"I don't love you anymore."

72 1 0
                                    

Setiap pagi, sebelum tidur, sebelum terang.Sebelum terbit siang, dunia seolah hanya ada aku dan kau.

Setiap perbualan, baik yang kita coretkan, yang kita bahaskan di seberang telefon.

Semua ibarat satu magis untuk aku yang tidak pernah merasa malam seperti ini.

---Yang tidak pernah melalui malam tanpa berteman fikiran jelek,
---Yang tidak pernah tersenyum bahagia sebelum lenaku
---Yang tidak pernah aku bayang, malam, boleh jadi seindah ini.

Tapi aku perempuan,

Aku.... Tahu.

Perempuan itu dilahirkan dengan naluri yang kuat. Lihat saja ibu-ibu kita.

Aku tahu saat kau mula hilang dan jauh dari aku.
Aku tahu saat kau mula tidak hairan atas segala sepi yang aku jeritkan.
Perbualan yang dulu panjang, kini berubah pendek, sekejap-sekejap.

Yang sakit itu aku,

Sungguh aku katakan, kalau kau hilang dari aku itu, bukan suatu yang akan aku sebalkan, kau bukan siapa -siapa.

Jujur dari mula aku siap katakan, kita hanya teman. Dan kau mula berkeras katakan, 'teman, tapi mesra".

Dan aku tersenyum, kerana memang benar. Kau teman yang aku mesrakan, lebih dari teman lelaki yang aku pernah punya. Kau lain. Dan aku pula, gadis pertama untuk engkau yang naif. Tentang cinta.

Kalau aku tidak tercuit atas pengakhiran ini, kalau jujur aku tidak sebal,
jadi kenapa hati ini masih sakit? Kenapa masih sukar untuk aku telan segala kepahitan?

Sungguh, cinta itu---

melemaskan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Diari Gadis EgoWhere stories live. Discover now