C.21

3.9K 300 4
                                    

JIMIN POV

Aku pening sekarang ni..macam mana nak ungkap kan perasaan aku dekat Tzuyu?Penat aku minta pertolongan dari V tapi hampeh sebab dia sendiri pun macam orang gila terkejarkan Chorong.

Apa yang perlu aku lakukan untuk menarik perhatian Tzuyu supaya jatuh hati dekat aku?tukar personality or jadi diri sendiri?tapi kalau aku jadi sendiri yang idiot di matanya bukankah itu membuatkan dia makin benci dekat aku??

Arhh!!!aku boleh jadi gila bila fikir semua ni.Aku mesti dapatkan dia sebelum Hanbin rebut dia dari aku.Tak boleh,tak boleh aku yang kenal dengan Tzuyu dulu.

"Yah!!!!"marah ku secara tiba-tiba bila Suga baring di atasku.Punya lah badan aku besar macam ni dia tak boleh nampak aku.Aku menolaknya ketepi dan memperbetulkan kedudukan aku.

"Kau buat apa kat bilik ni??ponteng class lagi??"soalnya sambil mengunyah makanan yang aku bawa.

"Aku kena halau dengan Mr Min."balasku malas.

Aku berangan je kot dah kena halau.Malu gila anak pengetua di halau dari kelas sebab berangan.Normallah kalau berangan time cikgu ajar kan.

"Buat apa kau kat sini??"soalku kembali.Setahu aku dia ni paling malas masuk bilik ni.Panaslah,bosanlah,tak menarik lah apalah banyaklah alasan dia.

"Class aku waktu pj sekarang.Malaslah nak bersukan tak berminat.."jawabnya.

Aku memandangnya menyampah.Cakap je kalau takut kulit gelap.

"Macam nak pikat orang kita suka??"soalku tiba-tiba dan berjaya membuatkan Suga memandang ku dengan wajah peliknya.

Yup.Aku tengah minta pertolongan dari dia sekarang ni..mungkin bila minta pertolongan dia akan berhasil daripada aku minta pertolongan alien sengal tu baik aku tanya yang pakar.

Dia memandangku sekilas dan kembali menyandarkan badannya sambil makan.Tak tolong lah tu..tahu sangat perangai kau.

"Terus terang je lah dengan dia.Bukan susah pun.Kau tanya kat dia namja macam mana pilihan dia lepastu kau berubahlah ikut apa yang dia suka.Senang kan??"katanya.

Hrmm ada betulnya juga.Senang memanglah senang tapi kalau dia tak suka atau gelakkan aku macam mana??malulah aku.

"Tanya dekat dia eh??aku akan cuba"kataku dengan senyuman yang terukir di bibirku.

END POV

**************

BTS berjalan menuju ke kantin dengan lagak mereka.Penuh gelak ketawa sepanjang perjalanan mereka.V yang tadinya ketawa paling besar terhenti apabila melihat Chorong dan Naeun jalan di samping mereka.

Automatik kepalanya mengikuti rentak Chorong dan badannya juga turut sama untuk mengikuti Chorong tetapi lengannya terus di tahan oleh Jungkook.

"Kau nak gi mana??kali ni kau rehat dengan kitaorang asyik rehat dengan dia je..bukannya dia layan kau pun.."bebel Jungkook tapi di endahkan oleh V.

V cuba untuk lepas dari Jungkook tapi Jhope pun turut sama memegang lengannya yang satu lagi.

"Kau rehat dengan kitaorang atau takyah rehat dengan dengan kitaorang lagi??kau pilihlah mana satu kau nak"ugut Jhope.

V terus menundukkan kepalanya terpaksa akur dengan kawan-kawannya kalau tak dia akan di pulaukan oleh BTS.

"Fuh nasiblah kawan dia halang kalau tak mesti dia dah ikut kita."lega Chorong kerana V tidak mengikutinya dari belakang..

"Eleh..cakap je lah kalau kau sedih sebab V tak rehat dengan kita."ejek Naeun..

Pap!

Belakang Naeun terus di tepuk oleh Chorong.Hampir makanan yang dibelinya jatuh ketanah sebab Chorong memukulnya dengan kuat.

"Kau ni kenapa??aku cakap je kan.."geram Naeun..

"Apa yang kau cakap tu buat aku sakit hati tahu tak??penat aku cakap kat kau yang aku TAK SUKA dekat dia dan tak akan jatuh cinta dengan dia."kata Chorong terang dan padat.

"Ye aku tahu.."balas Naeun malas.Nanti kalau cakap lebih-lebih kena pukul lagi lebih baik diam dan iyakan je apa yang dia cakap.

