Temujanji dan Muhamad Najib

335 23 3
                                    

Hari ini Jen terpaksa juga keluar dari rumah. Perkara yang paling tak disukainya sejak beberapa bulan yang lepas. Kalau bukan kerana kerana temujanjinya bersama doctor yang merawat penyakitnya dia sendiri takkan ke hospital ini. Cukup sekadar meminta Liza bawa pulang ubat-ubatannya.

Tiba di lobi Hospital Universiti Jen terus menuju ke bilik pegawai perubatan yang ada tanda nama Doktor Edura Badarudin.

Pintu bilik Doktor Edura diketuknya perlahan. Daun pintu bilik dikuak dari dalam. Seorang jururawat menyapa dan memintanya untuk masuk ke dalam.

Hampir 15 minit juga sesi pemeriksaan berlangsung. Keluar dari bilik pegawai perubatan, Jen duduk sekejap di kerusi ruang menunggu.

Tadi, sewaktu diperiksa dia sempat bertanya kepada Doktor Edura tentang apa yang diperkatakan Danee tempoh hari. Bukannya Liza tak pernah beri amaran padanya tentang hal pengambilan ubat-ubatan ini tetapi dia memilih untuk tak percaya. Bukanlah kerana Liza itu nurse dan Danee itu doktor, maka dia lebih percayakan Danee. Dia tak percaya kerana Liza itu sepupunya. Suka sangat melebih-lebih di dalam hal-hal nak bagi dia takut.

"Betulkah pengambilan ubat-ubat ni akan berikan kesan kepada saya doktor?" Jen pandang tepat ke anak mata Doktor Edura. Wanita yang berusia awal 40-an itu ternyata masih tampak jelita. Seperti gadis 20 an wajahnya. Jen jadi kagum. Jika Liza tak beritahu usia Doktor Edura, pasti Jen menyangka mereka sebaya. Atau paling tidak doktor itu seniornya beberapa tahun saja.

"Ya. Apa-apa ubat moden pun akan berikan kesan Jannah. Ubat ini sekadar membantu untuk tempoh terdekat. Sebab itu saya selalu pesan dengan pesakit, jaga diri baik-baik. Sebaiknya, mencegah itu lebih baik daripada merawat."

Jen tengok lantai dengan pandangan kosong. Dia tak peduli sangat jika kesan sampingan itu pada tubuh badannya, tetapi kata Doktor Edura, ia turut berikan kesan sampingan pada psikologinya.

"Delusi. Atau bahasa mudahnya halusinasi."

Jadi, adakah kejadian beberapa hari yang lalu itu disebabkan dia berhalusinasi? Benda yang dia nampak di dalam rumah Danee tempoh hari. Juga baru-baru ini dia terdengar suara perempuan merintih. Juga daripada rumah Danee.

Mungkin dia patut ikut nasihat Liza, Danee dan Doktor Edura. Pengambilan ubat-ubatannya harus dihentikan. Sebelum keadaannya bertambah parah.

Jen bangun dari kerusi, namun langkahnya mati tatkala nama dipanggil oeh Danee. Kalau sebelum ini Danee sudah cukup menawan dengan berkemeja lengan panjang yang kadang-kadang disinsing lengan sehingga ke paras siku. Kali ini Danee bergaya dengan kot putih pakaian wajib seorang doktor. Pada batang leher lelaki itu tersangkut stetoskop. Betul-betul gaya seorang doktor... yang kacak.

Teguran Danee itu Jen balas dengan lambaian tangan, tanda menyapa.

"You datang ke sini nak jumpa I?" Seperti biasa senyuman Danee cukup untuk membuatkan teh o pekat tanpa gula bertukar menjadi manis.

Jen pantas menggeleng. Jari telunjuknya di arahkan ke pintu bilik Doktor Edura Badarudin.

"Madame Edura tu doktor you?"

Jen mengangguk, senyum dikoyak kecil.

"So, you dah jumpa madame or belum?"

"Saya dah nak balik pun." Beritahu Jen dengan matanya tak lepas dari memandang tompokan kecil warna merah di bahagian hujung lengan kot putih Danee.

"Oh, ni tadi ada ambil darah patient." Danee mencium hujung lengan kotnya yang terpalit darah merah.

Terkesima Jen dibuat dek kelakuan Danee itu.

Danee ketawa melihat wajah Jen bertukar riak.

"I ni dah selalu sangat tengok dan bau darah. You tahu, darah ni dah macam perfume pada I." Danee ketawa dengan kata-katanya sendiri. Tanpa sedar yang Jen memandangnya tanpa mata yang berkelip.

MagisWhere stories live. Discover now