Bab 7

5.1K 111 2
                                    

Hyuna ke bilik kesihatan untuk merehatkan badannya.Kepalanya terlalu pening.Dia berasa kurang sihat.Hyuna tersedar pada mulanya apabila mendengar pintu bilik dibuka.Hyuna menganggap jururawat masuk untuk mengambil peralatan lalu menyambung semula tidur.Lagipun dia berasa tidak larat untuk mengangkat kepalanya.

Dia berasa seperti dipeluk oleh sesuatu.Namun Hyuna menganggap badannya berasa terlalu lemah sehingga berasa berat.Pelukan itu begitu hangat dan amat menyelesakannya.Pelukan itu sedikit sebanyak mengurangkan sakit kepalanya. Hyuna hanya membiarkannya.

Hyuna tersedar apabila dia berasa sesuatu bergerak  di pinggangnya.Dia pun bangun lalu duduk di atas katil.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang yang sangat dikenalinya begitu lena tidur.

"Hyunseung!Apa yang dia buat dekat sini?"kata Hyuna perlahan.Dia tidak mahu menyedarkan Hyunseung.Baru dia perasan yang Hyunseung memeluknya dengan erat sekali.

'Alamak,macam mana ni?Patutlah aku rasa berat.Rupanya tangan Hyunseung yang berat.Patutlah aku rasa selesa pun tidur.Badan Hyunseung yang hangat menyelesakan aku,'bisik hati Hyuna.

Hyuna cuba mengalihkan tangan Hyunseung perlahan-lahan.Sebaik sahaja dia melarikan tangan Hyunseung, dia terus bangun.Namun Hyunseung menariknya semula dan memeluknya dengan lebih erat.

'Macamana aku nak bangun ni?Dah lah dia peluk aku erat pula tu.'

Hyunseung semakin menarik Hyuna ke dalam pelukannya.Wajahnya dan wajah Hyuna begitu rapat sekali.Tangan Hyuna melekap di dada sasa Hyunseung.Satu pergerakan saja akan menyebabkan bibir mereka bersatu.Hyuna memerhatikan wajah Hyunseung yang sedang tidur.Wajahnya begitu tenang sekali.

'Dia tidur macam bayi,'getus hati Hyuna.

Hyuna mengusap pipi Hyunseung dengan lembut.Hyuna senyum manis.Namun Hyunseung bergerak dan hampir membuatkan bibirnya bercantum dengan bibir Hyuna.Lantas Hyuna menendangnya ke bawah.

"Aduh,sakitnya,"Hyunseung mengaduh kesakitan.

"Siapa yang berani tolak aku macam tu?"marah Hyunseung.

Alangkah terkejutnya Hyunseung melihat orang yang menolaknya.

"Hyuna?Apa yang kau buat kat sini?Kenapa kau tolak aku?Sakit tahu tak?"marah Hyunseung.

"Saya nak rehatlah kat sini.Apa yang awak buat kat sini?"

"Aku nak rehatlah.Aku letih tahu tak.Sekejap,aku tidur dengan kau ke?"

Pipi Hyuna menjadi merah.
'Ada ke patut tanya soalan macam tu,'getus hati Hyuna.

"Tolong tukar ayat awak tu.Bukan tidur dengan saya,tapi tidur di sebelah saya.Dah lah tidur sebelah orang,suka hati awak saja nak peluk saya macam bantal peluk awak."

"Aku?Peluk kau?Biar betul.Atau kau yang peluk aku."

"Saya?Nak peluk awak?Saya lagi sanggup peluk tiang daripada peluk awak."

"Aku nak tanya kau.Kenapa kau mengelak daripada berjumpa aku semenjak dua tiga hari ni?"

"Err,awak nak tidur kan.Awak tidurlah ya.Saya nak keluar dulu."

Hyuna pun bergegas turun dari katil lalu berjalan menuju ke pintu.Belum sempat Hyuna memulas tombol pintu,Hyunseung pun menarik tangan Hyuna lalu menolak Hyuna ke atas katil semula.Dia menindih tubuh Hyuna dengan badannya.

"A..ap..apa yang awak buat ni?Lepaskan saya lah," marah Hyuna.

Namun Hyunseung semakin mendekatkan wajahnya ke wajah Hyuna.

"Kenapa kau elak dari jumpa aku?Dan satu lagi.Kenapa kau marah semasa aku bercium dengan Sunmi?"

"Mana ada saya marah."

Seduce The Sexy Bad GirlWhere stories live. Discover now