The Phantom of The Opera

355 22 3
                                    

"Jen! Jen!" Daripada berlari-lari anak, kini Danee memecut laju mahu menyaingi Jen yang sudah jauh ke depan. Mujur saja ada traffic light. Isyarat pejalan kaki berlampu merah.

Jen berdiri resah memandang lintasan zebra di hadapan. Ikut hati mahu saja dia meluru ke kawasan apartment di seberang tanpa pedulian kenderaan yang lalu lalang.

"Jen!" Danee rentap lengan Jen yang berlapis cardigan kelabu berlangan panjang itu agak kuat. Sehingga Jen berkalih menghadapnya.

"Sakitlah Danee!" Rengusan Jen ternyata kedengaran kurang senang dengan kelakuan doctor itu. Ditepis tangan Danee kuat sehingga doctor itu mengaduh sakit.

"Danee..." Sebaik terpandang tangan Danee yang berbalut itu dirinya dihurung rasa bersalah. Diperhati kain anduh itu selain ada tompokan berwarna kuning terdapat juga tompokan seperti warna darah.

Berkerut wajah Danee menahan sakit, tangan kanan pula mengusap balutan tangan sendiri.

"Danee, tangan awak kenapa?" soal Jen panic.

Daripada sedang berdiri di hadapan lintasan zebra, kini Jen dan Danee duduk di sebuah gazebo di taman rekreasi di dalam hospital.

"Sakit lagi ke Danee?" Jen memandang pada balutan tangan Danee lama.

"Saya minta maaf ya." Kini matanya dialihkan melihat wajah Danee. Sangkanya sugul yang melekat di situ tetapi ternyata semuanya meleset.

Danee masih dengan wajah manisnya seperti selalu (kecuali beberapa kali Danee hadir dengan 'topeng' yang sinis).

"Tangan awak kenapa Danee?" Soalan yang sama diulangi Jen.

"Kaca." Jawab Danee dengan bibir yang tersenyum nipis.

"Macam mana boleh kena?"

"Saya yang cuai masa tengah rawat patient." Tenang Danee menyambung jawab.

"Tak sangka you ambil berat juga pasal I. Ingatkan you dah tak sudi."

Pada Jen, gurauan Danee itu tak ubah seperti satu sindiran. Jen diam, melontar pandangannya jauh ke hadapan. Ke arah sekelompok para petugas perubatan. Mungkin sedang merehatkan diri apabila bertugas seharian.

Janganlah pula ada yang ambil gambar lepas tu viralkan di dalam socmed dengan caption 'petugas perubatan tak jalankan tugas'. Padahal mereka itu sekadar melepas penat lelah. Kadang-kadang, timbul rasa kasihannya pada petugas-petugas awam. Liza pernah berbunyi, kononnya mereka ini dibayar gaji sekadar nak telan netizen punya caci maki. Kalau bangun membela diri pasti dikatakan tak sedar diri.

"Jen." Tegur Danee apabila melihat gadis di sebelahnya itu diam tak berkutik.

"I'm sorry." Tulus suara Danee menghulur kata maaf.

"Awak tak buat salah pun Danee. Kenapa nak minta maaf?" Jen bersuara seperti orang yang berjauh hati.

"Jen, I nak berkawan dengan you. And, I serius nak tolong you."

"Danee! saya betul-betul tak faham dengan awak. Hari tu awak hulurkan persahabatan, lepas tu awak suruh saya jauhkan diri tak mahu berkawan. Sekarang ni..." Kata-kata Jen terhenti saat matanya bertemu sepasang mata Danee.

"Oh..." Danee tunduk memandang ke rumput, kemudian barulah dia dongak memandang Jen.

"Jen. If I kata yang tu bukan diri I, you nak percaya tak?" Dalam berwajah tenang, Danee bersuara tegas.

Rasa bingung memukul kepala Jen sebelum diganti dengan amarah.

What the hell are you talking about? Nak saja Jen tempelak Danee begitu. Tetapi, memikirkan mereka di tempat awam, Jen kemam kembali rasa marahnya itu.

"Awak nak bodoh-bodohkan saya ke Danee?" Jen kurung rapat rasa geramnya, bimbang jika terlepas. Kalau tak dikawal mahu Danee itu dia belasah sekali lagi.

"Okay, okay. You anggap je waktu tu I mabuk, tak waras. Hilang pertimbangan atau apa-apa pun. Yang pasti, I tak ada niat nak sakitkan hati you." Rayu Danee dengan sepasang matanya dikerdipkan, meraih simpati Jen.

"You minum arak?" Jen kerut kening nyaris nak bercantum.

"No! That's idiom. I tak minum. Busy dengan hal hospital, I tak ada masa nak pergi clubbing semua tu." Danee ketawa kuat.

"Boleh tak you lupakan hal-hal yang tak best tu? Lets bygones be bygones. Kita mulakan balik, please?" Danee bangun dari duduknya.

"Hai, I Zahir Zaidanee. Baymax kat hospital ni." Sengih Danee menampakkan barisan giginya yang putih.

Untuk seketika Jen terkedu dengan tindakan Danee yang tiba-tiba itu. Kemudian, barulah Jen mampu mengoyak senyuman, menerima huluran persahabatan Danee untuk sekali lagi.

***

Dari atas loteng di dalam kedai buku, Mat tak lepas melihat aksi mesra Danee dan Jen melalui teropong di tangan.

"Jen Ali. Nice to meet you again." Gelak sinis terbit daripada bibir Mat. Kemudian, dia laraskan teropong, tepat pada wajah ceria Jen.

Kala itu suara Nightwish dari alat pemain piring hitam mengalunkan lagu The Phantom of The Opera. Memenuhi ruang kedai buku Mat.

MagisWhere stories live. Discover now