• Bab 14

1.4K 139 6
                                    

      Yeolhee berlari keluar dari bilik kesihatan dengan tangisan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


      Yeolhee berlari keluar dari bilik kesihatan dengan tangisan. Ahli BTS yang ada di situ hanya berasa pelik dengan Yeolhee. Jin yang tahu perangai Taehyung itu terus bangun dan pergi ke katil Taehyung. Kelihatan Taehyung sedang duduk di atas katil dengan kedua tangan yang disembamkan ke muka. Jin duduk di sebelah Taehyung dan memegang bahunya.






“ Yah, gwaenchana ? ”







Mollayo hyung. Kepala aku serabut gila sekarang ni. ”








“ Herm, waegeurae ? Perempuan tadi tu ada buat apa-apa dengan kau ke ? Ceritalah. ” ucap Jin yang risaukan Taehyung itu. Taehyung segera menggelengkan kepala dan memberikan senyuman kecil kepada Jin. Dia tak nak, hyungnya risaukan keadaan dia.







“ Tak ada apalah. Masalah kecil je. ”







“ Siapa perempuan tadi tu ? Yeojachingu ? Kenapa dia keluar menangis-nangis tadi ? Kau buat apa dengan dia ? ” tanya Jin yang pelbagai soalan. Aduh, buntu Taehyung nak menjawab soalan-soalan Jin itu. Taehyung menggelengkan kepala.






" Bukanlah hyung. Ala, biasalah cinta kena tolak tu yang menangis. Bukan apa, Taehyung malas nak melayan perempuan yang merayu-rayu macam tu. Aku rimas. ” tipu Taehyung. Dia taknak Jin tahu tentang hubungan sebenar dia dengan Yeolhee. Jin terkekeh ketawa dan memeluk bahu Taehyung.







Aigoo, kau ni memang playboy betulkan ? Lepas dah bagi ayat manis, terus ditolak mentah-mentah. Berubah lah Taehyung. Perempuan pun manusia, dan manusia ada perasaan. Sampai bila kau nak mainkan hati diorang ? Geumanhae jinjja. ” nasihat Jin kepada Taehyung. Taehyung hanya tersengih.






Arasseoyo.







“ Kitorang nak masuk kelas ni. Kau mesti malas kan ? Hahaha, aku tahu perangai kau. Rehat lah puas-puas ye. Jangan lupa petang ni ada latihan. ” ucap Jin dan menepuk bahu Taehyung. Taehyung hanya mengangguk dan melihat Jin yang keluar dari bilik itu.





      Taehyung baring semula di atas katil itu. Dia merenung lama siling putih. Dia terfikirkan nasihat Jin hyung itu. Dah lama Taehyung nak ubah perangai nakal dan playboy itu. Cuma, dia masih tak boleh melupakan perbuatan Yeolhee yang sangat-sangat menyakitkan baginya. Tapi, sekarang fikiran untuk berubah tu hadir semula. Ya, kehadiran Yeonni membuatkan dia nak fokus pada gadis itu seorang sahaja.






Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now