Bab 31

3.2K 151 5
                                    

"Ada apa ni?" Tanya Mellysa tidak berpuas hati. Kacau je.

"Gerak dataran sekarang. Urgent!" Jacqualine menjerit di hujung talian.

"Apa yang urgent?" Tanya Mellysa lagi.

"Steff dengan Aiden dah putus." Jacqualine berterus-terang.

"Apa?! Kenapa boleh jadi macam tu!" Mellysa mahu mengetahui hal itu dengan lebih lanjut.

"Sebab tu aku suruh datang sini." Kata Jacqualine lagi.

"Tapi, aku tengah keluar dengan parents aku ni. Macam mana?" Tanya Mellysa pula.

"Steff perlukan kau. Dari tadi dia tak berhenti menangis. Dia yang putuskan Aiden, dia yang menangis. Hati Aiden memang patah lah aku rasa masa dia minta putus tu. Kesian juga lah dekat Aiden." Sempat saja Jacqualine ni!

"Aku rasa tak boleh lah. Kita orang dah jauh dah ni." Mellysa terpaksa jujur.

"Hm. Ok lah kalau macam tu." Suara Jacqualine tiba-tiba menjadi perlahan.

Maka, talian telah dimatikan.

__________

"Steff! Apa cerita ni? Aiden sayang kau kot." Kata Alices yang masih tidak memahami keadaan Steffanie.

"Cerita lah dekat kita orang." Pinta Cynthia pula.

"Steff, berhenti lah nangis tu. Lap air mata kau tu." Pujuk Angelica.

Tiba-tiba ada seseorang menghampiri Steffanie.

"Awak, jangan nangis lagi." Daniel mengelap air mata jernih Steffanie.

Steffanie terperanjat. Diamond Divas yang lain juga.

Walaupun Steffanie terperanjat apabila diperlakukan seperti itu, namun dia juga berasa amat terharu. Bekas kekasihnya yang paling dia benci itulah yang hadir ketika dia sedih. Aiden? Kalau betul sayang, kenapa tak datang pujuk dia? Cepatnya mengalah?

"Audrey ni memang gila. Buat plan sorang-sorang. Tengoklah nanti aku bocorkan semuanya." Desis hati Daniel.

"Macam mana kau tahu kita orang dekat sini?" Tanya Jacqualine pelik.

"Cynthia ada post ootd dekat ig. Lepastu dia ada share location. Lagipun aku sebenarnya memang tengah cari korang." Daniel berkata dengan benar.

Cynthia hanya mampu tersengih.

"Kau sempat eh Cynthia?" Jacqualine menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Daniel dengan lembut.

"Suruh Jacq cerita lah, dia ada dengan aku tadi." Tergagap-gagap Steffanie menyahut.

"Jacq cerita lah." Alices buat muka comel.

Flashback*

Di restoran,

"Weh tengok mamy dady Mellysa dah balik lah. Suka lah dia." Steffanie membuka bicaranya.

"Ye, aku dah tengok dah. Muda dia memang sebiji dengan Datin Miesha kan." Tambah Jacqualine.

"Kan, putih lagi tu." Puji Steffanie.

"Mellysa ada mix kan? Ayah dia orang apa eh?" Jacqualine lupa.

"Russia lah makcik." Jawab Steffanie sambil gelak.

"Ha betul tu! Lupa pula. Tapi kan ayah dia fasih gila cakap bahasa melayu walaupun Russian. Kalah kita kita ni yang kadang Bahasa Melayu pun tak A+." Kata Jacqualine sambil ketawa.

Serta-merta ketawa mereka berdua meletus.

Ketika mereka sedang ketawa, mata mereka tertumpu akan satu pasangan yang amat mereka kenali sedang duduk di meja makan belakang.

"Weh, Audrey?" Jacqualine cuba meneka kerana dia masih tak pasti.

"Aiden?!" Steffanie terjerit kecil.

"Bukan kot tu." Jacqualine mahu menenangkan Steffanie sebenarnya.

"Tu memang Aiden lah! Tengok tu! Tu Aiden dengan Audrey kan? Aku tak buta lagi lah! Aku benci betul lah lelaki macam ni! Dah kali kedua aku kena macam ni!" Steffanie mula membebel seorang diri.

"Weh, sabar. Jangan macam ni." Jacqualine tidak mahu Steffanie menyinga di tengah-tengah restoran itu.

Namun, tangan Jacqualine terus ditepis oleh Steffanie.

"Hai. Tak sangka kita boleh terserempak." Perli Steffanie kepada Aiden dan Audrey.

"Eh Steff. Awak duduk lah." Ajak Aiden.

"Habislah aku." Desis hati Aiden.

"Wow. Steff ada dekat sini. Tak perlu buat susah aku nak buat plan yang seterusnya. Tak sabar nak tengok peperangan meletus." Hati Audrey bermonolog.

"Sorry, takde masa. Dah lapar sangat dah ni. Jacqualine pun dah tunggu tapi..." Steffanie membiarkan kata-katanya tergantung dan mengambil dia air sirap yang ada di atas meja lalu dituangnya ke atas kepala Audrey dan Aiden

"Audrey, jangan ingat aku tak berani nak malukan kau. Sorry, kita kawan? Bila masa? Hahaha." Kata Steffanie dengan penuh sinis.

"Aiden, saya benci awak. Saya dah kata dah hati-hati dengan hati saya. Tapi awak memang tak ambil peduli kan? Cukup lah tu. Jujur saya cakap, saya memang takut dipermainkan lagi. Saya percayakan awak. Tapi awak pun sama je macam..." Tiba-tiba air mata Steffanie mengalir. Dia terus mengajak Jacqualine keluar dari restoran tersebut.

"Oh my god!" Jerit Audrey. Habis terasa lekit kepala, rambut dan mukanya.

"Steff! Steffanie tunggu. Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap!" Panggil Aiden.

Steffanie tidak menghiraukannya.

"Audrey. Aku pun benci kau!" Tengking Aiden.

"Why me? Kita datang sini pun sebab Steffanie kan!" Audrey makin tidak berasa selesa.

"Memang! Tapi aku tak rasa memang sebab Steffanie. Kau memang sengaja kan?" Kata Aiden lagi.

Audrey terdiam.

Aiden terus melangkah pergi meninggalkan Audrey sendirian.

End of flashback*

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now