Bab 35

3.4K 139 0
                                    

Aiden bermain-main dengan pen birunya. Dia seperti lagi ligat berfikir.

"Dah SPM, ibu dengan ayah masih tak balik." Desis hati Aiden.

Dia mahu menghubungi ibunya.

Aiden; Hello ibu.

Datin Aliena; Hello sayang.

Aiden; Ibu tak balik lagi? Orang tengah SPM ni.

Datin Aliena; Yeke? Entahlah. Ayah kamu ni, masih sibuk.

Aiden; Ibu je lah balik dulu. Ayah tu biarlah. Tak habis-habis fasal kerja kan?

Datin Aliena; Aiden, tak elok lah cakap macam tu. Ada masa kami balik ye sayang?

Aiden; Sampai bila lagi? Ke taknak balik sini dah? Apa-apa ibu dengan ayah lah.

Datin Aliena; Aiden, jangan macam ni please. We'll back. Don't worry. Ibu pun dekat sini rindu Aiden.

Aiden; Whatsoever, mum. Aiden mengantuk. Bye.

Datin Aliena; Aiden!

Aiden terus mematikan talian tersebut. Sungguh dia terlalu sakit hati dengan ibu dan ayahnya.

"Esok English dengan Addmath! Study study." Hati Aiden bermonolog sendiri.

__________

"Macam mana topik ni? Stress lah." Mellysa betul-betul tertekan. Sungguh memang tiada chemistry antara dia dan Matematik Tambahan!

"Chill. Benda ni macam ni je." Cynthia memberi tunjuk ajar.

"Jacq, tolong aku. Macam mana ni? Aku lupa." Tanya Alices.

"Ok, kau tengok pembolehubah dia..." Jacqualine menjelaskan cara dan langkah untuk menyelesaikan soalan tersebut.

"Weh Mel, English nak study apa?" Tanya Steffanie sedikit menjerit.

"Mana aku tahu. Bukan aku yang buat soalan." Perli Mellysa.

"Alah tanya je. Mana tahu soalan bocor ke. Hahaha." Kata Steffanie sambil ketawa.

"Soalan bocor kepala kelapa kau! Banyak lah kau punya bocor!" Sikit lagi Mellysa mahu menyekeh dahi Steffanie. Namun, Steffanie berpaling ke arah lain. Nasib!

"Sudah-sudah lah tu." Tegur Angelica.

"Eh bisingnya. Ni study ke main-main ni?" Datin Miesha datang membawa dulang yang dipenuhi enam cawan susu.

"Nah ni untuk Lara, Steff, Angel, Cynthia, Alices dan Jacqualine." Maka susu-susu tersebut bertukar tangan. Kecuali Alices.

"Aunty. Susu kan?" Alices terkejut.

Datin Miesha mengangguk pelik.
"Ye. Kenapa dengan susu ni?" Tanya Datin Miesha.

"Aunty, Alices tak minum susu." Steffanie mencelah.

"Kenapa tak minum susu? Susu ni baik untuk tumbesaran tau. Sedap pun ye juga." Sebenarnya Datin Miesha mahu mengumpan Alices. Malangnya tidak berjaya.

"Betul tu mamy!" Mellysa setuju dengan apa yang dikata oleh Datin Miesha tadi.

"Baik untuk tumbesaran aunty cakap? Buat saya muntah ada lah nanti." Alices membangkang.

"Ada-ada je kamu ni. Kalau tak nak susu, aunty buatkan Milo ye?" Kata Datin Miesha pula.

"Milo saya nak. Susu tak nak. Hahaha." Alices menunjukkan gaya pangkah dengan menggunakan kedua-dua lengan kiri dan kanannya.

Masing-masing tergelak.

"Eh tak payah lah aunty susahkan aunty je. Lagipun saya tak haus." Kasihan pula Alices melihat Datin Miesha dari tadi asyik melayan kerenah dia seorang.

"Takpelah. Kamu kan kawan Lara, aunty angap kamu anak aunty juga." Ujar Datin Miesha dengan lembut.

Alices tersipu malu. Mahu tak mahu dia iakan saja apa yang dikata oleh Datin Miesha tadi.

"Alices je ke anak aunty? Kita orang? Hm, sedih lah macam ni." Steffanie buat muka sedih.

"Semua anak aunty!" Kata Datin Miesha sambil ketawa.

"Tapi yang dominannya aku anak kandung lah, korang semua anak kutip je. Hahaha." Mellysa ketawa terbahak-bahak.

"Dasar member tak guna." Kata Cynthia sambil ketawa.

Semua tidak mengambil hati dengan apa yang Mellysa kata. Mereka tahu Mellysa cuma bergurau senda.

"Sudah-sudah, keluar semua ilmu yang dah belajar tu nanti." Tegur Datin Miesha.

Semua mendengar dan taat akan arahannya.

Suasana kembali sepi. Malam yang tenang itu disinari oleh para cakerawala.

Tepat pada jam 10.30 malam mereka semua meminta diri mahu pulang.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now