Jiran Baru Bermata Coklat

472 18 2
                                    

Sesudah makan tengahhari, Jen kemaskan meja makan dan basuh segala pinggan mangkuk yang digunakan Liza sewaktu memasak pagi tadi.

Walaupun biliknya tak terurus, Jen masih sedar diri, ruang rumah itu dikongsi bersama. Tak adil untuk Liza tinggal di dalam rumah yang sama keadaan di dalam biliknya.

Lagipun, Liza dah terlalu banyak membantunya. Ini saja caranya untuk dia menolong Liza semula. Tidak menyusahkan Liza adalah satu bentuk pertolongan yang paling mudah untuk dia lakukan.

Selesai membilas pinggan mangkuk, Jen sudah berkira-kira mahu ke biliknya. Tetapi, langkahnya mati dek terdengar bunyi riuh bising di hadapan rumah mereka.

Pada mulanya sekadar bunyi riuh suara orang. Tetapi setelah seketika, ditambah dengan bunyi perabot-perabot dialihkan.

Kaki Jen dihalakan ke pintu apartment tidak jadi ke biliknya. Diintai suasana di luar melalui lubang kecil pada pintu rumah.

Lensa mata kanannya mengangkap beberapa individu berpakaian t-shirt seragam berwarna biru. Di kepala masing-masing memakai topi besbol berwarna kuning. Di belakang t-shirt tesebut tercetak perkataan WE MOVER.

Ah, ada orang pindah rumah rupanya. Baguslah. Fikir Jen.

Rumah di hadapan mereka ini dah lama kosong tak berpenghuni. Sejak dia dan Liza menyewa di sini, rumah itu langsung tak bertuan.

Aras yang mereka tinggal ini, hanya ada 4 buah pintu saja. Yang tinggal di aras itu adalah dia dan Liza. Juga Abang Salim dan isteri. Rumah yang betul-betul di hadapan pintu rumah mereka memang tak berpenghuni sejak mereka pindah ke apartment ini. Abang Salim pula tinggal bersebelahan rumah yang kosong itu.

Rumah di sebelah mereka pula kerap bertukar penyewa. Katanya tak tahan gangguan.

Entahlah, setakat ini Jen tak pernah mengalami perkara-perkara pelik. Sungguhpun dulu dia selalu berjaga malam. Tak pernah diusik atau ternampak sesuatu. Sesuatu itu seperti entity yang tak dapat ditangkap oleh mata kasar.

Jen tak percaya sangat benda-benda karut ni.

Sedang dia berdialog dengan diri sendiri, Jen terpandang seorang lelaki bertubuh tinggi, bergaya kemas dengan kemeja lengan panjang berwarna putih dan berseluar panjang berwarna hitam. Belakang badan lelaki itu saja sudah mampu untuk memaku pandangan Jen. Dia menjadi ralit.

Seperti tahu yang dirinya sedang dijamah oleh mata Jen, lelaki itu berpaling. Memandang tepat ke pintu rumah Jen.

Sepasang mata berwarna coklat cair itu membuatkan Jen larut sendiri. Diamati wajah itu setiap inci. Daripada sepasang mata, jatuh ke hidung yang agak tirus, kemudian merayap ke bahagian bibir yang jelas berwarna merah bukti bahawa bibir tersebut tidak pernah dicabul oleh sebarang jenama rokok.

Makhluk apa yang di hadapannya ini? Ciptaan yang sangat sempurna. Lebih sempurna daripada watak-watak hero ciptaannya sebelum ini. Jen terpaku.

Bibir berwarna merah tadi tiba-tiba mengukir segaris senyum. Kelihatan sinis pada pandangan mata Jen. Dan, ketika itu barulah Jen tersedar. Cepat-cepat dialihkan matanya dari lubang pintu rumah.

Jen bersadar rapat ke pintu. Pernafasannya berubah rentak, jantung berdegup laju daripada kebiasaannya.

Oh, crap! Macam mana mamat tu boleh tahu? Jen panic.

Tak tunggu lama Jen terus kembali ke biliknya. Tak mahu terus mengintai jiran baru mereka.


MagisWhere stories live. Discover now