Tiba di gelanggang basketball,Chorong dan Naeun mengambil tempat di kerusi penonton paling depan sambil melihat pelajar namja berlatih basketball.

"Oppa!!!!"jerit Naeun kuat apabila melihat Chanyeol yang sedang berlatih basketball.Chorong terus memandang Naeun tak puas hati.

"Dia oppa aku yang kau nak panggil dia kenapa??"soal Chorong datar.

"Aku panggil je.Biar dia tahu yang kita sanggup tak rehat semata-mata nak tengok dia berlatih"balas Naeun selamba lalu menyumbat rotinya ke dalam mulut.

"Erghh menyampah gila aku dengar.Tahulah takde oppa sibuk nak menumpang kasih sayang kat oppa aku."kata Chorong dan boleh dikatakan mengejeklah juga.

"Annyeong.."sergah seseorang dan membuatkan Chorong dan Naeun memandang kearah suara itu datang.

"Oh korang rupanya..ingatkan siapa lah tadi.."kata Chorong sambil tersenyum memandang Tzuyu,Nayeon dan Momo yang mengambil tempat duduk di sebelah Naeun.

"Buat apa kat sini??cuci mata ke??"usik Momo..

"Cuci mata lah apa lagi.."balas Naeun dan kepalanya terus di ketuk oleh Chorong.Gatal betul budak satu ni..

"Takdelah.Cuma bosan kalau rehat kat kantin yang bising tu..buat pening kepala je.."kata Chorong..

"Ohh..mana V??"soal Tzuyu kepada Chorong.Saja nak mengusik.Lagi pun dorang dah kawan dan semuanya dah tahu V tergilakan Chorong.Bukan dorang je..satu sekolah tahu V tergilakan Chorong.Bertuah kau Chorong.

"Takyah lah cari dia.Buat semak je..kalau dia ada.."balas Chorong.Menyampah sebenarnya bila cerita pasal alien gila tu.

Tiba-tiba muncul idea jahat Chorong.Dia memandang Tzuyu yang duduk di sebelah Naeun..

"Mana Jimin??aku dengar dia kena halau sebab berangan??berangan sebab apa??kau tahu tak??"soal Chorong dengan senyuman yang terukir di bibirnya..

"Berangan pasal dia lah.Apa lagi.."sampuk Nayeon.Kami semua terus ketawa melihat wajah Tzuyu yang tiba-tiba jadi malu.

"Yah!pipi kau merah gila"kata Naeun sambil memegang pipi Tzuyu.

Tzuyu terus menepis tangan Naeun dan menundukkan kepalanya.Malu nak pandang kawan-kawannya.

"Malu lah pula budak ni.Tak pernah-pernah nak malu kenapa tiba-tiba jadi tak keruan bila nama Jimin kena sebut??kau suka Jimin ehh??"kata Nayeon kuat sehinggakan pemain basketball memandang kearah mereka berlima.

"Mana ada aku suka dia.Dia yang suka aku bukan aku yang suka dia."kata Tzuyu untuk menegakkan keadilan.Ceh ayat!!

"Cakap je lah kalau kau suka dia.."kata Chorong pula..

"Aku tak suka dia.Kau tu..cakap je lah kalau kau suka V.Takyah nak menyimpan perasaan sangat.."kata Tzuyu tak puas hati kalau dia di bahan seorang.Chorong mesti kena bahan juga baru adil..

"Mwo??aku suka dia??NEVER.Itu takkan terjadi dalam hidup aku.."balas Chorong tidak mahu kalah.

"Sudahlah tu.Ini tak suka,itu tak suka..kalau tak suka tu diam je lah takyah nak berdebat sangat ingat kitaorang 3 ni tunggul nak dengar korang bergaduh??"soal Naeun.

Tzuyu dengan Chorong terus terdiam dan keadaan menjadi normal bila Chorong menutup mulutnya dan menghabiskan makanannya sambil memandang Chanyeol berlatih.

Tzuyu pula membuka fonnya bila ada chat masuk dan membaca chat itu.

"Balik ni jumpa aku kat parking kereta.Aku nak cakap something dekat kau."-Jimin

Tzuyu mengerutkan dahinya.Something??penting sangat ke??Tzuyu mengangkat kedua-dua bahunya lalu menyimpan fonnya.

TBC

SORRY SEBAB DAH LAMA TAK UPDATE.VOTE,COMMENT,THANKS.ABAIKAN TYPO.

-Read my new story.(MR ICE PRINCE!!-JUNGKOOK)

BACA TAU JANGAN TAK BACA.BYE-BYE.

I'm NOT Single! | PjmWhere stories live. Discover now