4

47 8 0
                                    

Saat Adrian pulang daripada bekerja pada malam hari,dia terlihat datuknya sedang berada di tepi jendela sambil matanya jauh merenung ke langit malam.Entah apa lah yang difikirkan oleh orang tua itu agaknya. Bagi Adrian,datuknya seorang saja ahli keluarganya yang memahami dirinya. Ya lah,manakan tidaknya....sejak kecil lagi Adrian sudah dibesarkan oleh datuknya sendirian. Segala susah dan keperitan hidup mereka pernah lalui bersama. Hinggalah hidup mereka senang seperti sekarang. Semenjak kedua orang tua Adrian meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya,datuk Adrian lah yang berusaha keras untuk membesarkan dirinya. Ibu-bapanya yang sekarang??. Ohh...lupa pula nak beritahu. Sebenarnya, Datin Zahiah dan Tan Sri Zainal itu hanyalah ibu-bapa angkatnya sahaja. Tetapi dia beruntung. Beruntung kerana mereka berdua melayan dia tak ubah macam anak sendiri. Mereka berdua adalah pasangan yang bahagia. Tapi malangnya,sehingga sekarang tuhan masih belum mengurniakan mereka zuriat yang datang daripada keturunan mereka sendiri. Mungkin,dah tak ada rezeki kot?. Mereka sangat menginginkan cahaya mata. Lalu,diambilnya anak angkat dari rumah anak-anak yatim. Iaitu Adrian. Ahh ...apa pula ni,berdrama la pulak.

Adrian menyapa datuknya dari belakang. Kelihatannya,orang tua itu sepertinya menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Adrian. Adrian memandang redup wajah yang sudah semakin tua itu. Tidak dapat dia bayangkan jika suatu hari nanti atuknya tiada lagi di sisinya. Ya lah...setiap yang hidup pasti akan merasai mati bukan?. Tetapi ...serasanya Adrian masih belum bersedia lagi jika suatu saat atuknya itu pergi dari sisinya. Dia terlalu menyayangi atuknya.

"Atuk rasa,macam atuk tengah tengok sawah padi bila atuk pandang dekat luar ni. Atuk rindu nak tengok sawah padi macam dekat kampung kita dulu. Entah apa lah keadaan rumah yang kita jual tu kan?". Atuknya bersuara lirih. Adrian tahu,atuk pasti merindui suasana kampung itu. Baginya,tiada benda lain yang lebih bermakna daripada kebahagiaan atuknya. Jadi,jikalau pulang ke kampung itu dapat menggembirakan hati atuknya,apa salahnya?. Walaupun hati Adrian sendiri yang meronta-ronta untuk tidak menjejakkan kakinya lagi di kampung itu. Mendengarkan nama kampung itu juga dia sudah benci. Baginya,kampung itu mengingatkan dia pada kenangan hitam. Kenangan hitam yang sentiasa menghantuinya hingga kini.

"Atuk nak pulang ke kampung tu ke?. Kalau atuk nak balik sana,Ad boleh hantarkan". Sebenarnya,Adrian sendiri tidak tahu keputusan yang diambilnya ini. Bagaimana jika dia bertemu dengan Puteri semula? . 'Minta simpang la harap-harapnya'. Desis Adrian.

Atuknya memandang dirinya dengan pandangan tidak percaya. Seriously,10 tahun dulu....dia juga yang cakap yang dia takkan balik lagi ke kampung tu?. Tapi sekarang ni?.

"Kalau atuk yang nak balik,Ad boleh hantarkan. Atuk tahu kan yang Ad sayang atuk?. Ad diberi cuti 2 minggu oleh papa Zainal,jadi...bolehlah Ad bawak atuk ke sana". Jelas sekali terpamer keceriaan pada wajah atuknya saat Adrian berkata begitu. Di hujung-hujung usia atuknya ini, Adrian merasakan bahawa membahagiakan atuknya merupakan satu tanggungjawabnya.

"Ok kalau macam tu. Esok Ad bawak atuk balik sana ehh. Cuti Ad bermula esok". Kata Adrian dengan suara yang dibuat-buat ceria . Padahal dalam hatinya kini,hanya tuhan saja yang tahu.

******************************

Puteri memandang beberapa bungkusan kotak-kotak hadiah di hadapannya itu. Hadiah itu untuk siapa?. Entah. Dia sendiri pun tidak tahu. Bahkan,dia juga tak tahu bahawa orang itu masih hidup ataupun dah meninggal dunia. Puteri mengeluh lagi. Dah bertahun dia menunggu kepulangan orang itu. Hermmm ....siapa orang itu ya?.

Selamanya Awak Puteri Dalam Hati Saya!Where stories live. Discover now