• Bab 22

1.3K 132 22
                                    

🌙 M A L A M 🌙

         Aku melihat diri aku di hadapan cermin itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Aku melihat diri aku di hadapan cermin itu. Pakaian aku sangat lah simple malam ini. Aku hanya mengenakan big size white t-shirt dan seluar panjang berwarna hitam. Rambut aku yang panjang, aku ikat longgar. Muka pula, aku pakaikan bedak dan secalit lipbalm di bibir. Bukan apa, aku malas nak pakai lawa-lawa hanya sebab nak pergi makan dengan diorang tu. Nanti, mereka ingat aku ni melebih.





“ Yah, Park Yeonni. ”







“ Eh mak kau pocot ! Yah ! Kau ni tak reti nak ketuk pintu ke ? Saja buat aku terperanjat kan ?! Nasib baiklah aku ni tak ada sakit jantung. Tak susah kan nak ketuk pintu dulu ?! Erh ! ” ucap aku dan mengurut dada akibat terkejut disergah oleh Yeolhee. Herm, salah aku juga sebab tak kunci pintu bilik. But still, ketuk pintu dulu sebelum nak masuk !






“ Sukahati aku lah nak ketuk ke tak nak. Ini, rumah aku dan omma. Tu, Taehyung dah datang. Katanya, nak ambil girlfriend nya pergi makan. Hei, apa hubungan kau dengan Taehyung sebenarnya ? Better kau bagitahu aku sekarang. ” ucap Yeolhee dan merenung aku tajam. Esh Taehyung ni ! Aku dah cakap jangan bagitahu sesiapa !






“ Aku bukan girlfriend dia lah ! Kitorang kawan sahaja. Ayah dia yang minta aku ajarkan dia subjek sekolah since dia tu tak pandai nak seimbangkan hal sekolah dengan hal sukan. Aku tak ada masa lah nak feeling-feeling dengan dia. ” ucap aku dan menjeling. Aku ambil beg tangan aku dan masukkan barang keperluan aku ke dalamnya. Malas nak berbalah dengan kakak tiri aku ini.







“ Ouh, macam tu ya ? Tak adalah aku nampak korang berdua ni terlalu rapat dan mesra macam sepasang kekasih yang bahagia. Aku cuma nak ingatkan kau satu perkara sahaja. Dia tu, playboy. Jadi, berhati-hati lah. Jangan sampai kau jatuh dalam permainan dia. Heh ! ” ucap Yeolhee dan berlalu pergi. Aku terdiam seketika selepas mendengar nasihatnya. Aku melihat diri aku sekali lagi di cermin itu.







Tipulah, kalau aku cakap..aku tak berharap apa-apa dengan dia.







       Aku menggeleng kepala untuk membuang segala pemikiran itu. Tak ada sebab untuk aku berharap lebih-lebih. Aku ni, kenalah sedar diri sikit dengan taraf kitorang. Dia tu kacak orangnya, nak dibandingkan aku yang macam katak ni. Aku menyarungkan kasut converse hitam dan terus keluar dari rumah. Aku terkedu melihat Taehyung yang sedang bermain phonenya. Dia menoleh melihat aku dan melambaikan tangan.



    

Anyeong, jagiya.

Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now