hyun..." ujar Suga lemah. " Hush. Lemah benar suara kau ni. " usik Jae Hyun sebelum ketawa. " Aku baru balik dari latihan. Memang penat la. Kau nak apa? " tanya Suga dengan matanya tertutup. " Esok jumpa adik aku di kafe Seven Portion tau. Adik aku nak bincang pasal rumah sewa kau. Nanti aku hantar alamat. " kata Jae Hyun tersenyum melihat adik perempuan di hadapannya.

" Haa yelah. Nanti lepas aku ke syarikat, aku datang. Tapi lambat sikit kut. " balas Suga. " Cheonma. Good night! " ucap Jae Hyun sebelum menamatkan panggilan. " Oppa dah buat. Tinggal saeng je jalankan rancangan. " ujar Jae Hyun teruja. Adik perempuan di hadapannya tersenyum manis.

~~~

" Kyaa...Soo Mi! Selekehnya kau. " tegur Hye Rin sambil matanya melihat Soo Mi dari atas sampai bawah. " Selekeh? Rin...inilah pakaian aku setiap kali jaga kafe. Kau ni okay ke tak? " soal Soo Mi mengerut dahi. Hye Rin menggelengkan kepala menindakkan apa yang Soo Mi katakan.

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now