BAB 41

1.9K 95 9
                                    

Kem sepanjang 2 hari itu amat seronok bagi Amira tapi tidak bagi si kembar ni..Muka mereka yang terlebih hensem menjadikan mereka terkenal sekelip mata..Ada je yang nak bergambar la nak nombor telefon la nak itu la ini la..

Izhar boleh tahan lagi..Dia tak ada la tunjuk yang dia tak suka sangat tapi Izhad yang jujur ni takkan sorok sorok..kalau dia kata dia tak suka,depan depan dia maki..Nasib la kau..

Untuk mengelakkan perempuan perempuan yang seperti ulat bulu itu,dia dengan sukarela nya menyendeng Amira..Di mana ada Amira,di situ ada Izhad..Cuma kalau di hostel,bilik air,tandas dan surau je yang mereka akan berpisah..Amira pun rimas dengan perangai Izhad ni..

Ada beberapa kali dia halau Izhad jauh darinya,tapi bila terpandang muka kesian Izhad terus Amira cair..Lemah betul dia dengan Izhad ni..Jadi kesimpulannya kem 2 hari 1 malam itu sangat menyeksakan bagi mereka bertiga!

------------------------------------------------------

Sudah 2 bulan sejak mereka balik dari kem tersebut..Amira rasa macam keadaan dah terbalik sejak dia setuju untuk menyertai kem tersebut..Izhar yang dulu rapat dengannya sudah tidak lagi..

Kini dia sudah selesa dengan kehadiran Izhad..Wan pun pelik..Tapi Amira cakap,biarlah..Dia malas nak fikir..

"Mira..Nanti hujung minggu aku nak pergi rumah kau eh..Nak study sesama..Hari Isnin kan dah exam akhir tahun..",ujar Izhad ketika mereka sedang berjalan ke kantin..Amira hanya mengangguk..Begitu juga Wan..Dia memang dah janji dengan Wan nak study bersama..
Tak terfikir pula Izhad nak join..

------------------------------------------------------

Seperti yang dijanjikan,pada pagi Sabtu yang permai,Izhad dan Wan sudah terpacak dihadapan pintu rumah agam Encik Zainal..Loceng tak ditekan,mata je yang merenung pintu coklat itu seperti tertembus hingga ke dalam..

Nasib baik pagar depan tidak dikunci,kalau tak pagar itu yang ditenung macam dengan tenungan tu pagar tersebut dapat dibuka..

"Oh mak kau kuih bom",latah Puan Fara menyedarkan Wan dan Izhad ke alam realiti..Mana orang tua tu tak terkejut,mereka berdua berdiri macam patung betul betul depan pintu..

Puan Fara mengurut dadanya dan beristighfar beberapa kali..

Fuhh budak budak ni..Terkejut aku..Tak pasal pasal dapat dosa menyumpah orang pagi pagi ni..

Wan dan Izhad hanya tersengih seperti kerang busuk dan meminta maaf kerana mengejutkan Puan Fara..Puan Fara ketawa dan menepuk nepuk bahu Wan dan dua orang budak itu disuruh masuk..

"Ehh korang..Asal tak cakap dah datang..Dah lama ke?",soal Amira sambil kaki nya pantas menuruni tangga..Di pegangannya ada beberapa buah buku latihan..

"Pukul 8 tadi..",jawab Wan bagi pihak mereka berdua..Dia sudah duduk di ruang tamu rumah itu dan segala peralatan dikeluarkan dari beg sandangnya..Izhad juga berbuat perkara yang sama..

Amira melihat jam dinding yang tergantung dan terus tergelak..Kedua mereka memandang Amira pelik..

Kenapa author buat semua orang pelik ni?Mungkin hari pelik sedunia.. :P

Mana Amira tak tergelak..Wan kata mereka berdua sudah datang sejak pukul 8 dan jam sekarang sudah menunjukkan pukul 8.15..Apa yang dorang buat dekat luar 15 minit tu?

Author tak rasa benda tu lawak..Mungkin bagi Amira ya.. :)

Playboy Junior Where stories live. Discover now