Bab 6

5.3K 121 4
                                    

Hyunseung memerhatikan Hyuna yang berada di hujung bilik jurusan.Hyuna memakai T-shirt sendat dan seluar jeans yang ketat dengan heels.

'Walaupun dia pakai pakaian simple macam itu,dia tetap nampak seksi dan menggoda.'

Hyunseung tersenyum.Namun senyumannya itu hilang sebaik sahaja nampak Sunmi berjalan menuju ke arahnya.

'Menyampahnya aku dengan perempuan ni.Tak boleh ke satu hari saja dia tak kacau aku.'

Hyunseung memandang Sunmi dari atas sampai ke bawah.Dia memakai top yang bertali halus dan menampakkan perutnya.Ditambah pula dengan skirt yang begitu sendat dan hanya separas paha.

'Kalau dibandingkan Hyuna dengan Sunmi,memanglah pakaian Sunmi lagi menonjol daripada Hyuna,tetapi Hyuna lagi seksi daripada Sunmi.Dengan lenggoknya,dengan sikap keras kepala dan suka membantah,dengan godaanya.Memang Hyuna lagi seksi daripada Sunmi.Sunmi suka menggoda orang lain dengan tubuh badannya.Tetapi Hyuna suka menggoda orang dengan sikapnya dan lenggoknya.Memang jauh berbeza antara Hyuna dan Sunmi.'

"Hai,sayang.Jom ajar saya menari," kata Sunmi sambil menggeselkan badannya kepada Hyunseung.

Hyunseung menolak lembut Sunmi daripada badannya.

'Gila betul Sunmi ni.Dia ingat dia itu kucing ke?Memang suka sangat menggoda orang dengan badannya.'

"Kau kan dah pandai menari,buat apa aku ajar orang yang dah pandai menari.Buang masa saja."

Hyunseung membuang pandangannya kepada Hyuna. Entah kenapa,setiap kali dia memandang wajah Hyuna,dia akan berasa tenang dan segala bebanannya seperti hilang.

Sunmi terus meninggalkan Hyunseung sebaik sahaja Hyunseung menyindirnya.

'Kalau diperhatikan baik-baik,Hyuna tidak pernah berlatih menari dan menyanyi pun.Dia hanya akan duduk di hujung bilik jurusan sambil bermain telefon pintarnya.Entah-entah dia memang tidak pandai menyanyi dan menari.Ah,tak percaya aku.Aku pasti Hyuna boleh menari dan menyanyi.Bahkan mungkin lebih baik daripada Sunmi.Aku kena siasat,'getus hati Hyunseung.Dia pun berjalan meninggalkan bilik itu. Ada rancangan yang perlu dilakukan.

'Hyuna,you are the sexy bad girl.But remember one thing,kitten.I am the bad playboy.I will make sure that you will bow to me.'

Hyunseung senyum sinis.

******************************

"Hyuna,what are you doing?"
tanya Gayoon.

"Saya mereka sebuah lagu.Lagu ni pun dah hampir siap.Selepas lagu ini siap,saya perlu reka tarian pula," jelas Hyuna.

"Baguslah kalau macam itu.Hyuna,sudah tiba masanya awak serlahkan bakat awak tu.Sudah lama awak simpan bakat awak itu.Janganlah sampai bakat itu sia-sia hanya kerana awak tak nak asah bakat awak itu."

"Tengoklah dulu macam mana.Saya ni orang baru.Masih banyak lagi yang perlu saya belajar.Lagipun masa saya kat England dulu,saya kan ambil bidang kedoktoran."

"I understand,Hyuna.But that was just an excused.Do you really want to destroy your future?"

"Arasseo,I get it.But please give me some time.I'm not ready yet."

"Okay,anyway I just want you to remember that I will always stay by your side and will always support you.If you need help, just tell me.I will always there to help you."

"Thank you.You're really my bestfriend."

Mereka pun berpelukan.Walaupun mereka baru saja berkenalan,mereka sudah menjadi begitu rapat sekali.
Gayoon tahu tentang bakat Hyuna.Dia secara tak sengaja ternampak Hyuna berlatih secara diam-diam. Lalu dia pun menegur Hyuna.Hyuna terpaksa menceritakan segalanya.Sejak dari itu,mereka menjadi semakin rapat.Malah lebih rapat bagaikan hubungan adik-beradik.Gayoon sentiasa memberi kata-kata semangat kepada Hyuna.

Seduce The Sexy Bad GirlTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang