BAB 40

1.9K 97 6
                                    

Senyuman Amira dibalas..Kemudian iphone ditangan ditatap semula..Macam tak boleh berpisah sesaat pun dengan henfon tu..Sesekali tangannya lincah menaip..

Tanpa disedari,pandangan Amira pada wajah dihadapannya tidak berkalih sejak tadi..Raut yang tenang itu seperti mendamaikan hati Amira..

"Jangan pandang lama lama,dik..Abang cair nanti",teguran Izhar mengganggu lamunan Amira..Tersentak dia kerana Izhar membahasakan dirinya 'abang'..

Amira termalu sendiri..Mukanya yang terasa berbahang dikipas..Izhar tersenyum melihat tingkah Amira..

"Amira! Izhar!..dah jom..kita gerak sekarang.. nanti lambat pula sampai",panggil Cikgu Zahir seraya itu dia bergerak ke keretanya..Amira terus bangun apabila terdengar suara Cikgu Zahir..Izhar mengikutnya dari belakang dengan iphone yang tak lepas dari tangan..

Amira duduk di bahagian belakang dan Izhar di sebelah Cikgu Zahir..Amira baru tersedar sesuatu..Izhad mana?Disebabkan perasaan malu,dia hanya berdiam..Tiba tiba,muncul satu idea..Lantas dikeluarkan Samsung J2 nya dan WhatsApp dibuka..

Amira:abang ko mana?

Kereta Cikgu Zahir berhenti di Petronas..Amira ingatkan Cikgu Zahir nak isi minyak tapi sangkaannya salah apabila dia perasan pintu di sebelah kanannya dibuka dan ada orang masuk..Terus pandangannya terkalih disebelahnya..

Ohh Izhad rupanya..

Izhad melemparkan senyuman nipis sebelum henfon ditangan ditatap..Amira membalas tapi tidak dilihat oleh Izhad..Dia juga kembali menyambung Candy Crush yang sudah separuh jalan..
Getar pada henfonnya menandakan ada mesej masuk..

Dia cuma tengok dari notification je..Mesej dari Izhar..Dia lupa pula yang dia ada chat Izhar tadi..Game dimatikan dan WhatsApp dibuka..

Izhar:Dekat sebelah kau kan..😓

Amira gelak..Tapi cepat cepat mulutnya ditutup sebelum orang lain perasan..

Amira: hahaha sorry k..

"Chat dengan siapa?",suara Izhad yang begitu dekat di telinganya mengejutkan Amira..Dia menjauhkan sedikit badannya..

"Err takde siapa",balas Amira dan dia buat buat mencari sesuatu di dalam beg..Memang dia nak cari sesuatu..

Earphone! Mana kau?

Amira tepuk dahi..Dia lupa earphone nya tertinggal di atas meja di dalam biliknya..Aihh..

"Nah",Izhad menyerahkan sebelah earphonenya kepada Amira..Amira kaget..

"Apa ni?",soalnya..Dia jadi bodoh tiba tiba..

"Lah..ni namanya earphone..Nak tak?",ujar Izhad dengan kerutan di dahi..

Earphone pun tak tahu?habis selama ni dia panggil benda ni apa?

Hati Amira menghalang keras dia supaya tidak mengambil earphone yang dihulur Izhad..Tapi tiba tiba tangannya mengambil juga earphone tersebut dan disumbat ke telinganya yang dilapisi tudung..

Lagi sekali! Tangan mengkhianati tuan..

Izhad tersenyum tapi cepat cepat di sembunyikan dengan mengalihkan pandangan ke luar..Amira menutup matanya untuk menghayati lagu yang dimainkan..

Tanpa disedari,ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka..Giginya diketap tanda geram..Menyesal dia tak duduk belakang!

Playboy Junior Where stories live. Discover now