Danee Mister Vampire?

325 24 2
                                    


Jen duduk bersandar santai di sofa dengan sliding door sengaja dibiarkan ternganga luas. Ruang tamu dimeriahkan dengan alunan lagu daripada corong speaker. Di tangan Jen terdapat sebuah novel yang dia pinjam daripada kedai Mat semalam. Ceritanya tentang pemburu Vampire. Seperti kisah-kisah drama mat saleh.

Mata dipejamkan rapat. Teringat akan peristiwa semalam.

Selepas dia pitam dek konon ternampak Danee minum cecair berwarna merah daripada pek darah yang selalu dia lihat di hospital, terjaga saja dia sudah pun berada di sofa di dalam rumah. Kemudian meracau tak tentu pasal (Lizalah yang kata, dia bukannya ingat pun) apabila terpandang wajah Danee di sebelahnya. Mujur saja Liza juga ada bersama. Kalau tidak tentu habis Danee dia kerjakan.

"Setan! Pergi kau setan!" amuknya sebaik saja membuka mata dan wajah Danee yang menyapa. Habis semua bantal kusyen dicampak kepada Danee. Sampai terbaring Danee dihenyak dengan bantal.

"Kau dah kenapa ni Jen?" Liza rentap tangan Jen kasar, mahu hentikan racau sepupunya.

"Dia tu setan!" Jari telunjuknya mengarah tepat ke arah Danee yang sedang terkebil-kebil memandangnya.

"Istighfar Jen, istighfar!" Liza peluk sepupunya kuat-kuat.

"Saya rasa elok doctor pulang dulu." Arah Liza kepada Danee.

"Are you sure boleh handle dia seorang Liza?" tanya Danee sebaik bingkas bangun.

Liza tak mampu nak membalas kata dek sedang memegang Jen kuat. Berkerut-kerut wajah Liza apabila Jen meronta-ronta minta diri dilepaskan.

"Apa-apa nanti you panggil I." Ujar Danee sebelum meminta diri untuk keluar dari situ.

Liza sekadar mengangguk dan kembali focus kepada Jen. Dipegang kuat kepala Jen lalu dibacakan ayat-ayat Al-Quran sebagai penenang diri. Dihembus tepat ke ubun-ubun Jen. Kemudian barulah Jen nampak sedikit tenang. Liza hulurkan segelas air putih kepada Jen. Air yang Liza sudah bacakan selawat tadi.

"Kau ni kenapa Jen?" soal Liza dengan tutur kata yang lembut.

Jen kepenatan, menyandar belakang badannya di sofa. Nafas ditarik dan dilepaskan, cuba tenangkan diri. Liur ditelan payah sebelum dia mula bererita.

"Aku nampak Danee minum pek darah. Dia bukan manusia Liza." Sungguh-sungguh dia bercerita tentang apa yang dilihatnya sebelum pitam tadi.

"Hari tu aku nampak cahaya warna merah dari dalam rumah dia. Sebelum tu aku ada terdengar suara perempuan juga." Jen pandang tepat ke dalam mata Liza.

"Jen. Dengar sini aku nak cakap." Liza pegang kedua belah pipi Jen.

Jen pegun memberi sepeuh perhatian kepada Liza. Hanya matanya saja tutup buka terkelip-kelip menahan rasa ingin tahu.

"Doktor Zahir tu manusia macam kita juga. Pek darah yang kau tu adalah benda tu." Muncung mulut Liza mengarah pada pek yang konon berisi darah yang berada di atas meja kopi.

"Untuk pengetahuan kau sepupuku yang disayangi, benda tu bukan darah. Itu air minuman dari kafe hipster yang baru je beroperasi kat hospital. Yang Doktor Zahir minum tadi namanya air Soda Strawberi. Aku pun beli juga, Hazelnut Coklat." Liza bangun dari sofa menuju ke dapur. Kemudian, kembali dengan pek minuman di tangan, ditayang kepada Jen.

"Ada ke orang jual air dalam bekas macam tu?" Jen bertanya polos.

