BAB 14

2.1K 116 0
                                    

"Mira ..Sapa nama kawan lelaki kau yang hantar balik tadi?",soal Zairi ketika mereka sekeluarga sedang makan malam..Soalan tak diduga yang keluar dari mulut Zairi membuatkan Amira tersedak..

Segera tangannya menggapai cawan yang berisi air oren di atas meja..Dah reda sikit,di jeling Zairi yang berada bertentangan dengannya..Kemudian matanya memandang seluruh ahli keluarganya yang kini memberi sepenuh tumpuan kepadanya..

"Err Izhar..Kenapa?",balasnya sambil buat buat makan..Padahal dia dah takda selera..
"Kenapa mama tak tahu ni?",soal ibunya sambil matanya bersilih ganti pada Amira dan Zairi..Saufi dan Encik Zainal dah mula makan balik bila terasa yang perbualan ini tiada sangkut paut dengan mereka..

Amira dah gigit bibir bawahnya..
"Emm..Mira dah habis makan..Mira naik atas dulu nak buat homework",ujarnya sambil bangun membawa pinggan ke singki..Pinggan dibasuh dan dia terus berlalu dari ruang makan tanpa memandang ahli keluarga yang lain..

Muka alongnya yang tadi tersengih kini berubah..Dia rasa bersalah pulak bila tengok adiknya terus takda selera bila dia tanya pasal hal petang tadi..Dia ingat nak bergurau je..Tak sangka adiknya yang dulu keras kini berhati tisu..

Zairi segera menghabiskan makanannya dan pinggan dibawa ke singki dan dibasuh..Laju langkahnya mendaki tangga ke tingkat atas..
Ibunya dan yang lain hanya memerhati..Biasalah adik beradik..Gaduh benda biasa..

Sampai di atas,Zairi mengetuk pintu bilik Amira..Mula mula takda respon..Dia cuba mengetuk untuk kali kedua..Pun tiada respon dari Amira..Dia cuba memulas tombol dan pintu terbuka..Nasib baik tak berkunci..

Figura Amira yang sedang berselubung diatas katil,dihampiri..Zairi duduk dibirai katil dan cuba membuka selimut yang menutupi muka adiknya..Tak sempat nak tarik,Amira menolak selimut dan bangun dari baringnya..

Zairi dan Amira berpandangan seketika sebelum Zairi tersedar..
"Along minta maaf tau..Tak sangka pulak kau terasa..",kata kata Zairi dibalas sepi..
"Jangan lah macam ni..Along minta maaf sangat sangat",ujar Zairi separuh merayu..Dah la dia balik sini seminggu je..Tak cukup nak lepas rindu kepada keluarganya..

Amira mengeluh..Dia rasa bodoh tiba tiba..Kenapa dia nak sentap sebab benda benda remeh macam ni..Dah lah alongnya balik tak lama..

Lupakan je lah Mira..Along gurau je..

Muka Zairi ditatap lama..Rindu pada abangnya itu..Dia kemudian menarik abangnya kedalam pelukan..Dia terasa Zairi membalas pelukannya..Dia senyum sikit..

"Mira pun minta maaf..Along dah la balik sekejap je..Mira pulak mengada sentap dengan Along",ujarnya selepas pelukan dileraikan..Mereka berdua tersenyum..Zairi menarik tangan adiknya keluar..Dia membawa Amira ke dalam biliknya..

Zairi mencari sesuatu di dalam luggagenya dan kemudian,kotak empat segi yang agak besar dihulur kepada Amira..Amira tersenyum menyambut kotak tersebut..

Perlahan lahan kotak tersebut dibuka..Pelbagai jenama dan perisa coklat menyapa pandangan Amira..Serentak itu dia memandang alongnya yang sedang tersengih..

"Thank you Along..",ujarnya sambil menutup kembali kotak tersebut..Alongnya mengangguk senang..Gembira adiknya suka hadiah yang diberikan..

"Tu untuk hadiah birthday tau Mira..nanti jangan gedik gedik nak mintak hadiah kat along dah",ujar Alongnya sambil berbaring di atas katil..Amira mencebik..perkataan 'kedekut' meniti dibibirnya..Kemudian lidahnya dijelirkan..



Playboy Junior Where stories live. Discover now