Surat Misteri ?

3K 151 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi."Ughh.." Keluhku. Fikiranku seolah olah pemain video yang tak berhenti mengenang peristiwa semalam, sakit pula hatiku memikirkan hal tersebut. "Tok tok."pintuku di ketuk."Sayang bangun, nanti lambat ke sekolah."Kata ibu."Ya, bu." Balasku menandakan aku sudah bangun.

Aku pun bangun dari katil dan melihat wajahku di cermin, Ku lihat mataku bengkak akibat menangis semalaman.Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya pelahan lahan ,"Ok Sarah! Yang lepas biar lepas."Kata ku untuk menyakinkan diriku.

Aku masuk ke bilik air untuk mandi ,setelah selesai aku terlihat sepucuk surat entah dari mana datangnya , sangkaku mesti seseorang masuk dan meletakannya di atas katil ku mungkin ibu atau pembantu istana. Setelah siap berpakaian aku duduk di katil membelek belek surat itu ."Tiada alamat dan nama pengirim pun?" Kataku sendiri, lalu Ku buka surat itu dan membacanya.
Sarah,

"Kita akan bertemu lagi seperti dulu.♥Mungkin bukan hari ni juga bukan esok aku akan tetap menyimpan hatiku untuk mu. Kau mungkin tidak kenal siapa aku sekarang tapi dulu kau lah yang lebih mengenali Ku dari sesiapa pun."

             Mr.V

"Mr.V?" Kataku."Hahahaha aku takkan tertipu dengan lawak bodoh beginilah."Ku simpan surat itu di laci dan pergi ke pintu untuk turun bersarapan.Kemudian aku dapati pintuku berkunci ..jadi ini bermakna surat itu bukan gurauan, tapi siapa pengirimnya dan macam mana dia masuk dan meletakan surat itu di bilikku? Otakku di penuhi persoalan yang tetap berpusing mencari jawapan.

Aku duduk di meja makan dan temenung memikir jawapan."Sayang?"Kata ayah membangunkan ku dari lamunan.
"Huh?" Kataku kebinggungan."Jauh temenung ada masalah ke?" Tanya ayah membuatkan ku takut membuka mulutku untuk bersuara."Tiada lah, cuma masalah pembelajaran saja ayah."Balasku dengan senyuman yang kurang ikhlas.

"Sarah pergi dulu ya."Kataku selepas bersarapan dan sebelum pergi ke luar rumah untuk masuk ke kereta ."Cik,silakan."Kata salah seorang pembantu yang sedang membukakan Ku pintu."Terima kasih."Balasku dengan senyuman membuatnya juga tersenyum.

Ku lihat Laila menunggu di depan pagar sekolah, dengan muka marah.Adakah aku berbuat salah terhadapnya? Kata hati Ku ...oh ya, semalam aku lupa menelefon Laila.

"Kenapa tak telefon?" Tanyanya menarik muka masam."Jadi macam mana?" Sambungnya lagi."Dia dah ada orang lain."kata ku dengan senyuman paksa."Dia sakiti kau? Apa dia cakap?" Tanya laila lalu Ku potong "Tak aku tak sempat beritahu dia pun,tapi aku nampak dia dengan gadis lain dan jauh lebih cantik."."Maaf, kau berhak dapat lelaki lebih bagus dari Kai jadi jangan lah bersedih." Aku hanyatersenyum.

Di dalam kelas:

Aku temenung melihat suasana di luar kelas ,daun pokok di tiup angin dan melambai lambai dengan lembut ,menenangkan jiwa ku yang kacau.Terlalu banyak persoalan bermain difikiran.

"Cik Sarah, sila berdiri."membuatku terbangun dari lamunan."Ya,Cikgu."Kataku memikirkan apa yang akan menimpaku."Tolong berikan jawapan bagi soalan 2(b)."Sangka ku aku akan didenda namun sekarang aku boleh menarik nafas lega."Jawapan untuk 2(b) ialah....." Selesai menjawab aku diarahkan duduk.
Nasib baik..kata Ku dalam hati.Aku dapati ada mata memerhati ku, mataku melihat ke luar tingkap ku ternampak seseorang melihatku di balik pokok.Seorang lelaki berkot hitam dengan mata berwarna hijau seperti zamrut ..Lelaki itu pun beredar setelah mendapati aku ternampak dia.

Kehadiran lelaki itu mengingatkan ku pada sepucuk surat pada pagi tadi.Apakah dia pengirimnya? Otakku berfikir lagi untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan hal ini.

Cinta VampireWhere stories live. Discover now