"Ada Jen. Lepas ni mungkin kau akan jumpa orang minum dalam mangkuk tandas juga. Setakat bekas macam ni dah banyak Jen. Dalam rod kaca, timba kecil, pasu bunga. Banyak kalau nak senaraikan ni. Acah-acah hipster semuanya."

"Lagi satu, sejak bila kau percaya benda karut-marut ni hah? Vampire bagai. Kut ya pun kau frust nak karang cerita cinta, takkanlah terus tukar genre?"

Kata-kata terakhir Liza itu tak dihiraukannya. Jen jadi blur. Rasa macam kepala kena hentak dengan sesuatu, ting tong jadinya. Apabila semangatnya kian pulih dan dan boleh berfikir secara tenang, satu per satu adegan di ruang tamu tadi berputar kembali.

Bantal kusyen yang bertaburan di bawah dipandangnya lama, bibir bawah diketap kuat. Malunya.

Jen tutup mukanya dengan novel di tangan. Malu yang dialami sampai sekarang dia rasa. Panas saja setiap kali teringat akan kejadian tersebut.

Beberapa hari ini memang dia mengelak daripada bertemu dengan doctor di hadapan rumahnya itu. Liza dah berapa kali menyuruhnya meminta maaf dengan Danee tetapi dia buat tak peduli.

Kalau boleh dia tak nak bertemu Danee dah. Tetapi, rasa tak sedap hati pula kalua dia tak minta maaf.

Sedang Jen berperang dengan diri, terdengar seperti pintu rumah hadapan dibuka. Cepat-cepat Jen bingkas daripada sofa, menuju ke pintu rumah. Diintai rumah Danee dari celah lubang pintu.

Jen tak nampak wajah Danee hanya belakang badan lelaki itu saja yang kelihatan.

Danee tak kerja ke hari ni? Jen meneka sendiri berdasarkan pakaian yang dipakai Danee ketika itu. Gaya santai. T-shirt kelabu agak lusuh dipandankan dengan jeans biru juga lusuh.

Nafas ditarik panjang sebelum dilepaskan sekaligus. Jen kuatkan hati. Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditarik. Kini, hanya pintu grill yang memisahkan dia dan Danee.

"Hai Danee." Tegur Jen dengan harapan mahu memohon maaf kepada lelaki itu.

"Awak off ke hari ni?" Kata Jen lagi apabila Danee masih belum mehu menoleh melihatnya.

"Danee. Awak marahkan saya? Saya minta maaf atas kejadian tempoh hari. Tak tahu kenapa saya jadi macam tu. Paranoid sangat." Pintu grill itu diketuk-ketuk Jen perlahan. Konon dengan berbuat begitu akan mengurangkan rasa tertekannya.

"Danee!" Tone suara Jen sedikit tinggi apabila Danee masih belum mahu memberikan respon.

Danee yang berdiri di muka pintu rumah perlahan-lahan menoleh memandang ke arah Jen. Riak wajahnya tenang tetapi pandangnnya matanya menikam.

"Saya minta maaf ya Danee sebab hilang kawalan hari tu." Takut pula Jen apabila melihat riak tanpa perasaan Danee itu. Mana wajah manis menggula Danee pergi?

Tak keruan Jen apabila Danee mula menapak perlahan-lahan mendekati pintu gril rumahnya. Semakin bertambah rasa tak keruannya tatkala senyum sinis meniti di bibir doctor itu.

"Dengar sini..." Suara Danee perlahan tetapi bernada tegas.

Jen seperti dipukau terus berikan perhatian.

"Kalau kau nak selamat, jauhi aku!"

Jen terkedu memandang Danee yang berjalan masuk ke rumah sendiri. Tersentap pun iya.

Marah sangatkah Danee padanya. Ketika ini ada rasa yang bergumpal di hati. Rasa yang Jen sendiri tak mampu nak tafsirkan. Cuma yang dia tahu, hatinya terasa jauh.

MagisWhere stories live. Discover now