Penakut

427 5 0
                                    

Pasrah dan parah.

Kalau setiap perasaan aku itu aku coretkan pada kertas lalu aku bakar pula--

Kau pasti tak nak dekat dek bau busuknya perasaan yang terpendam ini--

Atau kerana kau pasti sedih melihat aku sebenarnya sebelum ini berpura-pura.

Atau kerana gairahnya coretan itu terbakar, membara seperti juga perasaan aku yang bodoh terpendam, meledak.

Untuk setiap senyuman yang aku pamerkan,

Setiap anggukan yang aku iyakan.

Kerana aku kecut untuk mengatakan--

"TIDAK!"  "JANGAN!"  "BUKAN!" "SALAH!"

Kenapa kau bertindak bacul seolah kau dilahirkan hanya untuk memuaskan hati semua orang?

Sudahlah, berhenti.

Jadi gadis berani.

Diari Gadis EgoWhere stories live. Discover now