Satu Perempuan Ego

265 8 1
                                    

Kadang-kadang, aku tak mengerti apa sebenarnya aku yang nak.

Bila mereka datang, aku kalut suruh pergi.

Tapi bila mereka menjauh, aku sakit hati.
Rasa sendiri.

Kadang aku merasa aku mampu sendiri.

Aku perempuan yang amat berdikari.
Aku tak perlukan kau,
Untuk bertanya khabar,
Untuk bertanyakan makan minunku--
Untuk prihatin terhadap hari suramku--
Untuk ucapkan selamat malam sebelum lenaku --
Untuk ucapkan pagi, mulakan hariku.

Sebal aku dengan sunyi sendiri, sakit aku bila kau pergi,
Cinta? tak pernah langsung aku akui.

Mungkin sejenak kau menjauh baru aku pelajari,
Bahawa cinta yang kau pinta selama ini----
Bukan pura-pura yang aku syaki.

Aku rasa kejam, kejam dengan layanan yang aku beri,
Setiap yang datang,
Aku tolak seolah mereka tak pernah punya peluang,

Seolah perasaan mereka itu tak bermakna,
Seolah ucapan suka/cinta/sayang mereka tak pernah punya maksud apa-apa dalam kamus hidup seorang perempuan ego seperti aku....

Maaf.
Tapi yang mereka tak tahu.
Masalah hubungan ini tidak pernah berpunca dari mereka.

It was never you.
It's me.

Diari Gadis EgoWhere stories live. Discover now