Bab 11

5.4K 218 1
                                    

Ayat-ayat Aiden asyik bermain di fikiran Steffanie.

"Serius ke 'love' dia tu untuk aku?"

"Dia suka aku?"

"Kenapa tak terus terang je?"

"Ke dia sayang dekat Audrey?"

Audrey? Steffanie teringat balik yang dia menyuapkan kek kepada Aiden haritu. Gediknya!

"Ee stressnya!" Jerit Steffanie.

Nasib tiada siapa di rumah melainkan dirinya dan Kitty. Ok, Kitty tu kucing parsi kesayangannya. Seperti biasa, ibu dan ayahnya sentiasa sibuk akan bussines, syarikat, overseas, outstations dan sampai lupa tanggungjawab mereka terhadap Steffanie. Tetapi Steffanie faham akan keadaan mereka. Steffanie tak kisah. Steffanie faham. Steffanie ok. Steffanie dah besar.

"Kitty, betul ke Aiden sayang Steffanie?" Dia cuba untuk berborak dengan Kitty dan menbahasakan dirinya dengan namanya sendiri. Ingat Kitty manusia boleh bercakap?

Telefon Steffanie tiba tiba berdering.

"Ye apa kau nak?" Kata Steffanie acuh tak acuh.

"Esok datang rumah aku, ok?" Kata Mellysa.

"Ada majlis apa kat rumah kau? Birthday kau lambat lagi kot." Tanya Steffanie pelik.

"Aku ajak juga DD yang lain. Adalah, esok aku bagitahu. Eh, ingat eh kau belum story lagi dekat aku masalah kau. Jangan lari daripada aku terutamanya masalah kau. Kalau tak, taknak kawan kau dah." Mellysa kelihatan seperti mengugut.

"Eh ke situ pula dia hahaha. Em yela." Steffanie akur.

"One more thing, FB pun datang rumah aku." Kata Mellysa selamba.

"What! Parents kau tak kisah ke?" Tanya Steffanie.

"Dorang kerja lah, tapi aku dah bagitahu dorang and dorang izinkan." Kata Mellysa dengan gembiranya.

"Nak buat apa sebenarnya dekat rumah kau tu nanti? Haih." Steffanie mengeluh.

"Adalah." Jawab Mellysa sepatah.
"Yela yela." Kata Steffanie.

"Yes!" Mellysa ketawa.

Dan, talian dimatikan.

__________

Cuti ialah memori terindah bagi semua pelajar. Bukan memori berkasih ok.

"Mel lama lagi ke dorang ni." Rungut Cynthia.

"Entah." Jawab Mellysa memang tidak tahu keberadaan FB sekarang. Semua ahli DD telah berkumpul di rumah Mellysa.

Pon pon pon!

"Ha tu kereta Aiden!" Jerit Mellysa.

"Kereta Aiden? Mercedez? Class!" Desis hati Steffanie.

"Masuklah." Pelawa Mellysa. Sebenarnya Mellysa taklah duduk bersendirian di rumah. Dia juga ditemani oleh pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat di rumah banglo 3 tingkat tersebut.

"Cantiknya rumah kau, Mellysa." Puji Ryan.

"Secantik tuannya." Balas Veron sambil tersengih.

"Acia cia cia, Mellysa." Angelica menyakat.

"Apa korang ni? Haih, rumah ni cantik sebab aku yang pilih warna." Mellysa puji kelebihanannya yang pandai pilih warna.

"Patutlah saya tak pernah salah pilih warna untuk merwarnai hari-hari awak." Veron berpickupline di pagi hari. Ada je dia nak ambil kesempatan!

Mellysa hilang kata-kata, malu. Masing-masing berdekah tak tentu fasal.

"Main pickup line pula kau eh Veron. Pandai eh kau sekarang ni." Aiden menganjing.

Ketawa mereka pecah lagi.

Aiden tenung susuk tubuh yang duduk bertentangan dengannya. Yes, siapa lagi kalau bukan Steffanie.

"Steff masih merajuk dengan aku ke?Lamanya dia merajuk hm." Hati Aiden bermonolog sendiri.

"Hoi!" Sergah Henry.

"Kenapa do kau ni. Psiko?" Terkejut beruk Aiden dibuatnya.

"Dok tenung Steff pasai pa? Kempunan nanti." Henry gelak sakan yang lain pun ikut gelak sakan dan bertambah sakan.

Mata Steffanie membulat.
"Kenapa Aiden ni suka buat malu aku, ee." Desisi hati Steffanie. Makin geram Steff dengan Aiden.

"Tak, aku tengok dia sebab dia lain harini." Kata Aiden cuba untuk cover dirinya sendiri.

"Apa yang lain?" Steffanie bersuara dengan nada yang tinggi.

"Orang rupanya, boleh juga bercakap." Aiden tukar topik.

Berderai lah semula sesi bergelak ketawa.

Steffanie menjeling Aiden. Aiden sempat lagi buat wink dekat Steffanie. Makin menyampah Steff!

Yang lain yang terperasan dengan drama free tersebut tidak lain dan tidak bukan kalau bukan ketawa.

Aiden pun ketawa. Steffanie?

Steffanie melarikan diri masuk ke tandas rumah Mellysa.

Tawa masing-masing terhenti.

"Kita buat salah dekat Steff ke?" Tanya Jacqualine.

Alices angkat bahu berulang-ulang kali.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now