Tiga Belas [ 13 ]

3.7K 359 17
                                    

Dua bulan kemudian ~

Soo Mi berjalan tenang melalui sebuah taman untuk pergi ke kafe milik 7 orang beradik itu . Dia diminta untuk datang ke sana dan tidak perlu mengemas rumah . Kafe tersebut sudah pun beroperasi sejak ayah mereka meninggal dunia di Amerika Syarikat ketika tinggal di sana atas urusan kerja .

Tapi Jin jarang menjenguk kafe kerana kekangan masa di sekolah . Soo Mi memberhentikan langkah apabila melihat sepasang kekasih sedang bermesra di taman yang dipenuhi pengunjung .

Mata dikecilkan untuk melihat perempuan tersebut . ' Jun Ha unnie ? ' detik hati Soo Mi . " Bukan Jun Ha unnie sekarang yeochin Suga oppa ? " tanya Soo Mi perlahan kepada diri sendiri . Ya . Suga mengambil keputusan untuk menjadikan Jun Ha sebagai pasangan kekasihnya selepas sebulan berkenalan .

Jin sangat terkejut sehinggakan dia pengsan hampir 2 kali dalam satu hari . Entah kenapa hati Soo Mi juga berasa sakit apabila mendengar khabar tersebut . Tapi apakan daya . Dia hanyalah orang luar .

" Tapi lelaki tu bukan Suga oppa . " kata Soo Mi sendirian . Nampak jelas di matanya bahawa Jun Ha sedang bermesra dengan lelaki itu ibarat pasangan kekasih yang hangat bercinta . " Chagi sayang oppa sorang je kan ? " tanya lelaki tersebut . Jun Ha tersenyum manis dan mengangguk mengiakan . Tiba-tiba terdengar deringan telefon milik Jun Ha .

" Jamkkanman oppa . " pinta Jun Ha untuk menjawab telefon . Dia berlari agak jauh dari tempat duduk tadi dan mula menjawab telefon . Soo Mi mengambil kesempatan untuk mendengar perbualan Jun Ha . " Annyeong Sehun oppa . " sapa Jun Ha manja .

" Nadu . Bogo sipeo . " ucap Jun Ha . Kemudian talian dimatikan dan telefon berbunyi lagi . " Annyeong oppa . " sapa Jun Ha lembut . Perhatian Soo Mi terganggu apabila telefonnya bergetar .

Dia hanya dapat mendengar perkataan ' saranghae ' sebelum taliannya dimatikan . Soo Mi pantas berjalan jauh dari tempat Jun Ha untuk menjawab panggilan yang dari tadi tidak berhenti .

" Yeoboseyo . " sapa Soo Mi . " Soo Mi-ah ! Gwaenchana ? Kenapa tak sampai lagi ? " tanya Namjoon risau . " Namjoon oppa . Soo Mi... " baru sahaja Soo Mi ingin menjawab pertanyaan Namjoon , tiba-tiba suara Taehyung menyapa . " Neo eodiya ?! " tanya Taehyung resah .

Suara Jhope , Jimin dan Jungkook juga mula kedengaran membuatkan suasana di dalam telefon menjadi riuh dan kecoh . " Soo Mi dah nak sampai . Jamkkanman . " balas Soo Mi . Akhirnya talian dimatikan selepas ditinggalkan beberapa pesanan . Soo Mi berjalan pantas ke kafe .

Termengah-mengah Soo Mi apabila sampai di hadapan kafe Seven Portion . ' Nama yang unik . ' telah Soo Mi lalu masuk ke dalam kafe . Soo Mi tersenyum apabila matanya menyapa 7 orang beradik itu sedang sibuk melayan pelanggan . Timbul idea untuk mengusik di mindanya .

Soo Mi pantas mengambil tempat di salah sebuah meja yang kosong . Kepala ditundukkan sambil menelaah buku cerita yang sering dibawa . " Selamat datang cik . " sapa Jimin . Soo Mi tersenyum apabila mendengar suara Jimin . " Cik nak pesan apa ? " tanya Jimin setelah buku menu diletakkan di hadapan Soo Mi .

" Saya nak pesan semua menu yang ada dalam buku menu nih . " kata Soo Mi lalu mengangkat muka memandang Jimin . Jimin membulatkan mata terkejut . Baru sahaja ingin membuka mulut , Taehyung terlebih dulu memotong .

" Soo Mi ! " sapa Taehyung teruja . Soo Mi tersengih . " Bila Soo Mi sampai ? " tanya Jimin . " Baru sampai . " balas Soo Mi tersenyum . " Soo Mi nak minum apa ? " tanya Jimin dengan nada gembira .

" Bagi yang paling special dalam menu " pinta Soo Mi lalu tersengih . " Orait . " balas Taehyung tergelak dan kemudian berlalu ke kaunter dapur . Jimin juga mengikut Taehyung ke dapur .

Soo Mi mengeluarkan telefon dari poket baju sweaternya dan mesej dihantar pada eommanya memberitahu bahawa dia sudah berada di kafe . Kemudian Soo Mi memerhati keadaan sekeliling kafe tersebut .

Walaupun ramai pelanggan , tetapi kafe tidak nampak terlalu padat dan sesak mungkin kerana kafe ini agak besar . Soo Mi memerhati mereka melakukan kerja . Taehyung , Jimin dan Jungkook akan mengambil pesanan di meja-meja .

Jin akan mengambil urusan di kaunter pembayaran . Jhope dan Namjoon akan mengurus bahagian dapur . Suga ? Soo Mi memerhati Suga yang tekun membuat air . Matanya tidak berhenti memerhati setiap pergerakan Suga sehingga ada dua tangan yang melambai-lambai di hadapan Soo Mi .

Soo Mi memandang dua jejaka yang tersengih kepadanya . " Soo Mi tengok apa ? " tanya Jungkook tersengih . " tengok Suga hyung ke ? " usik Taehyung . " Aaaaa...aniya . " balas Soo Mi mula tergagap-gagap .

Jimin meletakkan segelas air yang berwarna hijau ? " Air apa ni ? " tanya Soo Mi mengerut dahi memandang tiga jejaka yang tersenyum padanya . " Green Tea Latte . " balas Jungkook . Soo Mi menyisip sedikit air ke bibirnya . " Mashisseo . " ucap Soo Mi teruja .

" Kenapa pandang Soo Mi macam tu ? " tanya Soo Mi hairan apabila Jungkook , Taehyung dan Jimin hanya memberi senyuman yang agak misteri . " Nothing . " balas mereka tersengih-sengih dan perlahan-lahan meninggalkan Soo Mi untuk menyambung kerja .

------------------------------------------------------
Maaflah kalau dah hambar . 😔

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua readers . 😊

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now