Pertunangan semula..

2.8K 97 0
                                    

Luke a.k.a Lucian:

Sesampai di istana,aku dapati Sarah tertidur sambil memelukku."Sarah..bangun." kataku "Luke, saya takut."kata Sarah dalam tidur."Hahahaha, jangan risau saya di sini, takkan lari pun."kataku."Lucian."Kedengaran suara ibu Sarah."Selamat petang ,puan."Kataku lalu senyum."Oh Lucian panggil ja Lisanna, terima kasih jagakan Sarah."."Tiada apalah Lisanna, Terima kasih kembali kerana menjagakan Sarah untuk saya selama ni."kataku."Sayang, jangan risaulah Makcik akan buat apa saja asal Sarah selamat memandangkan Sarah sangat berharga, bukan kerana rohnya tapi siapa dia luar dan dalam."."Kami baru terdengar cerita dari ibu awak."Kata ayah Sarah ."Cerita? Tentang penghidupan ?"tanyaku."Ya, jadi itu yang terjadi ?"."Betullah tu.. Maaf menyembunyikan hal ini."kataku."Tak apa asalkan Sarah selamat dan tidak di perlakukan begitu lagi."."Saya akan jaga dia dari sesiapa pun, walaupun perlu membunuh mereka yang mencederakannya."kataku."Baiklah ,Sarah akan menjadi tanggungjawab awak ,selepas kita adakan pertunangan awak dan Sarah."Kata Adrian."Masuklah ,dan bermalam di sini."Ajak Lisanna ."Mungkin lain kali Lisanna, di mana bilik Sarah?"kataku."Di tingkat ke-2,bilik dengan pintu berwarna biru ."Kata Adrian.Aku naik anak tangga untuk ke bilik Sarah. Aku buka pintunya dan meletakkan Sarah di katilnya."Mimpi indah sayang."kataku lalu mencium dahinya.

Aku pun keluar dari biliknya dan turun ke bawah.Adrian dan lisanna sedang duduk di meja makan bersama beberapa orang , aku pun berjalan pergi kearah mereka untuk memberitahu aku akan pulang."Luke."Kedengaran suara ibuku."Ibu?"kataku."Lucian ,sila duduk."kata Adrian."Esok kita akan mengadakan pertunangan semula antara awak dan Sarah."kata Cole aka Colivan Vei , abangku."Ya ya, jadi ibu kenapa esok lagi pun Sarah memerlukan masa untuk menerimaku."."Dia boleh ambil masa tu selepas bertunang."Kata ibu dan aku hanya setuju."Luke, malam ni awak tidur di sini bersama Sarah ... Saya dan ibu akan sediakan segalanya."Kata Cole."Ya, baiklah."Kataku.

Malam itu , aku duduk di ruang rehat istana dan bercadang untuk tidur di situ."Luke, naik lah temankan Sarah di biliknya."Kata Lisanna."B..baik."kataku.
Aku naik dan duduk di katil. Aku usap rambutnya dan dia memegang tanganku."Tolong pergi, semuanya memenatkan dan menyiksa saya."."Sarah, saya takkan pergi."balasku tersenyum lalu mencium pipinya sebelum merebahkan badanku ke tilam dan menghadap Sarah "Selamat malam."Kataku

Sarah mengalami mimpi buruk pada malam itu, mimpi mengenai masa silamnya."Shuhhss.. Semuanya okay."Kataku sambil memeluknya."Lucian.."katanya sambil tidur dan menangis ketakutan ,aku lapkan air matanya lalu mencium dahinya."Tak apa tidurlah aku akan hapuskan segala mimpi burukmu."

Keesokan paginya,
Aku terbangun dan mendapati Sarah tidur di sisiku dalam pelukan, 'Ohh ya aku lupa bahawa aku di istana Sarah' kataku dalam hati.Aku bangun dari katil dan pergi ke bawah, ibu, cole dan keluarga Sarah sedang sibuk mengadakan majlis pertunangan kami yang akan berlangsung pada malam ini.

"Oh Luke, dah bangun."Kata ibu Sarah ."Ya, lisanna."Kataku dengan senyuman.Selepas beberapa minit Sarah pun bangun dan turun ."Kenapa ni ada apa apa yang penting?"tanyanya."Ya, sayang malam nanti kita akan mengadakan majlis pertunangan awak dan Luke."Kata ibuku."Pertunangan?" Katanya dan mendapat perhatian ramai."Kenapa tiba tiba ni?"Tanya Sarah lagi."Untuk melindungi permata paling berharga."Kata Cole sambil tersenyum."Sudah lah Cole, jangan mengarut."Kataku.
Sarah melihat ku dari tadi dan membuatkan ku rasa kurang selesa."Kenapa Sarah?"Tanya ku dengan senyuman."Tak ada apa apa."Katanya lalu pergi ke dapur."Lucian bawa lah Sarah pergi membeli belah ."Kata ibu Sarah."Ya, Ibu setuju tu pergilah hal di sini biar kami uruskan."kata ibu membuatkan aku tiada pilihan dan pergi ke dapur memanggil Sarah.

"Sarah?"."Huh?"katanya."Jom kita pergi berjalan jalan?"kataku."Hmmm (Dia berfikir) okay."Katanya dengan senyuman manis."Awak nak ke mana?"Tanya ku."Mana mana tempat yang tenang."Katanya."Okay"balasku dan berfikir."Kalau pantai?"."Bolehlah tu."katanya.

Cinta VampireOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz